Khutbah Jumaat: Etika Ilmuan - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Khutbah Jumaat: Etika Ilmuan

السلام علي ورحمة الله وبركاته

الحمد لله القائل:

‏‏يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ‏} ‏[‏المجادلة‏:‏ 11‏]

أشهد أن لا إلاه إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله. اللهم صل وسلم على محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.

أما بعد: فيا أيها المسلمون، اتقوا الله، أصيكم وإياي بتقوى الله فقد فاز المتقون. قال الله تعالى في كتابه العزيز:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ وَاخْشَوْا يَوْماً لَّا يَجْزِي وَالِدٌ عَن وَلَدِهِ وَلَا مَوْلُودٌ هُوَ جَازٍ عَن وَالِدِهِ شَيْئاً إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِاللَّهِ الْغَرُورُ … ( لقمان)

Sidang Jumaat yang mulia,

Marilah sama-sama kita beraqwa kepada Allah dan seterusnya cuba untuk meningkatkan ketaqwaan tersebut mudah-mudahan kita akan dirahmati oleh Allah dan mendapat belas kasihanNya.

Mimbar Jumaat pada hari ini ingin menarik perhatian hadirin kepada ayat yang telah dibacakan sebentar tadi, dalam surah al Mujadalah Allah telah berfirman:

$pkšr¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä #sŒÎ) Ÿ@ŠÏ% öNä3s9 (#qßs¡¡xÿs? Îû ħÎ=»yfyJø9$# (#qßs|¡øù$$sù Ëx|¡øÿtƒ ª!$# öNä3s9 ( #sŒÎ)ur Ÿ@ŠÏ% (#râà±S$# (#râà±S$$sù Æìsùötƒ ª!$# tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä öNä3ZÏB tûïÏ%©!$#ur (#qè?ré& zOù=Ïèø9$# ;M»y_uyŠ 4 ª!$#ur $yJÎ/ tbqè=yJ÷ès? ׎Î7yz ÇÊÊÈ

Maksudnya:

11. Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan.

Ayat di atas telah mengaitkan antara ilmu, iman dan amal. Sememangnya Allah mengangkat darjat orang-orang yang Dia kehendaki sebagaimana dalam surah Yusuf ayat 76 Allah berfirman :

{‏‏نَرْفَعُ دَرَجَاتٍ مِّن نَّشَاء}‏‏ ‏[‏يوسف‏:‏ 76‏]‏‏.

Maksudnya:

Kami mengangkat darjat siapa yang kami mahu.

Namun demikian ayat surah Mujadalah menegaskan bahawa orang yang Allah mahu itu adalah orang-orang yang beriman dan berilmu.

Dengan itu tuntutan ilmu menjadi tuntutan yang besar dalam Islam. Ibnu Hajar al Asqalani di dalam kitabnya Fathul Bari sewaktu menerangkan maksud ketinggian darjat dalam konteks ayat diatas, mengatakan bahawa amalan seseorang yang berilmu diberikan ganjaran pahala yang lebih besar oleh Allah daripada amalan orang yang tidak berilmu, ini kerana dengan hitungan pahala itulah darjatnya menjadi lebih tinggi disisi Allah.

Persoalannya ialah mengapakah Allah memberikan pahala dan darjat yang lebih tinggi kepada orang yang berilmu berbanding orang yang tidak berilmu.

Disana terdapat satu hadis penting yang boleh dijadikan panduan untuk menjawab persoalan ini. Hadis yang di riwayat oleh Imam Tirmizi daripada Saad bin Abi Waqqas beliau berkata: Aku bertanya Wahai Rasulullah siapakah yang paling berat ujian Allah terhadapnya? Baginda s.a.w menjawab: Para rasul, dan kemudiannya orang yang paling hampir dengan kedudukan mereka dan kemudianya orang yang paling hampir kedudukannya dengan orang-orang tersebut dan begitulah seterusnya.

Dari hadis diatas jelaslah bahawa ilmu bukan sahaja satu tuntuan tetapi ilmu juga menjadikan seseorang itu memikul tanggungjawab dan amanah.

Dalam ertikata yang lain seseorang manusia mesti meningkatkan pengetahuan dan ilmu dan dalam masa yang sama dia perlu pula melaksanakan amanah ilmu tersebut.

Antara amanah ilmu yang perlu dilakukan oleh seseorang ialah :

Menjadikan pencarian ilmu sebagai satu gerak kerja seumur hidup, tidak kira keselesaan dan kedudukan yang telah dicapai. Contoh pencarian ilmu yang tidak mengenal penat lelah dan cabaran telah ditunjukkan oleh nabi Allah Musa alaihissalam apabila baginda telah disuruh oleh Allah keluar mencari ilmu sebaik sahaja baginda berjaya menumpaskan Firaun yang zalim. Ketika baginda telah menjadi ketua Bani Israel yang sedang dipuji dan diagungkan oleh kaumnya kerana Berjaya menumpaskan Firaun yang sekian lama menzalimi Bani Israel, ketika itu datangnya arahan Allah agar beliau keluar menuntut ilmu.

Ketika kepenatan dalam perjalanan mencari guru yang di arahkan oleh Allah, nabi Musa telah mengucapkan kata-kata yang boleh menjadi kata-kata hikmat kepada setiap pelajar dan pencinta ilmu. Kata-kata itu telah dirakamkan oleh alquran dalam surah al Kahfi:

øŒÎ)ur š^$s% 4ÓyqãB çm9tFxÿÏ9 Iw ßytö/r& #_¨Lym x÷è=ö/r& yìyJôftB Ç`÷ƒtóst7ø9$# ÷rr& zÓÅÓøBr& $Y7à)ãm ÇÏÉÈ

60. dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: “Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga Aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau Aku berjalan terus bertahun-tahun”.

Seorang muslim perlu mencontohi keazaman nabi Musa dalam mencari ilmu. Seorang penuntut perlu merasakan bahwa susah payah dalam mencari ilmu akan diberikan ganjaran oleh Allah. Kadang-kadang segelintir pelajar tidak merasa bersalah apabila mereka belajar dengan samba lewa. Mereka banyak menghabiskan masa dengan melakukan perkara2 yang tidak berguna, mereka tidak menguasai pelajaran yang dilalui, bahkan mereka kadang-kadang mendapat kelulusan yang tidak setimpal dengan ilmu dan kemahiran yang diperolehi. Lebih malang lagi apabila mereka tidak pernah merasakan pengabaian ini sebagai satu pengabaian terhadap agama dan amanah. Kesilapan ini perlu dibaiki dengan kadar segera oleh seorang penuntu muslim yang perihatin.

Tanggungjawab seterusnya terhadap ilmu ialah mengamalkan apa yang baik yang telah dipelajari. Seorang yang berilmu perlulah berusaha sedaya upaya agar mengamalkan ilmunya. Sudah tentu dalam percubaannya untuk itu, dia mengalamai kejayaan dan kegagalan, ini kerana tidak seorangpun manusia yang akan mencapai kesempurnaan selain baginda s.a.w. Namun demikian, seorang yang berilmu perlu tekun untuk menjadi ikutan yang baik. Apabila dia melakukan keburukan, maka keburukan itu bukan sahaja menjatuhkan maruah dirinya bahkan perbuatan itu akan menjatuhkan kedudukan ilmu. Allah sangat murka dengan situasi berleluasanya orang berilmu yang tidak mengamalkan ilmunya lalu Allah telah memberikan amaran yang sangat keras .

Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ * كَبُرَ مَقْتاً عِندَاللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لا تَفْعَلُونَ [ [سورة الصف : 2-3]

Maksudnya:

Wahai orang yang beriman, mengapakah kamu katakana apa yang kamu tidak lakukan, sangat besar kemurkaan Allah apabila kamu mengatakan perkara yang tidak kamu amalkan.

Antara amanah ilmu yang paling besar ialah seorang sarjana yang membawa ilmu dan menjadi rujukan dalam bidang masing-masing perlulah menangani sesuatu masaalah dan memberikan pandangan berdasarkan ilmu dan fakta yang benar, jauh dari dipengaruhi oleh pihak lain yang sering cuba memancing para ilmuan untuk menyebelahi mereka. Ketika lalai dengan tugas ini, seseorang ahli ilmu akan membuat keputusan dan pandangan yang berat sebelah. Berkemungkinan kelalaian ini akan menyebabkan seseorang sarjana menyokong sesuatu kumpulan atas dasar taasub, biarpun pada hakikatnya kebenaran idak menyebelahi mereka. Siruasi seperti ini sering terjadi ketika berlakunya pergeseran kumpulan mazhab, perbalahan antara parti politik atau aliran pemikiran. Setiap kumpulan akan cuba menguatkan kumpulan mereka dengan hujah dan pandangan dari ilmuan.

Dr Yusuf Qardawi dalam bukunya Fatawa Muasirah menyatakan bahawa terdapat dua cabaran besar bagi para ilmuan. Perama kerakusan para pemerintah yang sering mahukan para ilmuan menyokong polisi bikinan mereka tanpa mengira apakah ianya benar atau salah. Membaca ungkapan Dr Qardawi itu mengingatkan saya kepada satu peristiwa yang telah berlaku di bumi Andalus. Peristiwa ini berlaku sewaktu pemerintahan Raja Abdul Rahman .

Raja Abdul Rahman ke3 atau lebih dikenali sebagai Abdul Rahman al Nasir, raja Andalus yang mashur, telah mendirikan sebuah istana yang besar dan mewah, tindakan Abdul Rahman al Nasir yang membazir itu telah mendapat perhatian dari seorang ulamak terkenal Cordoba ketika itu, iaitu Imam al Munzir bin Saad. Munzir telah mengkeritik dengan lantang perbuatan al Nasir dalam salah satu khubah Jumaatnya. Abdul Rahman al Nasir merasa terkilan dengan keritikan pedas Munzir bin Saad lalu beliau merujuk kepada para menterinya, apakah yang perlu dilakukan terhadap Munzir. Menteri-menteri yang hadir dengan segera memberi cadangan supaya Munzir bin Saaad tidak lagi diizinkan untuk berceramah di Masjid Cordoba. Itulah cabaran yang dihadapi oleh ilmuan dengan para pemerintah dan pentadbir.

Dalam buku yang sama Dr Yusuf Qardawi menjelaskan lagi, cabaran kedua bagi ilmuan ialah masyarakat sekeliling yang menjadi pengikunya. Nafsu masyarakat atau pengikut sering juga mempedayakan seseorang tokoh atau ilmuan. Ini kerana penyokong dan masyarakat dalam banyak keadaan tidak mahukan fakta dan kebenaran, seorang sarjana mungkin disingkirkan dan popularitinya terjejas kerana menegur masyarakat atau memeberikan pandangan yang idak bersesuaian dengan mereka. Saya masih ingat lagi bagaimana Dr Said Ramadan al Buti dihina, diperlekehkan dan dianggap pengkhianat apabila beliau menulis buku beliau bertajuk al Jihad fil Islam. Dalam buku itu beliau menolak perbuaan rakyat Algeria yang menentang pemimpin mereka secara kekerasan. Pada waktu itu api kemarahan rakyat terhadap kerajaan Aljeria sedang bersemarak berikutan tindakan zalim kerajaan membatalkan keputusan pilihanraya yang dimenengi oleh parti Islam FIS. Dr Ramadan telah memberikan pandangan yang tidak popular lalu beliau telah meneriama cacian dan makin dari banyak pihak. Setelah ketegangan reda dan pemikiran telah kembali waras, setelah 20 ahun berlalu barulah,orang-orang yang dulunya marah dengan keputusan beliau yang berdasarkan kajian dan fakta kembali menerimanya dengan hati terbuka.

Anara tanggungjawab terbesar seorang ilmuan terhadap ilmu ialah untuk tidak mengambil peluang terhadap kepercayaan masyarakat terhadapnya lalu menggunakannya untuk menangguk di air keruh. Ketika masyarakat dahargakan sentuhan ilmuan dan tunjuk ajar mereka, tiba-tiba terdapat segelintir pihak yang dianggap berilmu dengan memberikan produk-produk yang mengelirukan, dengan menggunakan istilah-istilah agama seperti makanan sunnah dan sebagainya, mereka mengelirukan masyarakat kononya memakan makanan tertentu boleh mendekekatkan diri kepada Allah mengampunkan dosa dan sebagainya, apa yang ada disebalik semua itu ialah keuntungan wang dan perniagaan yang lumayan, pada ketika itu masyarakat terkeliru dengan siapakah mereka berdepan, dengan ilmuan yang menasihati dan membimbing atau mereka berdepan dengan saudagar yang pandai mengambil peluang unuk mendapatkan laba. Tindakan yang tidak beretika seperti ini semakin hari semakin tersebar, pentas dakwah seringkali bertukar menjadi pentas iklan produk. Ilmuan yang mengupas persoalan agama tiba-tiba diakhir ceramah tanpa segan silu mempromosikan produk. Berlakunya kekeliruan kepada orang ramai tentang ideniti sebenar ilmuan yang akhirnya menjatuhkan kredibiliti ilmuan itu sendiri.

Khubah Jumaat ini telah disampaikan di Masjid al Azhar Kolej Universiti Islam Anarabangsa Selangor pada 24 Disember 2010

Pandangan anda dihargai

About The Author

1 thought on “Khutbah Jumaat: Etika Ilmuan”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 1
  • 8
  • 11,823
  • 0