Dugaan Kesetiaan - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Dugaan Kesetiaan


Di zaman dahulu ada seorang petani yang tinggal di sebuah perkampungan terpencil. Petani ini bernama Zomi. Kehidupan Zomi tidak banyak terdedah kepada dunia luar, dalm masa yang sama dia memiliki sifat yng kurang baik iaitu bermuka-muka. Dia tidak suka berterus terang dan sering membuat keputusan tanpa perhitungan.

Pada suatu hari kuda kepunyaan Zomi telah jatuh ke dalam telaga. Puas sudah Zomi berusaha untuk mengeluarkan kudanya dari dalam perigi itu teapi tidak berjaya. Zomi cuba mengangka dengan menggunakan tali, tapi kudanya tercekik dan mungkin mati.

Langkah seterusnya ialah memberitahu jiran-jiranya. Apakah jalan terbaik yang perlu beliau lakukan demi menyelamatkan kudanya itu. Semasa bermusyarat dengan beberapa orang kampung, banyak cadangan yang diberikan kepada Zomi dan akhirnya terserah kepada beliau untuk membuat keputusan.

Zomi menimbang-nimbang jalan terbaik yang perlu dilakukan. Belanja untuk mengeluarkan kudanya sama saja dengan harga membeli seekor kuda lain. Zomi rasa ini tidak menguntungkan kerana kudanya yang ada sekarang telah tua dan uzur. Lebih baik di membeli Kuda lain yang lebih muda dan gagah.

Zomi juga sedar telaga yang ada sekarang sudah kering dan tidak berair. Mengapa pula saya perlu untuk mengeluarkan kuda itu. Lebih baik saya timbuskan saja telaga yang sudah tidak berguna ini dengan kuda tua yang telah lemah.

Akhirnya itulah keputusan yang dibuat oleh Zomi, dia akan menimbuskan telaga beserta dengan kudanya sekali. Walaupun perbuatan tersebut tidak berperikemanusiaan tapi demi menjimatkan perbelanjaannya Zomi sanggup berbuat demikian.

Zomi juga merasakan bahawa inilah masa yang sesuai untuk beliau menimbuskan telaga itu, semua orang kampung akan membantunya kerana tidak tahan mendengar pekikan kudanya dari dalam telaga itu. Zomi pun mula memberitahu orang-orang kampung tentang hasratnya.

Keesokan harinya Zomi dan orang-orang kampung mula menimbuskan telaga itu. Mereka menggumpulkan sampah sarap dan tanah untuk dihumbankan kedalam telaga yang terdapat di dalamnya kuda malang yang terjatuh itu.

Kuda Zomi menyangka dia akan mati pada hari tersebut. Dia sedar dengan tindakan Zomi apabila penduduk kampung mula menghumbankan sampah sarap kedalam telaga. Sampah sarap dan tanah itu jatuh ke atas belakang kuda didasar perigi.

Setelah beberapa kali dihempap timbunan sampah sarap dan tanah, kuda Zomi mendapat satu idea. Dia bertindak melompat setiap kali timbunan sampah dan tanah dihumbankan. Dengan berbuat demikian tanah dan sampah sarap itu jatuh ketanah dan kedudukannya semakin tinggi.

Itulah yang dilakukan setiap kali timbunan sampah dan tanah dihumbankan. Kuda Zomi akan melompat dan kedudukannya menjadi semakin tinggi dan menghampiri permukaan telaga. Pada waktu itu timbullah harapan untuk hidup semula dan kuda semakin bersemangat.

Setelah banyak kali mengulangi perkara yang sama kuda Zomi sudah begitu hampir dengan permukaan dan akhirnya dia melompat keluar dari telaga dengan penuh gembira.

Melihatkan kudanya yang telah berjaya melompat dari dalam perigi, Zomi meraung dengan sekuat hati usaha aku berjaya!!!! Zomi melompat kesukaan dan berkata kepada kudanya syukurlah kami dapat menyelamatkan mu.

Di dalam hati, kuda Zomi sedar dengan tipu muslihat tuannya yang sering berpura-pura. Dia sedar, dia bernasib baik dan terlepas dari telaga itu kerana kecerdikan dan usaha dirinya bukan kerana ikhsan tuannya!!

Pandangan anda dihargai

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 1
  • 8
  • 11,823
  • 0