Kesederhanaan Dalam Islam (6) - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Kesederhanaan Dalam Islam (6)

Bab 1
Semenjak dahulu lagi saya telah menerangkan tentang makna
wasathiyah (kesederhanaan). Antaranya saya telah terangkan dalam
buku saya bertajuk al-Khosois al-‘Ammah li al-Islam. Dalam buku itu,
saya menerangkan makna wasathiyah sebagai salah satu sifat yang
yang paling jelas dalam Islam. Wasathiyah juga sama maksudnya
dengan sifat ‘al-Tawazun’ atau seimbang dan sifat ‘I’tidal’
(pertengahan).

Ketiga-tiga perkataan ini bermaksud pertengahan iaitu
berada di antara dua pihak atau keadaan yang bercanggah atau
bertentangan, tidak condong kepada salah satunya. Tidak dikuasai
oleh satu pihak lalu disingkirkan pihak yang berlawanan
dengannya. Tidak pula mengambil dari satu pihak secara
berlebihan lalu meminggirkan pihak yang bertentangan
dengannya. Antara perkara yang saling bertentangan ini ialah:-

 Ketuhanan dan kemanusiaan
 Kerohanian dan kebendaan
 Ukhrawi dan Duniawi
 Wahyu dan akal
 Peninggalan silam dan masa hadapan
 Individu dan masyarakat
 Realiti dan keunggulan
 Tsabat (tetap) dan berubah

Kesederhanaan yang dimaksudkan antara dua perkara yang
bertentangan ini ialah memberi hak kepada setiap pihak dengan
sebenar-benarnya, penuh adil dan secukupnya. Inilah yang
dimaksudkan dengan ‘al Qisth’ (adil). Firman Allah:

“Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat dan
timbanglah dengan neraca yang benar. Itulah yang lebih utama
(bagimu) dan lebih baik akibatnya.”

Pandangan anda dihargai

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 1
  • 8
  • 11,823
  • 0