Istilah sesat bagi saya lebih sesuai digunakan bagi kumpulan yang mempunyai penyelewengan dalam perkara akidah yang melibatkan dasar yang disepakati seperti ajarah Ayah Pin, Encik Qahar dan Arqam.
Antara kelemahan jemaah Tabligh ialah:
1-Jemaah Tabligh tidak menggunakan pendekatan yang ilmiah. Banyak menggunakan cerita-cerita rekaan dan cerita yang tidak masuk akal.
Sebenarnya kelemahan ini bukan saja ada dalam Jemaah Tabligh, kelemahan dan kesilapan ini juga sering dilakukan oleh motivator. Ini kerana motivar ramai yang tidak belajar agama, mereka menggunakan cerita yang menarik perhatian dan banyak keadaan menisbahkannya kepada hadis.
Salah satu cerita yang agak popular dalam ceramah tabligh ialah apabila sekumpulan sahabat nabi mahu berperang, sebelum berperang mereka bersugi terlebih dahulu, apabila musuh melihat mereka bersugi, musuh menyangkakan orang Islam memakan kaku, kuatnya orang Islam kayu pun mereka mamah, jom kita cabut lari, musuh pun kalah.
Satu cerita lagi ialah apabila seorang pendakwah yang sangat suka berdakwah dia telah dimakbulkan doanya, satu hari dia berjalan lalu dia terniat nak makan roti bakar, maka jatuhlah roti bakar didepannya tanpa diketahui dari mana datangnya roti itu.
Antara cerita pelik yang dimainkan oleh kumpulan Tabligh dan para motivator ialah cerita burung pipit dan nabi Ibrahim dizaman pemerintahan Namruz. Apabila nabi Ibrhim dibakar maka burung pipit bekerja keras membawa air dengan paruhnya lalu disoal oleh burung-burung lain, pipit menjawab bahawa dia berusaha keras supaya dia tidak ditanya oleh Allah diakhirat nanti.
Cerita ini amat meluas sekali tersebar kerana dicanangkan oleh ustaz-ustaz popular sedangkan ianya hanya kisah Israiliah sahaja. Cerita ini nampak sekali bertentangan dengan dunia realiti kerana burung bukanlah dari jenis makhluk yang mukallaf dan dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk menegakkan keadilan dan menentang kebatilan. Bahkan cerita itu melatih umat Islam hidup dalam dunia dongengan.
Sebahagian dari alasan kumpulan Tabligh dan motivator yang menggunakan cerita-cerita ‘agama’ ini ialah tujuan cerita ialah utuk menggalakkan kebaikan.
Ya memang benar cerita-cerita tidak masuk akan akan menggalakkan orang dan memberi motivasi dalam jangkamasa pendek, tetapi islam tidak memerlukan usaha yang tidak bersih untuk menegakkan ajarannya. Dalam jangka masa panjang cerita-cerita itu telah memudaratkan kerana ianya bertentangan dengan qanun sababiah yang diakui oleh Quran.
Jika motivator dan ahli tabligh dapat meningkatkan diri dan mencari alternatif lain yang terdiri daripada cerita-cerita yang benar dan realistik seperti usaha nabi dalam hijrah, usaha dan kesungguhan sahabat dalam peperangan dan siri pembukaan mereka, kegigihan Muhammad al Fatih membuka Turki, cerita-cerita seperti ini lebih realistik dan bersifat positif dalam jangka pendek dan jangka panjang.
Pandangan anda dihargai
salam ustaz, nak tanya ustaz pernah keluar ke? 3 hari? 40 hari? 4 bulan?
orang cakap PAS parti syiah pasal masa demo hari tu ada yang bawak gambar khomeni.
ada gak orang ckap ustaz2 yang rajin ceramah sekarang ni demand kuat, pasal timbul citer sorang dua yng mintak lebih duit kat Penganjur
dalam kaedah penyelidikan, kesimpulan atau rumusan dibuat setelah hipotesis nul dibuktikan benar atau tidak hasil dari ujian
atau observasi dilakukan dengan jangka masa yang tertentu.
p/s kalau burung tak mukallaf nape ada citer pasal burung hud-hud yang membawa kepada dakwah nabi sulaiman ke ratu saba'
satu lagi :
hadith riwayat Ibn Hatim, dari A'isyah ra. bahawa Rasulullah :saw bersabda :
"Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…" [Lihat juga Tafsir al-Munir, Wahbah al-Zuhaili, 9/93].
boleh gak bukak web kerajaan ni:
http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=1322
Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Penjahat Kecil
Hadith :
Dari Amir bin Saad dari bapanya (Saad bin Abi Waqas) r.a katanya:”Sesungguhnya nabi s.a.w telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya ‘si penjahat kecil’.
(Muslim)
Huraian
Berlaku sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim a.s semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, “Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.' Lalu dijawab oleh burung tersebut, “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.” Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.)
salam..bile bercerite pasal JT orang kate xbaik la, xde ilmu la.xikut peredaran zaman la..perbandingan juga dibuat antara ustaz2 dengan orang yang baru nk start..perbandingan kenelah dibuat dengan yang org yg same tarafnye.
sebenarnye kalu kite lihat jemaah ni bergerak seluruh dunia.org alim ke, org jahil ke, org kaye, miskin,pemimpin,org biase sume ade.mane ade pergerakan yg pergi kesluruh dunia bawa diri, harta sendiri, mase hanya kerana agama. sy ade knl sorg tu. die siak masjid xbergaji. sukarela je..tp tgk pasport die penuh…mane die xpergi..amerika,australia, kemboja,thailand,india,pakistan,bangladesh,indonesia….dan bnyk lg.ini la jemaah tabligh.kite xpyh la pg jauh, tgk di sabah serawak, paderi mereka bkn 40 hari, bkn 4 bulan tp bertahun2 kt sane sbb nk sebar dakyah kristien. kite ni kluar 40 org dah kecoh kte tggl ank bini.
dulu semasa sy kt tepi2 longkang xde sape pn yg nk ajk sye buat baik, bertaubat, pg masjid seolh2 sy ni xde harge skit pn.org2 masjid, ustaz2 bkn stkt xajk tp mbenci, cemuh..tp org tabligh lh yg bgtau dan ajak sy br la sy sedar bhw sy pn umat nabi dan ade pluang jgk utk msk syurge.bile sy dah btaubat,sedar kslpn sy,slalu ke masjid…org ckp plak sy ni xbetol, fatihah pn salah, xde ilmu dsb..sebab ape? sbb sy nk baiki diri sy,nk dekat dgn Allah…sdgkn mase sy kt tepi2 longkang dulu xde sape pn peduli, tp bile dh kluar dr dr longkang tu mcm2 kate.
ini lah mslh umat islam hari ni.