Mengapa saya mengatakan reaksi orang yang memakin hamun ialah reaksi yang mungkin ikhlas tapi tidak bertempat? Jawapannya ialah kerana kedua-dua pihak yang terlibat tidak mewakili rakyat kedua-dua negara.
Seorang bekas model yang telah berjaya dipikat oleh seorang hartawan. Sudah tentunya situasi itu membawa banyak makna. Saya yakin rakyat Indonesia ramai yang menjaga harga dirinya dan lebih bermaruah dari seorng model. Oleh itu saya tidak meletakkan akhlak orang ini sebagai cermin kepada kelakuan rakyat Indonesia, walaupun jika yang bersalah adalah dia. Itu hanya sifat individu itu sahaja.
Pihak Malaysia juga tidak melambangkan kelakuan rakyat jelata. Ini kerana yang terlibat langsung tidak mewakili golongan kebanyakan dii Malaysia. Kesalahannya langsung tidak mencerminkan sikap rakyat dan kerajaan Malaysia.
Sebenarnya banyak polisi Kerajaan Malaysia terhadap rakyat Indonesia yang boleh dipuji. Sudah tidak dapat dinafikan ramai rakyat Indonesia yang mendapat kerakyatan di Malaysia, terlalu ramai. Semua itu dilakukan atas dasar persaudaraan agama dan bangsa. Setelah penguasa umat Islam mula lalai barulah polisi yang amat penting itu dikurangkan, tapi masih berlangsung.
Perkara terpenting yang saya mahu ulas dalam tulisan ini ialah betapa perlunya kefahaman, kerjasama dan sokongan antara kedua negara ini. Mengapa? Ini kerana kemaraan kuasa besar dunia di rantau ini sentiasa tidak menyebelahi negara2 Islam yang ada. Polisi Amerika dan Israel yangberbaik-baik dengan Singapur serta Thailand perlu diimbangi dengan kerjasama erat antara Malaysia dan Indonesia.
Kedua-dua negara pernah menelan kepahitan terlepasnya kedaulatan wilayah masing-masing apabila Timor Timur dan Batu Putih diserahkan kepada pihak lain walaupun dengan saksi fasik dari barat. Ingatlah persaudaraan Islam dan ukhuwah yang utuh ini akan sentiasa dimurkai oleh musuh yang terlalu. Mereka akan sentiasa menyucuk jarum-jarum beracun untuk tujuan itu.
Sudah menjadi kebiasaan golongan atasan untuk menjadikan diri mereka sebagai punca kepada keretakan perpaduan dan kedaulatan umat. Rempah ratus terhadap resepi kejatuhan itu ialah hata, kuasa dan wanita, ketika ianya telah memenuhi sanubari maka nafsupun bergejolak.
#Baca buku saya Kerajaan Islam Spanyol, disana ada beberapa pelajaran penting.
pandangan anda dihargai