Berkaitan mimpi dengan nabi ni ada bezanya sikit, kerana ada hadis-hadis sahih yang mengatakan sesiapa yang bermimpi melihatt bagida s.a.w. maka dia telah melihat baginda s.a.w. kerana syaitan tidak dapat menyerupai baginda s.a.w.
Tiada ulamak yang menolak kemungkinan bermimpi menemui baginda. Tetapi sebahagiannya meragui apakah orang yang bermimpi benar-benar dapat meyakini itu adalah baginda s.a.w. Ini kerana berkemungkinan orang yang dijumpai di dalam mimpi tidak pun menyerupai nabi s.a.w. tetapi dia hanya mengaku bahawa dial adaah nabi. Kemungkinan ini sangat besar kebarangkaliannya kerana dalam alam nyata sendiripun ada orang yang mengaku menjadi rasul.
Jika mimpi menemui rasul masih boleh dipertikaikan dari sudut kebenarannya, maka apakah gunanya nabi menyatakan hadis yang bermaksud sesiapa yang melihatku di dalam mimpinya maka dia telah melihatku. Hadis ini hadis sahih riwayat Bukhari, Muslim.
Sebenarnya ada satu lagi persoalan jika seseorang mengaku bermimpi melihat nabi. Persoalannya ialah betulkah dia bermimpi? Sangat ramai orang yang inginkan sesuatu yang pelik atau dilihat hebat, mungkin antaranya dengan mengaku bermimpi melihat nabi s.a.w. Sebenarnya dia hanya mengaku saja!!!
Sebenarnya bila dilihat persoalan bermimpi melihat nabi, maka tiada apa yang perlu dikecohkan. Ini kerana hadis-hadis sahih hanya memberitahu bahawa syaitan tidak dapat menyerupai nabi s.a.w. Hadis ini sebenarnya mahu menerangkan kehebatan baginda s.a.w.!! Iaitu syaitan tidak dapat menyerupai baginda. Tidak seperti manusia lain.
Amat malang sekali apabila hadis ini telah difahami dalam bentuk yang salah. Sehingga ramai yang menyangka bermimpi bertemu nabi dan berbual dengannya menunjukkan tahap keimanan seseorang telah sampai keperingkat yang tinggi. Mereka lalu mencari-cari istilah yang sesuai bagi tahap itu.
Lebih tidak betul lagi ada yang menggunakan dakwaan mimpi untuk menerima ajaran baru yang tidak ada dalam quran dan hadis yang telah dikumpulkan. Mereka akhirnya menmbah dan mengurangkan ajaran Islam dengan hanya dakwaan telah mengambilnya dari mimpi. Sebenarnya tidak ada seorang ulamak pun yang berpendapat demikian. Dakwaan-dakwaan itu timbul dari dajal-dajal yang sering suka menyesatkan manusia dan merosakkan agama.
Jika berjumpa nabi tidak menggambarkan kekuatan iman dan tidak menjadi rujukan bagi hukum hakam, maka apakah gunanya mimpi itu? Ya, mimpi berjumpa nabi sebenarnya dari satu sudut sama saja seperti bermimpi melihat perkara lain, ianya boleh dilihat dari sudut motivasi.
Seseorang yang bermimpi berjumpa nabi mungkin akan boleh menjadikannya satu tenaga bagi menguatkan semangatnya untuk tetap didalam iman, meneruskan uaha agama dan cekal mengahadapi mehnah hidup, tidak lebih dari itu.
Sebelum menamatkan entry hari ini, suka juga saya ingatkan bahawa bermimpi melihat nabi bukanlah sesuatu yang dituntut untuk berlaku. Ianya bukanlah satu tuntutan dan tidak ada sebarang amalan yang disyariatkan bagi mendapat mimpii tu, amalan-amalan yang ada hanyalah rekaan kumpulan-kumpulan tertentu setelah mereka membesar-besarkan peristiwa menemui nabi didalam tidur. Sehingga ada dikalangan mereka yang menganggap orang yang berlaku kepadanya mimpi itu maka dia dipanggil sahabat rasulullah s.a.w.
Tabiat rasulullah s.a.w. yang mementingkan amalan manusia berdasarkan hatinya samada ikhlas atau tidak, perjuangannya samada benar atau sebaliknya, baginda tidak pernah mengikat kemulian manusia dengan hanya perlakuan yang tidak disengajakan oleh mana-mana individu. Itulah pendirian nabi yang saya kenali.
bersambung…
Pandangan anda dihargai
Assalamualaikum,
Memang benar ada yg tak mempercayai bahawa mimpi berjumpa Nabi tidak boleh dipercayai kerana kita tidak pernah melihat dengan mata kasar.
Lebih parah lagi ada golongan yg sungguh2 mengatakan bahawa tidak perlu Hadith Rasulullah dan cukup dengan Al-Quran. Ini adalah pendapt yg menyesatkan. Kalau bukan Nabi yg menyampaikan Al-Quran mana datangnya Al-Quran sekarang ini?
Wassalam
quran dan hadis sumber asas umat islam tanpa kompromi
Assalam ust…
Saya mohon laluan di sini utk btanyakan psoalan ini.
Apakah hukumnya menyertai pertandingan memancing yg pd masa ini kian rancak dan bagaikan cendawan tumbuh di serata tempat. Ini kerana, yuran penyertaan yg dikenakan agak mahal antara RM50-RM100 seorang untuk merebut pelbagai hadiah dan habuan yg dijanjikan antaranya dalam bentuk wang sehingga mencecah RM 30 000 bg tempat pertama dan semakin berkurangan untuk tempat/raking seterusnya di samping pelbg hadiah cabutan bertuah seperti motosikal serta hamper. Sesiapa yg mendapat ikan yg paling berat, dia akan menjuara pertandingan tersebut.
Persoalannya, saya agak musykil kerana kaki2 pancing ini menyertai pertandingan tsbt atas faktor tarikannya bukanlah utk mendapatkan ikan tetapi adalah untuk mengejar ganjaran wang atau hadiah cabutan bertuah kepada yg betul2 bernasib baik pd hari tsbt.
Sebagai contoh, pada Hari Wilayah baru2 ini Perbadanan Putrajaya telah menganjurkan acara tsbt dgn tawaran hadiah yg lumayan telah menarik penyertaan hampir lebih seribu orang dengan yuran RM100.
Bukankah ianya serupa atau hampir2 mirip kepada berdasarkan nasib semata2 seperti mana Sport TOTO, Damaican, 4D dsbnya.
Minta pandangan ust..nauzubillah.
adely..
saya mintak izin untuk jawab dlm entry baru dan perlu masa sikit sebab saya nak jawab panjang,bulan ni saya sibuk dgn exzn, insyaallah saya akan jawab bulan depan.