Salam ustaz, ana nak tanya pandangan ustaz tentang jemaah Tabligh, ada yang meghukum jemaah ni sesat betulkah?
Wacana Ilmuan:
Saya telahpun membaca laman yang saudara berikan, sebenarnya laman itu merupakan terjemahan kepada laman asal dalam bahasa Arab. Terjemahan itu pula tidak terlalu baik sehinggakan payah juga nak faham.
Sebenarnya perkataan jemaah Tabligh sesat memang lama dah diberitahu oleh beberapa orang tokoh seperti Ben Baz, al Albani dan ramai lagi ramai lagi tokoh dari Arab Saudi.
Satu perkara yang saya nak tegaskan di sini ialah bila kita mahu berbincang tentang sesuatu isu, ada baiknya kita membincangkannya mengikut subjeknya, jika kita nak bincang tentang Tabligh, jangan mulakan dengan hukuman terhadap kumpulan. Jika kita membaca tulisan atau mendengar ulasan yang dilakukan dengan cara meletakkan hukuman sebelum menganalisa, maka kita kena faham bahawa hukuman itu bukanlah sesuatu keputusan yang ilmiah.
Ada banyak persoalan yang perlu diketahui sebelum kita menerima kata-kata umum seperti itu. Jika kita bincang pasal Jamaah Tabligh meminta pengikutnya keluar 3,7 atau 40 hari, maka apakah ianya satu bidah yang akan membawa kepada status sesat. Kita kena tahu jika sesat, maka mana satukah ajaran jemaah itu yang dianggap sesat?
Selepas dikenal pasti, maka kita perlu pula menganalisa apakah perbuatan tersebut termasuk dalam perkara pokok yang mengakibatkan seseorang dihukum sesat. Atau ianya satu kesalahan yang bersifat kesalahan biasa yang tidak melibatkan persoalan asas akidah.
Sebenarnya teknik ini boleh juga dilakukan ketika menilai hukuman yang dijatuhkan terhadap mana-mana individu atau kumpulan. Kesilapan melabel sesuatu kumpulan dengan sesat dengan sewenang-wenangnya adalah satu trend yang tidak baik dan perlu dijauhi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa memang ajaran sesat ada disebarkan dalam masyarakat tapi banyak kesalahan jua yang dinamakan kesalahan ijtihadi.
Dalam kes jemaah Tabligh, memang jemaah ini banyak kelemahan, antara yang saya dapat sebut secara rengkas ialah:
1-Jemaah Tabligh tidak menggunakan pendekatan yang ilmiah. Banyak guna cerita-cerita dan banyak cerita yang tidak masuk akal.
2-Tidak menyaring hadis yan digunakan dengan mengguakan kaedah jarh wa ta’dil
3-Statik dengan uslub yang sama sehingga dianggap tujun. Contohnya mesti keluar dalam hari2 yang tertentu.
4-Memisahkan agama dan dunia
5-Menyempitkan makna ibadah.
6-Menyempitkan ruang lingkup ukhuwah
7-Membesar-besarkan perkara adab dan menganggapnya asas dalam pengamalan agama.
8-Pengajian disampaikan oleh orang yang tidak mendalami pengajian Islam.
Persoalannya apakah kelemahan-kelemahan itu tadi boleh menyebabkan kumpulan ini dinamakan sesat? Kalau dikatakan sesat apakah tahap kesesatan itu? Saya rasa pendekatan menggunakan perkataan sesat kurang sesuai untuk digunakan kepada jemaahTabligh. Yang lebih tepat bagi saya ialah kelemahan.
Oleh itu sebarang kritikan terhadap Jemaah ini mestilah menerangkan kelemahan dan penyelesaiannya, bukan melabelkannya dengan sesat secara umum. Adalah tidak sama menganggotai kumpulan yang sesat dengan menganggotai kumpulan yang banyak kelemahan. Kalau kita bahagikan demikian menunjukkan istilah sesat hanya akan kita gunakan kepada kumpulan yang terseleweng akidah asasnya dan boleh membawa kepada kekufuran.
Melabelkan sesuatu aliran atau individu secara mudah dengan kata-kata sesat sering menjadi pilihan sesetengah pihak bagi memudahkan kerja mereka untuk menolak pandangan yang tidak sehaluan dengan mereka.
Pandangan anda dihargai
Pandangan anda dihargai
Apakah kayu pengukur yang sebenar bagi menentukan sesuatu fikrah atau fahaman mahupun jamaah itu sesat?
Kenapa jemaah seperti Ayah Pin, Rasul Melayu, Al-Arqam, Ahmadiyah, Muktazilah dan sesetengah golongan berpendapat bahawa Wahabi juga dilabelkan sebagai sesat? Apakah persamaan dari segi kriteria dan lain-lain di antara mereka?
Mohon ustaz terangkan.
Umar
saya rasa, kalau umar baca entry asas kefahaman islam 1-20 dan kemudian baca entry wahabi sesat, umar akan faham kerana saya telah jelaskan kaedah2nya dalam perbincangan tersebut.