
ZIZI meneguk air selepas dia dibawa keluar dari celah runtuhan sebuah gereja di Port-au-Prince kelmarin.
Kosmo 21 Januari 2010
PORT-AU-PRINCE – Seorang wanita warga emas, Ena Zizi antara empat mangsa yang masih hidup dan berjaya diselamatkan kelmarin setelah dia terperangkas dalam runtuhan sebuah bangunan selama seminggu akibat gempa yang melanda Haiti pada 12 Januari lalu.
Nenek berusia 69 tahun itu ditemui terperangkap di sebuah gereja Roman Katholik di sini oleh pasukan penyelamat Mexico namun paderi Joseph Serge Miot yang berada dekat dengan wanita tersebut ketika gempa pada minggu lalu ditemui terbunuh.
Pandangan anda dihargai
benda yang berkaitan dengan hidup mati ni no komenlah.
aku rasa yg ustaz nak cakapkan yg mana kejadian ajaib2 begini boleh berlaku dalam segenap agama…..
Pasti lepas ni nenek ni dan wartawan kristian akan menceritakan tentang rahmatnya dan agama dan gereja mereka…… entahle??????
Allah mentadbir dunia dengan hukum alam yang allah tetapkan, walaupun dia kafir, kafir itu pada akidahnya, bila dia masih boleh bernafas, tidak terganggu sistem badannya dia hidup, walaupun dia di gereja, walaupun seseorang itu berada di masjid, dia akan mati jika ajalnya telah tiba dengan sebab musabab yang Allah tentukan, oleh itu tiada kekaguman kepada manusia dan benda tetapi kekaguman kita ialah hanya kepada Allah yang menciptakannya, subhanalllah!!!