Tajuk diatas bukanlah satu rekod baru dunia tapi Sebenarnya telah dua hari saya mengambil cuti dan tidak bekerja. Saya gunakan cuti ini untuk melancong ke seluruh pelusuk dunia. Saya rasa ungkapan ini agak gila jika ianya dituturkan 20 tahun yang lepas. Tetapi sekarang boleh dfahami dengan mudah.
Memang benar dua hari ini saya habiskan masa untuk menyusuri blog dan web yang saya mampu singgah dan lihat. Saya fokuskan kepada blog pelajar-pelajar dan kebanyakannya di peringkat universiti.
Saya kagum dengan semangat kesedaran Islam yang saya dapat lihat dalam blog-blog yang saya kunjungi. Ramai pelajar Malaysia diserata dunia dan kebanyakan mereka memberi perhatian kepada agama dalam blog mereka. Alhamdulillah, semangat yang melegakan. Tidak dapat dinafikan darjah kesedaran sudah tentu berbagai-bagai.
Namun demikian saya agak pelik kerana saya hampir tidak berjumpa dengan blog yang ditulis mengikut bidang pengajian tuan blog tersebut. Keadaan ni menyokong lagi kenyataan saya dalam tulisan yang bertajuk Pintu Syurga Terbuka Luas.
Rata-rata blog berunsur Islam yang saya kunjungi tidak boleh lari dari unsur2 keagamaan seperti yang sering difahami oleh masyarakat kita. Walaupun mereka menceburi bidang yang berbagai tetapi mereka masih mahu mengupas persoalan agama yang memang bukan bidang mereka. Saya tidak tahu sejauh mana mereka belajar agama dan melalui disiplin pengajian agama.
Sebenarnya saya amat mengharapkan golongan ini tampil dengan tulisan-tulisan dibidang masing-masing yang mampu merungkaikan masaalah masyarakat. Bidang perubatan, pendidikan, kaunseling, kejuruteraan dan lain-lain. Saya amat berharap agar golongan agama dan duah Malaysia tidak menyempitkan ilmu akhirat hanya kepada subjek agama sahaja.
Pengalaman saya semasa masuk berjumpa orang asli, kalau rombongan kita ada doktor orang asli akan suka untuk datang dan membuat rawatan, mereka juga akan mendengar ceramah. Kalau tak ada doktor mereka kata tak berbaloi nak pergi. Itulah peranan bidang yang berbagai dalam dakwah.
KerjaIslam tidak bermaksud semua orang mesti berakp tentang hukum dan berceramah. Dalam kata yang agak tegas saya mahu katakan agar golongan yang tidak berkemahiran dalam bidang agama dan tidak mengikuti disiplin pengajiannya supaya tidak menganggap bidang ini boleh dicerobohi oleh siapa sahaja asalkan mereka mempunyai masa dan minat.
Saya amat faham dengan semangat masing-masing tetapi alangkah besarnya pahala dan alangkah kuatnya dakwah jika masing-masing memberikan sumbangan dalam bidang yang dikuasai oleh mereka. Sehingga kini saya tidak berjumpa dengan blog pelajar medic yang cuba menyelesaikan masaalah penyakit dan menjawab persoalan kesihatan. Saya memang bercita-cita untuk melihat bahawa ada web persatuan pelajar di mana-mana negara mengepalai perubahan ini. Mungkin laman mereka amat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Mengapa? Kerana sumber-sumber ilmu ini amat terhad dalam bahasa Melayu. Mungkin inikah puncanya perbincangan kesihatan dalam blog Melayu hanya bersifat mengamalkan petua yang datang entah dari mana puncanya……
pandangan anda dihargai
salam
Assalamualaikum ustaz,
Saya x tahu samada blog saya menepati blog impian ustaz. Tapi setakat ini, apa yg saya kupas berkaitan agama, kebanyakkannya berkaitan dengan kehidupan seharian saya (yakni sebagai seorang pelajar perubatan) Saya masih jauh dari ingin mengupas masalah2 kesihatan secara khususnya. Tapi insyaAllah. Akan saya cuba. Andai ustaz ada kelapangan, boleh x ustaz tolong komen blog saya agar dapat menambah baikkan lagi isi2nya? Syukran, ustaz ^^
terima kasih kerana sudi beri perhatian terhadap cadangan saya,cubalah insyaallah amat bermanafaat, ringan2 pun tak apa tapi ianya datang dari orang yang berautoriti. Saya akan ke blog anda
saya dah lawat, teruskan usaha…