Tahun 2011 sudah berada dipenghujungnya, misi menjelajah Thailand kali ini pula terpaksa dipendekkan dan hanya sempat dilakukan dikawasan selatan negara ini sahaja.
Teruja dengan keindahan hutan ini, walaupun sama dengan Malaysia, tapi tahap kebersihan di sini jauh lebih baik. Mereka tidak membenarkan pelawat membawa makanan, menyalakan unggun api dan mandi dengan menggunakan sabun. Kesanya sangat menakjubkan, kawasan hutan sangat bersih dan ikan-ikan dalam sungai sangat banyak. Jika dibandingkan dengan sungai di Pasir Putih atau Hulu Langat…huh berguni-guni sampah dapat dibawa balik…dah lah gitu, ikan-ikan tak berpeluang membiak kerana dituba….
Pusat Islam Songkla membuktikan kerajaan Thailan bersifat terbuka kepada agama, cuma yang berlaku kekacawan bila ada pihak yang mahu melakukan pemisahan wilayah, yang tu mereka marah….oleh itu, situasi di Thailand sangat subur untuk dakwah.
Selain dari tempat resmi yang tersergam indah, terdapat pula usaha-usaha individu yang mempertahankan benteng akidah dengan segala yang termampu, di bawah pondok daif ini mereka menggumpulkan 30 orang pemuda untuk mempelajari asas-asas ajaran Islam. Pondok yang menganjur ke Laut Andaman ini sebenarnya tidak jauh dari Malaysia mengikut geografinya, tetapi mungkin terabai dari sudut hubungan ukhuwah islamiahnya.
Disebalik kedaifan prasarana, mereka kaya dengan budi, lawatan kami disambut dengan sedikit hidangan See Food yang mungkin kelihatan terlalu mudah untuk disediakan tetapi tersimpan disebaliknya seribu makna….
Hasil Lawatan:
Umat Islam Malaysia perlu diperkasakan dengan pemikiran menyebarkan Islam dan mengembangkannya, umat tidak harus dilalaikan dengan perbalahan khilafiah tetapi mengambil roh perjuangan penyebar Islam agung. Terlalu ramai umat manusia yang sedang menantikan kedatangan kita sebagai hero. Jika jasa penyebar Islam terdahulu menyebabkan Alam Melayu telah menerima Islam, maka apakah pula jasa kita???? Kita sepatutnya telah mampu dibentuk untuk mengikuti jejak-jejak mereka!!!!
Pandangan anda dihargai
seharusnya umat Islam masa kini harus membawa Islam lebih meluas bukan sahaja pada kitab malah pada aplikasi seharian supaya masyrakat bukan Islam mudah melihat Islam itu indah dan sempurna.