Islam sebenarnya satu agama yang sangat bertoleransi. Islam tidak memaksa manusia untuk menganut Islam secara kekerasan. Sebaliknya Islam menggunakan pendekatan dakwah dan menerangkan kehebatannya.
Sehubungan dengan itu quran menerangkan bahawa tidak ada paksaan dalam agama. Selain dari itu orang bukan Islam yang hidup dalam negara Islam bebas mengamalkan ibadat mengikut agama mereka selagimana tidak bertentangan dengan kepentingan negara dan masyaraka Islam.
Perbuatan menyerang dan membakar gereja dalam menangani konflik penggunaan nama Allah adalah tidak wajar. Sebagaimana yang saya telah terangkan dalam entry lepas, penggunaan nama Allah tidak melibatkan perlanggaran terhadap kesucian Islam. Walaupun saya berpendapat kerajaan patut melarang penggunaan tersebut, tetapi larangan itu lahir dari perinsip sadu zaraie, atau dalam Bahasa Malaysia bermaksud ‘menyekat keburukan’. Apa yang dibimbangi ialah penggunaan itu akan digunakan untuk megelirukan masyarakat Malaysia yang kurang berpengetahuan.
Hasil dari punca larangan tersebut, percubaan menggunakan nama Allah bukanlah pencabulan terhadap kesucian Islam secara langsung. Oleh itu gereja tidak boleh diceroboh dan dibakar. Sementara para paderi tidak perlu diambil sebarang tindakan.
Dalam banyak sejarah peperangan antara orang Islam dan bukan Islam, pejuang Islam telah menunjukkan sikap toleransi yang cukup tinggi lalu tidak membunuh paderi dan tidak pula mengapa-apakan gereja. Tidak pernah direkodkan dalam sejarah Sepanyol tindakan orang Islam merampas gereja dari orang Islam meskipun umat Islam mampu menundukkan kuasa Kristian dibawah pimpinan Tariq bin Ziad.
Keadaan sebaliknya telah berlaku dimana orang-orang Kristian telah menunjukkan contoh yang tidak baik bila mereka merampas masjid-masjid umat Islam, sebaik sahaja mereka dapat menguasai semula tanah Sepanyol. Sungguhpun sebahagian masjid adalah berasal dari gereja, tapi dizaman pemerintahan Islam, pihak pemerintah membeli gereja-gereja yang mahu dijual oleh pihak Kristian.
Semenjak saya kecil lagi, saya mendengar cerita dan pendapat beberapa ahli masyarakat yang menganggap harus melakukan kejahatan dan jenayah kepada orang kafir. Pendapat ini tidak benar. Dalam tafsir al Manar karangan Rashid Reda, beliau menolak sekeras-kerasnya kepercayaan ini ketika mentafsir Surah Ali Imran.
Namun demikian islam membenarkan tindakan diambil jika gereja dan paderi dijadikan alat untuk menyerang dan melakukan kekacawan dalam masyarakat Islam. Oleh itu saya menggesa supaya tindakan diambil oleh kerajaan dengan menutup gereja dan menghukum paderi yang menyebarkan dakwah mereka kepada umat Islam di Malaysia.
Hukuman sekeras-kerasnya perlu diambil oleh pihak kerajaan bagi membendung gejala murtad dikalangan umat Islam. Dalam fekah Islam, sesiapa yang bertindak memurtadkan umat Islam jika sabit kesalahannya boleh dijatuhkan hukuman bunuh. Begitulah besarnya kesalahan memurtadkan orang Islam dalam negara Islam. Malangnya jenayah ini tidak mendapat perhatian pihak berkuasa. Sepatutnya walaupun tidak ada undang-undang yang boleh menjatuhkan hukuman mati, paling kurang tindakan dibawah ISA boleh diambil bagi paderi-paderi yang bertindak menyebarkan dakwah mereka kepada orang Islam.
Mengapa tindakan ini perlu? Jawapannya ialah bagi menjaga keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. Kontrak sosial yang disepakati antara kaum di Malaysia ialah agama rasmi negara adalah Islam dan penganut agama lain bebas menjalankan aktiviti agama mereka dengan tidak menyebarkannya kepada orang-orang Islam. Kita bimbang, perlanggaran terhadap kontrak ini akan mencetuskan kemarahan oleh masyarakat dan menggalakkan keganasan yang tidak berkesudahan. Oleh itu pihak kerajaan perlu bertindak tegas kepada sesiapa yang berani melanggar kontark sosial yang telah termaktub dalam perlembagaan Malaysia.
Pandangan anda dihargai