SOALAN
Jelaskan sedikit tentang caj ptptn, saya ingin buat kajian sedikit tentangnya…harap ustaz dapat tolong.
Jawapan:
Saya tak pasti kajian ini untuk tahap mana, walauapapun, kalau kajian dibuat setakat untuk mengetahui perjalanan dan kewujudan peratus bayaran balik PTPTN, maka kajian itu akan bersifat mengulang saja apa yang telah di ketahui.
Jika mahu kajian mendalam ialah mengkaji mekanisma yang sesuai untuk memberi ruang kepada institusi yang memberi pinjam duit untuk mengenakan caj perkhidmatan kepada pelanggan mereka atas alasan kos pengurusan atau jika boleh atas dasar keuntungan. Diharapkan supaya tidak menggunakan helah pada akad semata-mata seperti yang sering digunakan dalam produk sedia ada.Selamat menyelidik
Pandangan anda dihargai