Semalam saya telah di tanya oleh seorang kawan melalui telefon tentang idah prp hamil yang kematian suami.
Jawapannya ialah:
Firman Allah bermaksud:
Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.
Surah al Talaq:4
Melalui ayat al quran sabit mengatakan bahawa idah wanita yang mengandung ialah apabila dia melahirkan anaknya . Oleh itu wanita mengandung yangkematian suami juga termasuk dalam ayat diatas. Selain hujjah ayat al quran ulamak juga menggunakan hadis riwayat Bukhari dan Muslim dimana Rasulullah s.a.w. menbenarkan Sabiah al Aslamiah, seorang sahabat wanita untuk berkahwin setelah dia melahirkan walaupun dia baru kematian suaminya.
Dari sudut maqasid, kita dapati, tujuan idah ialah untuk mengelakkan percampuran nasab. Jika perempuan dibenarkan berkahwin sebaik sahaja bercerai dengan suaminya atau setelah kematiansuami, nescaya akan timbul pertelingkahan jika dia mengandung dengan suami kedua. Berkemungkinan suami kedua akan menafikan anak tersebut darinya. Keaaan ini akan menganyanyai wanita dan anak tersebut serta menimbulkan pertelingkahan.
Pensyariatan idah ialah untuk menjaga keharmonian dan kerukunan hidup manusia. Dalam kes perempuan yang melahirkan anak, unsur percampuran nasab sudah tiada. Ini kerana perempuan yang melahirkan anak tidak menyimpan benih dari suaminya didalam rahimnya. Inilah salah satu bukti kebenaran ajaran Islam secara saintifik.
Hukum ini juga menunjukkan Islam amat menitik beratkan persoalan kesinambungan keturunan. Pengharaman zina, liwat dan sepertinya adalah bertujuan menjaga keturunan manusia.
Wallahua’lam