Fatwa Poco-poco fenomena kecelaruan umat?? (2) - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Fatwa Poco-poco fenomena kecelaruan umat?? (2)

Fatwa Poco-poco fenomena kecelaruan umat?? (2)

Berbalik kepada keluhan Abdullah bin Bayyah ialah betapa ramai orang yang berfatwa. Dengan ledakan ICT fatwa disampaikan dalam internet, tv, suratkhabar dan yang menjadi muskilnya ialah oleh orang-orang yang tidak berkeahlian
.
Syeikh Abdullah ben Bayyah membahagikan fatwa kepada 3 jenis:

1-Fatwa jumud: fatwa begini diibaratkan seperti penjual baju yang menjual baju yang telah siap, dijahit, bila datang pelanggan yang gemuk sedangkan baju yang ada lebih kecil, maka ketika itu pelanggan terpaksa memakai baju yg tidak sesuai dengan tubuhnya.

Fatwa jenis ini biasanya berbentuk taqlid, mengikut sahaja apa yang dikatakan oleh ulamak dahulu atau menggunakan nas yang tidak diolah dengan kefahaman.

2-Fatwa inhilal: Fatwa yang melanggar perkara yang sudah jelas dalam agama. Beliau menyifakan fatwa jenis ini berlaku dengan banyaknya dalam masalah perbankan

3-Fatwa Wasathiah (sederhana) yang sepatutnya diikuti. Sifat fatwa wasathiah iaitu seimbang dan sederhana ialah fatwa yang mengambil 3 unsur penting dalam ijtihad:

1-Nas
2-Maqasid
3-Perubahan persekitaran

Berbalik kepada fatwa Poco-poco, nas al-Quran dan al-Hadias sudah tentu tidak ada yang secara jelas menyebut Poco-poco. Oleh itu perbincangan ialah berlegar antara dua unsur lain iaitu Maqasid atau perubahan zaman.

1-Maqasid

Topik Maqasid disini adalah memfokuskan sebab larangan, larangan arian ini dikeluarkan kerana dianggap mengandungi unsur ‘menyerupai ibadat orang Kristian’ dan bertujuan melarang berlakunya pergaulan bebas seta pendedahan aurat

2-Unsur perubahan persekitaran

Berkisar disekitar apakah benar pengamalan tarian itu masih menunjukkan ianya ibadat orang Kristian? Apakah ianya benar begitu? Adakah ianya dilihat sebagai tarian semata-mata. Berkaitan unsur ini pandangan yang mengatakan perbuatan ini menyerupai ibadat orang Kristian kurang relevan, ini kerana ianya jika serupa sekalipun sudah kehilangan unsur-unsur ibadat tersebut dan perubahan telah berlaku terhadap penghayatannya.

Namun demikian, jika dilihat dari sudut bagaimana tarian itu diamalkan maka boleh dikatakan jika ada sahaja tarian Poco-poco maka akan berlaku pendedahan aurat dan pergaulan bebas. Jika dilihat dari sudut tarian ianya baik tetapi jika dilihat dari sudut perlaksanaannya maka jelas sekali unsur persekitaran bersifat bertentangan dengan Islam. Dengan itu para ulamak akan membuat pendirian apakah ianya perlu dibenarkan atau diharamkan.

Begitulah cara para cendikianwan Islam menganalisa sesuatu persoalan bagi menyelesaikan permasalah yang dihadapi oleh umatt Islam. Persoalnnya mengapakah imbulkya kekeliruan??

Pada pandangan saya kekeliruan timbul disebabkan beberapa faktor:

1-Hujjah tarian Poco-poco menyerupai ibadat orang Kristian tidak tepat, masyarakat tidak pernah merasakannya demikian dan tidak diamalkan dalam konteks itu. Oleh itu hakikat ianya adalah ibadat Kristian jikapun benar maka hakikat iu telah berubah kepada satu senaman untuk umum.

2-Rata-rata masyarakat menyangka bahawa hukum Islam mesti satu dan percanggahan pandangan dalam hukum adalah terlarang. Ini kerana masyarakat Malaysia kurang terdedah dengan pengamalan mazhab berbeza memandangkan garapan fekah di Malaysia bersifat satu mazhab. Fenomena mazhab berlainan baru wujud dan masih terhad di bandar-bandar. Walaupun ianya telah diamakan dengan meluas dalam perbankan dan muamalat.

3-Masyarakat umum dan sebahagian besar para ‘orang-orang agama’ sendiri kurang faham dengan tugas Mufti yang lebih bersifat pentadbiran dan insitusi Fatwa di Malaysia berada dibawah kerangka pemerintahan. Fatwa-fatwa yang dibuat bersifat pentadbiran dan pentadbiran tersebut merujuk kepada kerajaan negeri, oleh itu tidak mejnjadi masalah jika ianya berlainan kerana pentadbiran negeri merujuk kepada kuasa Raja-raja Melayu.

Sebagaimana harga parking kereta di Kuala Lumpur berbeza dengan harga parking di Kuala Terengganu kerana perbezaan pentadbiran, maka perkara yang sama berlaku dalam insitusi fatwa, ianya bukan merujuk kepada ulamak tertentu elah dibeli oleh pihak-pihak tertentu tetapi tabiat pentadbiran dan pemikiran manusia sememangnya bersifatt berbeza-beza. Oleh itu sya menyeru kepada pihak yang menggunakan isu ini untuk memburuk-burukkan salah satu pihak agar tidak terus menangguk di air keruh.
Wallahuaalam.

Pandangan anda dihargai

About The Author

2 thoughts on “Fatwa Poco-poco fenomena kecelaruan umat?? (2)”

  1. Alhamdulillah penerangan yang cukup baik. Semoga ramai dapat membacanya. Mungkin kalau dapat disiarkan dalam mana mana akhbar pun lagi bagus kerana ini boleh memberi masyarakat memahami cara fatwa dibuat dan juga tugas mufti sebagai pengubal fatwa setiap negeri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 1
  • 6
  • 11,798
  • 0