Jaga Kesihatan: Resipi Khas (1) - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Jaga Kesihatan: Resipi Khas (1)

Cerita pasal jaga kesihatan ni menarik juga, apa taknya banyak benda boleh kongsi dan bincangkan. Satu benda yang menarik tentang makanan ialah susu. Dalam sejarah orang kampung saya, susu memang kurang digunakan. Susu ni pulak menjadi bahan yang ditakuti oleh ramai orang Melayu. Sakit perut la…bahaya la. Sebenarnya susu ni banyak faedahnya tak perlulah saya terangkan.

Dalam ruangan ni saya nak terangkan berkaitan resipi. Resipi ni adal saya belajar masa di negara Arab dulu. Ianya berkaitan susu. Maklumlah bagi orang Arab susu ni amalan hidup mereka sejak turun temurun. Hari ni saya nak kongsi pengalaman membuat yorgurt. Tapi yang saya nak ajar ni ialah cara trdisional Arab buat Yogurt. Kita panggil ‘laban’ dalam Bahasa Arab.

Yang biasa diajar ialah ambil Yogurt kat kedai, campur dengan susu, panaskan suam kuku dan tinggalkan 8 jam. Itu jadi juga. Tapi kali ni special sikit. Ok apa yang specialnya? Emm…kena bayar la nak belajar resipi ingat free ke? hehe.

Ok, untuk mendapatkan laban (kita guna Bahasa Arablah sebab resipi ni mari dari sana, Yogurt tu bahasa Inggeris) kita mesti beli susu lembu terus dari orang yang peliharalembu, ni yang terbaik. Ini kerana susu lembu yang dijual kat supermarket tu ada yang dibuat daripada susu tepong!!! Malaysia ni semua ok, tapi kalau takde sangat hentam sajalah , dan kalau kita beli kat supermarkat sebaiknya kita beli susu yang disimpan dalam peti sejuk. Jangan ambil yang atas rak tu. Sebab susu yang kat atas rak tu telah dimasak sehingga semua bekteria telah mati. Yang disejukkan tu dia tak panaskan lebih dari 40C. Yang tu pun tak tahu ke? Hehe…

Ok alang-alang dah cakap pasal susu ni kena jugak bagitau bahawa susu yang dalam peti sejuk tu tak boleh ditinggalkan diluar lebih dari 2 jam kalau tidak bekteria dia akan aktif semula dan bila minum sakit perut.

Ok, ambil susu ni dan biarkan saja selama sehari semalam. Nak panaskan sikit sampai suam-suam kuku pun boleh dan taknak pun boleh. Tak payah letak yogurt dia akan jadi sendiri, itu tandanya ianya susu sejati.

Selepas sehari semalam susu tu sebenarnya telah masam, jangan panik, rilek, kita akan nampak ada perubahan, satu bahagian susu dan satu bahagian air. Dis ini kita dapat buat dua jenis benda. Kalau kita nak makan keju kita letak susu yang sudah membeku tu dalam bekas tapis dan air tadi akan terbuang, sedap dimakan begitu saja.

Kalau kita nak buat laban maka kita ambil susu dan air yang terasing tadi letakkan dalam bekas macam botol ke atau apa-apa saja. Kita pun goncangkan botol tadi…satu…dua..sampai la 20 minit-30 minit. Letih la sikit, kan cara tradisional. Apa yang anda akan lihat selepas 20-30 minit? Anda akan dapati di atas permukaan botol ada margerin. Memang itulah dia margerin, asingkan margerin tu dan boleh makan dengan roti…sedap!! ori.

Maka jadilah susu yang digoncangkan tadi sebagai Laban ‘yogurt’ rendah lemak, sebab margerin yang ada dalam susu tu telah dikeluarkan. Cara kita nak tahu susu tu asli atau tidak ialah jika banyak margerin yang kita dapat maka susu tu tidak dicampur, kalau margerin tu sikit maka susu tu dah dicampur, kalau tak ada langsung margerin yang keluar maknanya faham-faham lah sendiri..heheh…
Pandangan anda dihargai

About The Author

5 thoughts on “Jaga Kesihatan: Resipi Khas (1)”

  1. kat kampar ni ada orang melayu yang pelihara lembu susu. masa ana mengajar sessi petang dulu ana seminggu sekali pergi beli susu kat ladang ternak dia. satu liter rm 2.50. ana sekali beli dua liter tahan seminggu.dah pernah buat dadih,masak lemak guna susu asli.tapi sekarang ni dah tak beli lagi sebab tak sempat nak beli .penternak lembu tadi dia hantar tiap=tiap hari waktu pagi ke tempat pengumpulan susu lembu.jadi ana tak sempat nak pergi beli.tempatnya tak jauh dari rumah ana.cuti raya cina ni datanglah ke Kampar.banyak minum susu badan jadi gempal sikit-nuar kenitra

  2. Menarik citer ustaz ni. Saya suka pada food yang home made. Thanks for sharing, tapi kat Kajang/Bangi, mana nak cari susu asli lembu yang org Islam bela? Sekarang ni saya beli jenama Goodday, keluaran Susu Lembu Asli Marketing. Kalau tak salah saya, pernah sekali keluar TV pasal product ni. Hopefully asli, dan diproses oleh orang Islam.

  3. Assalamualaikum ustaz , terima kasih utk perkongsian ni.
    tapi syaaa nak tanya kalau2 ustaz pernah dengar pasal air yogurt ustaz rashid(hanya di kelantan , daerah kota bharu dan pasir mas)..boleh saya tahu sama ada air yogurt ust rashid tu betul2 air yogurt atau ada nama lain seperti laban, etc..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 2
  • 10
  • 11,806
  • 0