Hukum Berkahwin Dengan Golongan Syed & Syarifah - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Hukum Berkahwin Dengan Golongan Syed & Syarifah


Soalan
: Apa hukumnya seorang yang berketurunan nabi s.a.w. berkahwin dengan orang tidak berpangkat Syed atau Syarifah?

Wacana Ilmuan:

Di Malaysia, orang yang keturunannya berasal dari Rasulullah s.a.w dikenali dengan panggilan Syed bagi perempuan dan Syarifah bagi lelaki. Di negara Arab pula mereka dikenali dengan panggilan Syarif. Syarif maksudnya yang mulia. Panggilan ini mungkin kerana menghormati baginda s.a.w. Rasa kecintaan kepada baginda Rasulullah s.a.w. membuatkan keturunannya juga dipanggil dengan panggilan ‘yang mulia’.

Persoalannya ialah apakah hukum perkahwinan yang melibatkan orang biasa dengan orang yang berketurunan nabi. Adakah perkahwinan itu sah? Atau adakah ianya makruh? Ini kerana perkhawinan mestilah memenuhi syarat ‘kufu’ iaitu serasi atau setaraf.

Dalam isu ini para ulamak terbahagi kepada beberapa kumpulan:
1-Tidak ada kufu’ kecuali dalam agama. Orang Islam boleh berkahwin sesama mereka tanpa sekatan kecuali orang yang telah dihukum kerana kesalahan zina dia tidak layak berkahwin dengan orang tidak berzina

2-Kafaah wujud bagi orang Arab sahaja, ini kerana persoalan kufu’ dibincangkan oleh orang Arab, mereka beranggapan orang Arab Quraish tidak sekufu’ dengan Bani Hashim dan orang Arab biasa tidak sekufu’ dengan keturunan Arab Quraish.

3-Menganggap kufu’ juga berlaku dalam orang Arab atau bukan Arab.

Persoalannya ialah apakah kafaah hanya pada keturunan atau juga wujud dalam kedudukan sosial. Apakah tidak setaraf seorang yang miskin untuk berkahwin dengan orang kaya. Orang yang berketurunan bangsawan dan orang yang tidak bangsawan.

Asas pertama ulamak yang mensyaratkan kafaah ialah hadis riwayat al Hakim daripada Ibnu Umar: Sabda Rasulullah: Arab antara mereka sekufu’ antara kabilah dengan kabilah antara kampung dan kampung.

Namun demikian hadis ini dihukumkan daif (lemah dan tidak boleh dijadikan hujah) oleh Ibnu Abi Hatim, al Daraqutni dan Ibnu Abdil Bar.

Banyak hujah yang menunjukkan ‘kafaah’ tidak dikira dalam harta dan keturuna tetapi dikira dalam ilmu dan akhlak. Antara peristiwa penting ialah Rasulullah mengahwinkan anaknya kepada Othman bin Affan dan Umar al Khattab.

Selain itu banyak nas yang menyeru kearah persamaan sesama muslim antaranya Firman Allah yang bermaksud ‘Sesungguhnya orang mukmin adalah bersaudara’ Dan terdapat ayat-ayat lain dengan banyaknya.

Pandangan anda dihargai

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 2
  • 8
  • 11,823
  • 0