Nampaknya glamour benor Dr Asri ni. Mana p pun orang nak ulas pasal dia.Itu yang saya katakan, dalam politik, benda yang kita nampak menakutkan adalah baik untuk mereka. Penahanan itu tak sedikitpun memudaratkan Dr. Orang kampung saya panggil political mileage.
Ada pula kawan yang menghantar email menggandungi kenyataan orang-orang yang dipanggil ulamak menyokong tindakan menahan Dr. Saya baca dan dengar saja. Sebenarnya saya nak katakan bahawa kita masih peringkat mentah dalam berbincang dan berbeza pendapat.
Tindakan menggunakan saluran kuasa dan hukum tidak sesuai kerana ianya melibatkan pemikiran. Mengapa tidak diadakan dialog terbuka, debat dan sebarang yang boleh menyemarakkan pemikiran rakyat.
Selalu juga kita guna kekerasan dengan alasan nak jaga tak bagi berpecah belah. Saya malas nak jawab banyak tapi satu contoh jelas yang berlaku di B.B.Bangi ni ialah bila solat Jumaat tadi. Orang Melayu solat sunat Jumaat dan orang Arab Libya duduk baca quran dan bila khutbah dia berhenti baca.
Bila lepas solat Jumaat dia tak berzikir dia terus bangun sebab mazhab Maliki tak ada solat lepas Jumaat. Ok berpecah belah ke umat kita jika berlainan pendapat dalam masaalah furuk? Jawapannya tidak jika kita terang dengan baik.
Jika kita belajar psikologi kita akan jumpa tentang konflik, konflik tu banyak kebaikannya antaranya ialah ia boleh membangkit, menyedar dan mengaktifkan manusia. Yang ditegur oleh Asri tu ada yang wajar, kalau kita atas dasar takut berpecah tak nak kejutkan masyarakat maka sampai bila pun pengamalan mesti ditakuk lama.
Bila disedarkan tentang hadis maudu’ yang tersebar ha! eloklah, supaya berlaku percambahan pemikiran. Saya tidak menyokong semua teguran dan kenyataan beliau tapi yang saya sokong ialah berlakunya percambahan pemikiran.
Kenyataan Dr Asri bahawa permit untuk berceramah berlawanan dengan kebebasan bersuara boleh kita bincangkan kewajarannya. Itu contohnya, bukan soal sokong beliau atau tidak tapi persoalan mengajak masyarakat berfikir dan meningkatkan tahap pengamalan agama, jangan jadi agama sebagai satu amalan ‘tuqus’ atau upacara saja.
Ini sebenarnya keuntungan daripada polemik, oleh itu konflik dan polemik adalah perlu dalam masyarakat. Apa yang penting kita kena arahkan pada yang baik bukan memadamkannya.
There are advantages to conflict:
-
Conflict fosters an awareness that problems exist.
-
Discussing conflicting views can lead to better solutions.
-
Managing conflict is quicker and more efficient than letting conflicts fester.
-
Challenging old assumptions can lead to changes in outdated practices and processes.
-
Conflict requires creativity to find the best outcomes.
-
Conflict raises awareness of what is important to individuals.
-
Managing conflicts appropriately helps build self-esteem.
-
Managing conflicts well is a sign of maturity.
-
Conflicts are challenging.
-
Conflicts are exciting.
-
Conflicts encourage people to grow.
-
Conflicts create opportunity.
Pandangan anda dihargai
assalaamualaikum
Pandangan saya:
Hormat sesorang kerana ilmunya, bukan taksub dan menjadi pengikut setianya, barangkali seseorang itu ada buat silap.
Dr.Asri mempunyai pandangan2 nya sendiri, berdasarkan dalil2 yang ada.
Sekiranya dia salah, kita perlu mengeluarkan dalil.
Buat lah perbincangan ilmiah, bukan bertikam lidah, menggunakan kuasa yang ada.
Untuk memastikan seseorang itu mengamalkan ajaran sesat, perlu selidik dahulu, perlu ada bukti,
supaya mudah proses undang2.
Tapi apa yang berlaku sebaliknya, kes mahkamah ditangguhkan berbulan2.
Propaganda siapakah ini?
Kesimpulan, sekiranya pandangan sesorang itu betul berdasarkan dalil2 yang disertakan, kita perlu akur dengan kebenarannya.
Sekiranya kita rasa, perkara itu perlu diselidik lagi, kita selidik dan kita utara kepada beliau, dengan cara berhemah.
Bukankah ilmu itu, sesuatu yang amat berharga..
Wallahu 'alam
setuju