Kebangkitan Rakyat: Satu Renungan - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Kebangkitan Rakyat: Satu Renungan

Di tengah-tengah kesibukan rakyat Mesir membersihkan barisan kepimpinan negara mereka dari saki-baki kroni Presiden lepas Husni MUbarak, nampaknya kumpulan ‘Salafi’ menganggap isu terpenting yang perlu di ketengahkan ialah persoalab purdah. Mereka mengadakan demostrasi menuntut purdah di ishtiharkan sebagai pakaian wajib, muka adalah aurat bagi wanita dan mereka menuntut Mufti Mesir di tukar.

Nampaknya ini adalah satu lagi unsur yang boleh melemahkan kebangkitan rakyat. Iaitu dalam masa rakyat mahu melakukan perubahan pada perkara teras, isu sebenar cuba ditukar kepada isu lain yang tidak berada pada peringkat keperluan yang sama.

Mungkin bagi pengikut aliran ini, inilah masanya untuk bertindak dan mereka menyangka dengan langkah yang diambil maka mereka telah menyumbang kepada kebangkitan rakat.

Dari sudu hakikat, keadaan sebenar adalah bercanggah, dalam kebangkitan rakyat seperti ini, sebarang kepentingan yang berbenuk mazhab sempit akan melemahkan kebangkitan kerana ianya tidak didokong oleh seluruh anggota masyarakat.

Dengan kata lain, kebangkitan rakyat perlu mengambil tema kepentingan seluruh rakyat tanpa mengira mazhab, parti, ideologi dan bangsa, sehinggalah dokongan daripada mereka bersifat sebenar dan inilah rahsia kejayaan kebangkian rakyat di Mesir, Tunisia dan perjuangan berterusan di Libya, Syria, Morocco dan lain-lain.

Pandangan anda dihargai

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 1
  • 4
  • 12,737
  • 0