Soalan: Minta Ustaz kupas hadis dibawah.
Cuba kira…. 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan
dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu…….ALLAH sahaja maha mengetahui.. ……… … cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut…
Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: “Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!”, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.
Wacana Ilmuan:
Hadis ini adalah hadis maudu’ mengikut al Albani dalam kitabnya Silsilah al Ahadith al Daifah wa Almauduah. Hadis ini diambil dari kitab al Fitan oleh Nu’aim bin Hammad.
Saya harap kawan-kawan semua tidak teruja dengan hadis-hadis maudu’. Ini kerana hadis maudu’ sebenarnya bukan lah kata-kata nabi. Istilah hadis maudu’ diberikan kepada mana-mana hadis rekaan yang dinisbahkan kepada nabi s.a.w.
Tersebarnya hadis maudu’ ada beberapa faktor utama:
1-Orang yang nak mengupas sesuatu isu tidak mempunyai asas ilmu hadis lalu menganggap semua yang didakwa hadis itu memang hadis. Mereka tidak tahu bahawa banyak kata-kata yang dikatakan hadis nabi sebenarnya bukan hadis, sebaliknya hanyalah rekaan sahaja.
Lebih mengelirukan apabila hadis-hadis ini ada dalam kitab Arab. Rata-rata ahli masyarakat menganggap semua maklumat yang ada dalam kitab adalah betul terutamanya bila kitab ditulis dalam BA. Sebenarnya bukan begitu, kitab-kitab yang ada perlu dibaca dengan menggunakan ilmu-ilmu asas dalam Islam. Oleh itu sesiapa yang bukan bidangnya maka jangan nak memandai-mandai.
2-Orang-orang yang sentiasa mencari benda-benda pelik akan membesarkan hadis maudu’ kerana hadis maudu’ banyak cerita benda-benda pelik.
3-Ahli motivasi ramai yang mereka-reka kata-kata kemudiannya menisbahkan kata-kata tersebut kepada nabi s.a.w unuk tujuan menarik minat orang mendengar celoteh mereka.
4-Para peniaga juga suka mereka-reka atau menyebarkan hadis maudu’ untuk menyokong produk-produk mereka.
Amat Bahaya sekali apabila Nafsu diberi lalu.
benar sekali