Koleksi Karya Ustaz Dr Rosli Mokhtar - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Koleksi Karya Ustaz Dr Rosli Mokhtar

Mukaddimah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji dan puja untuk-Nya, selawat serta salam buat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, ahli keluarga dan para sahabat Baginda serta barisan Salaf alSoleh yang agung, para Du’at al-Awwalin, Ulama’ Mujtahidin serta mereka yang mengikut jejak langkah mereka yang lebih dahulu beriman sehingga hari Pembalasan.
Selanjutnya, buku yang berada di tangan pembaca sekarang ini merupakan sebuah buku yang menghidangkan topik yang agak berat iaitu matlamat ataupun tujuan syariat Islam (Maqasid al-Syariah). Buku kecil ini merupakan ringkasan yang menjanjikan pengenalan terhadap subjek tersebut secara mudah untuk golongan awam.

Buku ini merupakan teks ringkas yang disadur dari kitab karangan Dr. Ahmad al-Raisuni berjudul Madkhal ila Maqasid al-Syariah (Pengenalan Ilmu Maqasid Syariah).

Buku ini juga merupakan silibus yang dipelajari oleh Ustaz Rosli bin Mokhtar dan diajarkannya pula kepada para jemaah yang menghadiri kuliah Maghribnya di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Namun, di atas permintaan ramai terutama dari kalangan jemaahnya buku ini diterbitkan dalam bentuk yang lebih menarik.

Pengajian topik ini merupakan natijah kepada subjek Usul fiqh yang menjelaskan matlamat dan tujuan syarak yang diturunkan oleh Allah ke atas kehidupan manusia.

Perbincangan dan kajian yang mendalam dalam subjek ini telah berlaku di negara-negara Arab Islam sejak berkurun lalu, terutamanya di kalangan ulama mujtahidin. Sebaiknya, kita soroti sejarah perkembangan ilmu ini secara ringkas untuk memahaminya secara lebih lanjut.

MUKADIMAH
Sejarah Ringkas Perkembangan Ilmu Maqasid al-Syariah
Istilah-istilah Arab yang perlu difahami
Adakah Syariat Islam Senantiasa Relevan?
Sumber Syariah datangnya daripada Allah Taala
 
PENGENALAN ILMU MAQASID SYARIAH
Objektif Pensyariatan Islam Terhadap Umat Manusia
Pembahagian Maqasid Syariah (مقاصد الشريعة)
Kepentingan Memahami Maqasid Syariah
SYARIAH ANTARA TA’ABUD (التَّعَبُّد) & TA’LIL (التَعْلِيْل)
Hikmah Dalam Beribadah (al-Ta’abud)
Doa: Antara Pengabdian & Hikmah
Tujuan Pentarbiyahan Dalam Doa
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Menerangkan Rahsia & Hikmah Hukum
Pengertian al-Ta’lil
Maqasid Syariah Pada Zaman Sahabat
 
MENGAMBIL SEGALA KEBAIKAN DAN MENOLAK KEBURUKAN
Pengertian Kebaikan Dan Keburukan
Pembahagian Kebaikan (Al-Maslahah)

 MASALIH AL-MURSALAH (المصالح المرسلة)
Hujah “Maslahah Mursalah” Sebagai Sumber Hukum Syarak
Mazhab Yang Menolak Penggunaan “Maslahah Mursalah
Syarat Beramal Dengan “Maslahah Mursalah
Pembahagian Al-Maqasid
Pelengkap Kepada Kebaikan-Kebaikan (Masalih)
Hubungan di Antara Tiga Jenis-jenis Maqasid
Kaedah-Kaedah Maqasid atau “Qawaid Maqasidiyah (قواعد المقاصدية)”
Syarat Jumhur Ulama Dalam Beramal Dengan Segala Maslahah
Meninjau Pada Natijah Akhir Perbuatan (مآلات الأفعال)
Hujah Mewajibkan Agar Melihat Kepada Natijah Akhir Perbuatan

AL-DHARURIYAT AL-KHAMS

PENUTUP

Mukaddimah

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين وعلى آله وصحبته الطيبين الطاهرين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Buku ini merupakan ringkasan terhadap sejarah perkembangan kajian hadis sejak era Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam hinggalah ke hari ini. Peranan dan sumbangan yang perlu diketahui oleh setiap umat Islam secara umum serta kepentingannya dalam pengamalan Islam dalam kehidupan seharian.

Buku ini sesuai dibaca oleh mereka yang ingin mengetahui sejarah perkembangan hadis dan kitab-kitab yang berkaitan dengannya, sebelum mendalami tajuknya yang lebih sukar dihadam bersumberkan kitab-kitab hadis yang lebih besar dan mendalam kajiannya.

Buku ini diharap dapat membantu perkembangan hadis dan gerakannya bagi mengembalikan peranan dan sumbangan Sunnah dalam kehidupan masyarakat dewasa ini. Segala usaha yang meminggirkan peranan hadis serta kata nista yang dilemparkan terhadap al-Sunnah dan para pendokongnya berpunca daripada mereka yang tidak pernah membaca kajian berkaitan perkembangan hadis dan keilmuannya.

Seiring dengan kebangkitan Islam dan pembaharuan fiqh Islam serta ijtihad masa kini. Perkembangan al-Sunnah perlu diberikan penumpuan yang lebih agar masyarakat mengambilnya sebagai satu wadah perjuangan dengan pengambilan yang benar-benar sahih jauh dari segala aneka khurafat dan bidaah yang memundurkan ummah.

Pendek kata, kemajuan Islam suatu ketika dulu adalah berorientasikan kepada pegangan al-Quran dan al-Sunnah yang sahih, akibatnya penguasaan umat Islam melangkaui batas dan sempadan budaya dunia selama berkurun-kurun. Namun, setelah datang zaman kejumudan umat Islam serta kemerosotan kajian dan keilmuan. Tamadun kegemilangan umat Islam lenyap, kehebatan umatnya juga lesap. Apa yang tinggal hanyalah puing-puing dari segelintir jiwa manusia yang masih berharap kepada pengamalan Islam yang sahih sebagaimana ajaran Islam itu diturunkan. Benarlah sabda junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam yang ada menyebutkan:

“Akan ada segolongan daripada umatku yang akan tetap mendirikan perintah Allah, tidak akan dapat memudaratkan mereka oleh golongan yang menghina dan menentang mereka, hinggalah datang ketentuan dari Allah dan mereka akan tetap sedemikian.” (Riwayat Bukhari)

Semoga dengan hadis ini dapat menimbulkan kesedaran kepada diri kita semua bahawa kewajipan menerima hadis yang sahih dan melaksanakannya di dalam diri adalah satu usaha untuk menghidupkan semula metodnya yang perkasa. Memberikan sumber yang sejahtera dengan kebebasan berfikir dari segala tahyul, khurafat dan kejahilan yang menjumudkan pemikiran. Akhirnya, segala sendi ketamadunan Islam kembali dapat digerakkan semula setelah berkurun lama terhenti.

Kami bermohon kepada Allah Taala dengan namaNya yang Mulia dan sifatNya yang Sempurna agar dapat memberikan petunjuk kepada kita semua dalam memajukan lagi usaha memartabatkan pengajian Islam umumnya dan ilmu Hadis khususnya di kalangan masyarakat Islam di Malaysia.

Semoga segala usaha ini mendapat ganjaran setimpal daripada Allah Taala dan kami mengharapkan doa dari kalian. 

Mukasurat: 99 
Penerbit: Jahabersa

Mukaddimah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sesungguhnya segala puji-pujian hanya milik Allah, kami memuji, memohon pertolongan, memohon keampunan serta memohon taubat hanya kepadaNya. Kami berlindung kepada Allah dari keburukan jiwa-jiwa kami dan dari kerosakan amalan kami. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, nescaya tiada seorangpun yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang disesatkan olehNya, nescaya tiada seorangpun yang dapat memberinya petunjuk.

Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah yang tiada sekutu bagiNya dan aku turut bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya. Selawat serta salam senantiasa tercurah kepada Baginda, kepada keluarganya, para sahabatnya dan sesiapa sahaja yang mengikuti petunjuknya hingga ke hari kiamat.

Kami memohon kepada Allah yang Maha Agung untuk menyinari pandangan-pandangan kami dengan tauhid, menegakkan hati-hati kami di atas agamaNya, memberikan kenikmatan kepada kami dengan istiqamah, melindungi kami dari penyelewengan dan kesalahan dalam setiap perkataan dan perbuatan. Kami berlindung kepada-Nya dari fitnah (ujian) dalam perkataan, sebagaimana kami berlindung kepadaNya dari fitnah dalam amalan, kerana keduanya merupakan ujian yang membawa bencana yang sangat besar. Amma ba’d:

Buku ini merupakan hasil ringkasan daripada beberapa buah buku berkaitan subjek Jarh wa Ta’dil yang telah dipelajari oleh kedua orang penulis. Antara buku yang menjadi rujukan utama bagi kedua penulis adalah ‘Metod Islam dalam Lapangan Jarh wa Ta’dil’ hasil karya Dr. Faruq Hammadah yang diajar di sekitar universiti di Maghribi. Selama berada di sana, kedua penulis telah sempat belajar berkaitan ilmu hadis dan keilmuannya dengan Dr. Faruq Hammadah, Dr. Ahmed Benkiran, Dr. Hassan el-Alami dan ramai lagi para pensyarah ketika di kuliah.

Manakala, ketika di luar kuliah kami sempat bertalaqqi kitab Fath al-Bari huraian pada Sahih al-Bukhari dengan Almarhum Syeikh Muhammed el-Habti al-Muwahibi merupakan salah seorang anggota Persatuan Ulama Maghrib di Wilayah Kenitra. Juga, sebahagian ilmu dari gurunya iaitu Syeikh Abd el-Kebir Bekri merupakan ulama dan pentahqiq kitab al-Tamhid karya Ibn Abd al-Barr bagi Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam di Maghribi. Semoga Allah memberikan ganjaran yang terbaik buat mereka dan kita semua dalam memartabatkan ilmu hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dari dunia hingga akhirat. Amin!

Sebelum kajian hadis dapat dilakukan, terlebih dahulu seseorang itu perlu memperhatikan kepada kesahihan hadis itu dari dua aspek utama iaitu sanad dan matan. Bagi setiap sanad hadis dapat dipastikan kebenarannya, terlebih dahulu harus dipelajari kaedah-kaedah ilmu Jarh wa Ta’dil. Keupayaan ilmu ini dalam mengesan kebenaran hadis dan ketepatannya telah banyak diguna pakai oleh ahli hadis sejak zaman berzaman.

Dengannya, mereka dapat mengesan dan mengetahui syarat-syarat periwayat yang dapat diterima, cara menetapkan keadilan dan kedhabitan periwayat serta perkara lain yang berhubungan dengan kajian ini.

Seseorang itu tidak akan dapat memperoleh sesebuah biografi periwayat secara terperinci, jika mereka tidak terlebih dahulu mengetahui kaedah-kaedah yang digunakan di dalam ilmu Jarh wa Ta’dil. Begitu juga dengan maksud dan tingkatan istilah yang digunakan di dalam ilmu ini, dari tingkatan Ta’dil yang tertinggi hingga ke peringkat atau tingkatan Jarh yang paling rendah martabatnya.

Jelasnya ilmu Jarh wa Ta’dil ini dipergunakan untuk menetapkan bagi sesebuah periwayatan dari seseorang periwayat itu sama ada boleh diterima atau harus ditolak sahaja. Apabila seseorang periwayat ‘dicacatkan’ periwayatannya (Jarh) oleh para ahli hadis yang lain sebagai periwayat yang mempunyai kecacatan (Jarh), maka periwayatannya harus ditolak. Sebaliknya, bila dipuji (Ta’dil) maka hadisnya boleh diterima dengan sebaiknya selagi cukup syarat-syarat yang diperlukan.

Sementara itu, bagi ulama yang melakukan Ta’dil dan Tajrih itu haruslah memenuhi syarat-syaratnya, seperti berilmu pengetahuan, bertakwa, bersikap warak, jujur, amanaha, menjauhi sifat fanatik terhadap golongannya dan mengetahui ruang lingkup ilmu Jarh wa Ta’dil ini.

Oleh itu, kami mengharapkan anda semua mendapat manfaat dari ilmu ini. Segala kebaikan itu datangnya dari Allah Taala yang tiada sekutu bagiNya. Sedangkan segala kekurangan dan kesilapan itu adalah datang dari minimanya ilmu yang kami miliki. Kami senantiasa memohon kepada Allah agar kita semua mendapat kebaikan dan keberkatan dari ilmu ini.

Akhir kata, segala selawat dan salam buat Rasul junjungan Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam, keluarga dan para sahabat Baginda yang terpilih. Para ulama dan generasi zaman berzaman yang mengikuti jejak langkah mereka hingga hari akhirat. Hanya puji-pujian untuk Allah sekalian alam. Amin!

Dari kami yang mengharapkan keredaan dan ampunan Allah Taala:

 Rosli bin Mokhtar
B.A & M.A Pengajian Islam
Universiti Muhamad V, Rabat, Maghribi

 Mohd Fikri bin Che Hussain
B.A Pengajian Islam
Universiti Ibnu Tofail, Kenitra, Maghribi

 Siap ditulis pada:
1 Muharram 1429H
10/01/2008M

Mukaddimah

Sejarah adalah satu subjek yang amat perlu dipelajari oleh semua orang, tidak kira apa bidang pengkhususan mereka. Ini kerana pengetahuan sejarah banyak memberi panduan dan pengajaran kepada seseorang individu.
 
Sedar dengan kepentingan ini, saya cuba menyajikan salah satu sejarah peradaban unggul iaitu tamaddun Islam di Spanyol. Tamadun Islam di benua Eropah itu adalah penghubung antara kemajuan umat Islam dan kemajuan Eropah moden.
 
Sebenarnya keinginan untuk melahirkan buku ini tersemai semenjak saya menuntut di bumi Morocco lagi. Keinginan itu makin memuncak bila saya sempat menghabiskan cuti musim panas di negara Spanyol dan negara-negara Eopah lain. Melihat masjid Cordoba yang sudah di tukar kepada gereja membuatkan saya terpanggil untuk meriwayatkan pengalaman satu bangsa yang pernah menerajui dunia tetapi akhirnya tersungkur rebah. Mula timbul persoalan mengapa terjadinya peristiwa ngeri kejatuhan itu? Apakah ini satu hukum alam yang telah tertulis buat setiap bangsa? Apakah bangsa kita juga akan melalui liku-liku yang sama?
 
Buku ini diharap dapat menjawab beberapa persoalan yang diajukan walaupun bukan secara langsung. Mudah-mudahan sorotan ringkas tamaddun selama 800 tahun ini bukan sekadar sebuah cerita yang dikenang tetapi satu pengajaran yang berguna buat kita.
 
Saya mengambil peluang disini untuk menyapaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Akh Kamal dan beberapa individu yang tidak saya kenali kerana menyumbang bagi menerbitkan buku ini.
 
Saya berdoa semoga buku susulan yang memperincikan peristiwa-peristiwa penting yang tidak sempat di paparkan disini akan menyusul dengan segera.
 
Akhir sekali saya panjatkan kepada Allah Rabbul Jalil agar usaha yang sedikit ini diterima sebagai amal soleh yang menjadi dahan tempat berpaut pada hari dimana harta dan kuasa sudah tidak berguna.
 
Amin ya Rabbal alamin.
 

Pendahuluan
Bab 1 : Sejarah Spanyol
Sejarah Semenanjung Spanyol
Keistimewaan Sejarah Spanyol
Keadaan Spanyol sebelum kedatangan Islam
Tujuan orang Islam ke Spanyol

Bab 2 : Islam di Spanyol
Penyebaran Islam
Mengkaji Keadaan sasaran
Perbukaan Bermula
Menyeberangi Selat
Kedatangan Musa bin Nusair ke Spanyol.
Musa dan tariq dipanggil oleh khalifah
Polemik 1 : Meminjam kapal dari Julian
Polemik 2 : Tariq membakar kapal perang
Polemik 3 : Islam tersebar dengan mata pedang

Bab 3: Zaman Pemerintahan Gabenor
Fasa-fasa pemerintahan
Fasa pertama pemerintahan gabenor
Gabenor semasa fasa pertamaa
Peristiwa penting fasa pertama : Peperangan b. Balat Syuhada’
Fasa kedua pemerintahan gabenor
Gabenor semasa fasa pertama
Peristiwa penting fasa kedua
Kelemahan Pemerintahan Gabenor

Bab 4 : Zaman pemerintahan Khalifah
Fasa pertama pemerintahan Khalifah
Abdul Rahman al-Dakhil
Hisyam bin Abdul Rahman
Al Hakam
Abdul Rahman II
Tanda-tanda kejatuhan
Abdul Rahman III
Fasa kedua pemerintahan Khalifah
AL-Hakam bin Abdul Rahman
Hisyam bin Al Hakam
Keluarga Amiriah
Kejatuhan pemerintahan Khalifah dan Amiriah

Bab 5: Zaman Kerajaan Wilayah
Keadaan Umat Islam
Kejatuhan Zaragosa
Kejatuhan Toledo
Kepungan di Sevillia
Sepanyol dan Kerajaan Murabitun
Peperangan Zallaqah
Sepanyol dan Kerajaan Muwahiddun
Peperangan Alarcos
Bermulanya Kejatuhan
Peperangan Iqab
Kejatuhan Cordoba
Kejatuhan Sevillia

Bab 6 : Kerajaan Granada
Muhammad I
Abu Abdillah Muhammad II
Spanyol dan Kerajaan Murinuyyun
Abu Abdillah Muhammad III
Raja-Raja Granada silih berganti
Faktor Kekuatan Negara Islam Granada
Kelemahan Kerajaan Kristian
Bantuan dari Negara-negara Islam
Pemimpin Islam berwibawa
Semangat jihad
Detik Kehancuran Granada
Fasa Pertama kehancuran
Perang saudara
Malaga di tawan musuhi
Menuju kehancuran
Fasa Kedua kehancuran
Usaha Terakhir
Perjanjian Penyerahan
Rakyat Granada menerima padah
Rahsia Kejayaan Islam

Bab 7 : Penutup

Tebal: 224 mukasurat
Penerbit: Casa Publication

Mukaddimah

Dr Yusuf al Qaradawi menggariskan 30 ciri kesederhanaan, ciri kesederhanaan ini perlu difahami dan dihayati kerana pengamalan islam yang tidak berdasarkan ciri kesederhanaan akan tersasar dari objektif sebenar syariah. Selain itu Dr Yusuf al Qaradawi juga telah membuktikan sifat kesederhanaan Islam berbanding agama-agama lain. Alhamdulillah terjemahan buku ini telah berjaya diterbitkan dan saya mengharapkan ianya dapat menjadi panduan kepada umat Islam. Amin.

KANDUNGAN

HALAMAN

Kata Pengantar vi

Muqadimah Cetakan Kedua vii

Muqaddimah Cetakan Pertama x

BAB 1

Maksud Kesederhanaan 2

Manusia Tidak Mampu Mencipta Sistem Yang Sederhana 5

Sistem Alam Bersifat Seimbang 6

Kelebihan Kesederhanaan dan Faedahnya 8

Kesederhanaaan dan Risalah Terakhir 9

Sederhana Bermaksud Adil 10

Sederhana Bermaksud Istiqamah 12

Sederhana tanda Kemuliaan 15

Sederhana Bermaksud Aman 16

Sederhana Simbol Kekuatan 16

Sederhana Tonggak Kesatuan 17

BAB 2

Bukti Kesederhanaan Islam 20

Kesederhanaan Islam Dalam Kepercayaan (Akidah) 21

Kesederhanaan Islam Dalam Ibadat dan Syiar Agama 27

Kesederhanaan Islam Dalam Akhlak 29

Kesederhanaan Islam dalam Perundangan 36

Keseimbangan Antara Individu dan Masyarakat 42

Apakah Realiti Semasa Dalam Permasalahan Ini? 47

BAB 3

Hubungan Saya Dengan Konsep Wasathiyah 53

Keperluan Masyarakat Moden Terhadap Kesederhanaan 64

BAB 4

Ciri-ciri Kesederhanaan Islam 71

  1. Kefahaman Islam yang Syumul 71
  2. Al-Quran dan Sunnah Sebagai Rujukan 73
  3. Memperkukuhkan Nilai-nilai Ketuhanan 73
  4. Melaksanakan Kewajipan 75
  5. Nilai-nilai Akhlak 76
  6. Pembaharuan dan Ijtihad 77
  7. Keseimbangan Antara Perkara yang Tetap

Dan Perkara yang Berubah 78

  1. Mendukung Metod ‘Memudahkan’ Dalam Fatwa 80
  2. Mendokong Metod Harmoni Dalam Berdakwah 81
  3. Tadaruj Yang Bijaksana 85
  4. Mengimbangkan Antara Perkara Yang

Bertentangan 86

  1. Perdamaian dan Jihad 86
  2. Kefarduan Membebaskan Bumi Umat Islam 87
  3. Hak Minoriti 89
  4. Menghormati Akal dan Pemikiran 90
  5. Nilai-nilai Kemanusiaan dan Kemasyarakatan 92
  6. Berlaku Adil Terhadap Wanita 93
  7. Memberi Perhatian Terhadap Institusi Keluarga 95
  8. Hak Rakyat untuk Memilih Pemimpin 96
  9. Memperkasakan Ekonomi Umat Islam 97
  10. Kesatuan dan Wala` Terhadap Umat Islam 98
  11. Menerima Kepelbagaian 99
  12. Mengelakkan Budaya Mengkafir dan Menuduh 99

Fasik

  1. Minoriti Islam Seluruh Dunia 101
  2. Mengimarahkan Muka Bumi 102
  3. Tuntutan Pembaharuan dan Perubahan 103
  4. Menyatukan dan Menggembeleng Kekuatan 104
  5. Menyeru Ke arah Fiqh Baru 105
  6. Pencapaian Tamadun Umat Islam 107
  7. Memanfaatkan Khazanah Silam yang Pelbagai 108

BAB 5

Ringkasan Ciri-ciri Kesederhanaan 111

KANDUNGAN

KATA PENGANTAR PENTERJEMAH v MUQADDIMAH vii 

BAB 1: ISLAM DAN KEGANASAN 1 Keganasan Pada Bahasa 1 Keganasan Dalam Konteks Semasa

2 BAB 2: KEGANASAN DALAM MASYARAKAT JAHILIYAH 9 

BAB 3: KEGANASAN SIFAT UMAT ISLAM? 19 

BAB 4: SIFAT-SIFAT MULIA BAGI ALLAH TAALA 31 

BAB 5: TAMADUN BARAT TAMADUN MASIHI? 47 

BAB 6: TAURAT DAN KEGANASAN 53 

BAB 7: BUMI YANG DIJANJIKAN 59 

BAB 8: ANTARA KEGANASAN DAN KEKERASAN 73 Antara Jihad Dan Keganasan 77 ii Islam dan Keganasan 

BAB 9: JIHAD DI PALESTIN 79 

BAB 10: SERANGAN BERANI SYAHID JIHAD YANG MULIA 87 

BAB 11: MENJAWAB BEBERAPA KEKELIRUAN 99 Serangan Berani Syahid Bukan Bunuh Diri 100 Orang Awam Sebagai Mangsa 102 Memudaratkan Orang-Orang Palestin 103 

BAB 12: KUMPULAN PENGGANAS YANG DIKAITKAN DENGAN ISLAM 107 Pengganas di Negara-negara Islam 111 

BAB 13: FIQH JEMAAH RADIKAL 117 Hujah Kumpulan Radikal 118 Mengkafirkan Pemerintah 119 Fatwa Ibnu Taimiah 123 Kerajaan Yang Berkuasa Secara Paksaan 124 

BAB 14: KERAJAAN YANG MEMBIARKAN KEMUNGKARAN 127 

BAB 15: SALAH FAHAM KUMPULAN RADIKAL 133 Masalah Pemikiran Yang Utama 133 Niat Yang Baik Tidak Menghalalkan Perbuatan Buruk 136 Isi Kandungan iii 

BAB 16: PENDIRIAN SYARAK TERHADAP JEMAAH RADIKAL 139 Keganasan Membawa Faedah? 144 

BAB 17: KESAN NEGATIF DARIPADA TINDAKAN KEKERASAN 147 Pendirian Berani Jemaah Islamiah Mesir 150 

BAB 18: 10 HUJAH PENGHARAMAN MEMERANGI KERAJAAN 153 

BIODATA PENTERJEMAH 159 

Mukasurat: 160

Besar: 6 inci X 9 inci

Harga: RM 17:50

Hubungi: ustazrosli@gmail.com Tel:0192773619

مقدمة الباب الأول: المدخل 3

الباب الثاني: صلة المقاصد بالمصطلحات 13

الباب الثالث: فوائد دراسة مقاصد الشريعة 21

الباب الرابع: تاريخ نشأة علم مقاصد الشريعة 29

الباب الخامس: التعليل بين القائلين به والرافضين 49

الباب السادسطرق اثبات مقاصد الشريعة 59

الباب السابع: المصلحة 79

الباب الثامن: تقسيمات مقاصد الشريعة 97

الباب التاسع: تقسيمات الإمامم الشاطبي 133

الباب العاشر:أنواع الفقه المرتبط بمقاصد الشريعة 149

الباب الحادي عشر: مدارس ثلاث في فقه المقاصد 159

الخاتمة: محاولة تجديد علم مقاصد الشريعة 185

149 mukasurat
RM12.00
Pos dalam Malaysia RM4.50

Tajuk: Era Kegemilangan Andalusia 
Harganya RM45/ halaman berwarna

  • 0
  • 4
  • 13,747
  • 0