Mengapa Tetamu ini tidak Dihormati?? - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Mengapa Tetamu ini tidak Dihormati??

Pernahkah anda dikunjungi oleh tetamu? Apakah yang anda lakukan kepada tetamu tersebut? Bayangkan jika anda mengetahui bahawa tetamu yang mengunjugi anda adalah seorang yang sangat berlawanan pemikirannya dengan anda. Apakah anda akan menghalau tetamu tersebut semata-mata kerana pemikirannya tidak sehaluan dengan anda? Rasanya, adalah terlalu aib bagi seorang yang dukunjungi tetamu untuk menghalaunya. Tidak ada mana-mana masyarakat yang mengakui tindakan serupa ini.

Apa yang pasti anda lakukan ialah cuba sedaya upaya untuk menyesuaikan diri dengan tetamu yang berkunjung. Berbincang dengannya melalui topik-topik yang dipersetujui, dan kalaupun ada perbezaan sudah tentu anda akan menunjukkan tanda setuju atau paling kurang mendiamkan diri.

Walaupun anda tidak begitu meminati tetamu tersebut, paling kurang segelas teh dikeluarkan untuknya bagi menghiasi peremuan yang mungkin bagi anda sangat merimaskan. Itu semua tidak lain dan tidak bukan adalah bukti ‘penghormatan’ atau dalam perkataan lain ialah ‘adab’.

Tiada bangsa di dunia ini yang menerima perbuatan yang bertentangan dengan adab. Lihatlah situasi anda dengan tetamu tadi, biarpun berlainan, kekangan adab dan tatasusila mendorong anda untuk sabar dan berbuat sesuatu untuk tetamu yang tidak dikehendaki itu.

Bayangkan pula jika tetamu yang mengunjungi anda ialah seorang alim yang sangat dihormati. Apakah yang anda lakukan kepadanya? Sudah tentu cahaya kegembiraan akan menerpa dari wajah anda, dan kata-kata aluan akan didendangkan untuk tetamu terhomat itu.

Segelas teh panas rasanya tidak cukup untuk menggambarkan kegembiraan anda terhadap kedatangan tetamu ini. Sudah tentu sedaya upaya anda cuba mendapatkan sesuatu makanan tambahan biarpun terpaksa mendapatkannya dari kedai berdekatan.

Tergamakkah anda menghidangkan kepada tetamu alim ini dengan segelas arak?? Keluar didepannya dengan pakaian tidak senonoh beserta alunan muzik rok yang memcahkan gegendang telinga??

Tanyalah siapa sahaja ahli masyarakat tidak kira orang baik-baik atau geng samseng yang tidak kenal agama, dengan sepontan mereka akan mengatakan tidak. Desakan ‘adab’ tidak membenarkan mereka mengakui perbuatan seperti itu. Biarpun mereka tidak sangat ‘beragama’ tapi mereka tidak mampu merobos sempadan adab bila berkaitan dengan tetamu yang datang bertandan. Biarpun bagaimana rendah sekalipun pendidikan agama mereka, tetap tidak menghalalkan mereka untuk tidak menghormati.

Tahukah anda siapakah orang alim yang bertandan sebagai tetamu itu?? Itulah ramadan. Ia datang berkunjung sebagai tetamu buat seketika.

Tahukah anda siapakah tuan rumah yang menyambut tetamu alim dengan segelas arak? Itulah dia siaran TV di negara kita!!

Kedatangan ramadan sepatutnya disambut dengan penuh hormat, walaupun dengan sekadar ‘hormat’ bagi mereka yang tidak kuat pegangan agamanya. Batas-batas adab susila menuntut kia berbuat demikian, biarpun apakah tahap pegangan agama yang dimiliki.

Apa yang kurang difahami ialah mengapa stesyen-stesyen TV di Malaysia tidka mengakui norma kehidupan dan batasan adab ini. Sebaik sahaja ramadan tiba, maka banyaklah siaran hiburan yang ditayangkan dan masyarakat diajak untuk melihat artis-artis yang langsung tidak mengendahkan sialim yang sedang duduk bertimpuh itu.

Mengapa pula wanita-wanita seksi tidak segan untuk terus duduk terkangkang di depan alim yang sedang menundukkan pandangannya?? Begitulah kotornya ramadan dalam masyarakat kita dan begitulah hinanya layanan kita terhadap kunjungan ramadan, begitu tercalar perasaannya dengan layanan tidak beradab yang diberikan. Apakah yang akan diriwayatkan jika inilah masyarakat kita yang disangkakan ketimuran???

Pandangan anda dihargai

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • 0
  • 4
  • 13,747
  • 0