Kalau bercakap tentang nabi, pengalaman saya dengan masyarakat ialah kita berhadapan dengan dua masaalah besar. Atau ada dua aliran yang perlu ditangani dengan baik.
1-Kumpulan Pertama ialah orang Islam yang menolak nabi s.a.w. sebagai ikutan. Mereka mengkagumi manusia-manusia lain selain baginda, idola mereka ialah tokoh-tokoh lain dan memandang rasulullah s.a.w. bukanlah manusia hebat yang patut dikagumi. Pada hakikatnya kumpulan sebegini amat sedikit bilangannya dalam masyarakat.
Kumpulan ini pula terbahagi kepada beberapa jenis . Ada yang mengkagumi nabi tetapi melihatnya tidak hebat dalam bidang politik. Mereka menganggap nabi ialah seorang ahli ibadat yang menghabiskan masa di masjid sahaja. Dan begitulah pula dengan yang lain, masing masing menolak nabi dalam bidang tertentu kalau tidak menolak baginda secara keseluruhan.
2-Kumpulan kedua ialah golongan yang ingin mengikut nabi tetapi mereka tidak tahu bagaimana mengikutnya. Lalu mereka tercari-cari apakah yang paling penting untuk diikut. Kumpulan ini biasanya ikhlas untuk mengikut nabi s.a.w. tapi sayangnya kebanyakan mereka jahil tentang ilmu-ilmu Islam. Lalu mereka tersalah mengfokuskan ajaran nabi.
Kumpulan sebegini ramai bilangannya. Mereka pula terbahagi kepada berbagai aliran. Ada yang melihat ajaran nabi yang perlu diikuti ialah kawin 4. Lalu mereka membuat kumpulan kawinn 4. Memang kawin 4 tidak salah, hukumnya harus jika mampu dalam segenap tuntutan. Tapi mendakwa ianya sunnah yang dituntut adalah tidak tepat.
Kebanyakan kumpulan ini melihat sunnah nabi dalam sudut penampilan. Iaitu mereka biasanya melihat jika seseorang mahumengikut nabi maka ikutlah cara pakaian baginda. Saya banyak mendengar orang berkata menghidupkan sunah nabi banyakpahalanya dan bila ditanya apakah sunah yang anda maksudkan itu, jawapannya hanya berkisar pada pakaian dan penampilan.
Pandangan anda dihargai