القرضاوي: احتفال المسلمين بالكريسماس “حرام” |
الدوحة- انتقد العلامة الدكتور يوسف القرضاوي، رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين، ما يجري من استعدادات في العواصم العربية والإسلامية للاحتفال بما يسمى عيد الميلاد (الكريسماس)، مؤكدا أن الاحتفال بأعياد غير إسلامية “حرام ويعني تنازل الأمة عن شخصيتها الإسلامية”، داعيا المسلمين للحرص على تميزهم في أعيادهم وتقاليدهم.
|
وقال الشيخ القرضاوي خلال خطبة الجمعة 11-12-2009 بجامع عمر بن الخطاب بالعاصمة القطرية الدوحة إن: “احتفال المسلمين بما يسمى عيد الميلاد حرام وعيب ولا يليق”، متسائلا بنبرة يملؤها الحزن والحسرة: “في أي مجتمع نحن؟ هل نحن في مجتمع مسلم أم في مجتمع نصراني؟”. |
Dalam khutbah Jumaat beliau Dr Yusuf Qardawi telah menyelar masyarakat Islam yang menyambut Hari Krismas dan tidak menghiraukan persoalan hukum. Mereka berkelakuan seolah-olah Hari Krismas adalah satu adat yang ada dalam agama Islam.
Beliau mempersoalkan juga tindakan kerajaan-kerajaan Islam yang memberi ruang bebas bagi mempromosikan perayaan tersebut sedangkan perkara yang sama tidak berlaku terhadap perayaan Islam di negara-negara Eropah. Mengapa pula perayaan Islam tidak di berikan hak langsung di Eropah dan tidak di endahkan.
Namun demikian dalam tulisan beliau, Dr Yusuf Qardawi menganggap mengucapkan selamat Hari Krismas kepada bukan Islam adalah harus dan tidak bertentangan dengan nilai Islam kerana ianya bukan satu pengiktirafan terhadap agama lain tetapi sebagai menunjukkan sikap toleransi yang di ajar oleh Islam.
Perkara ini sebenarnya merupakan bukti kepada tahap keperihatinan umat Islam masakini terhadap kesucian agama. Kalau kita nilai secara lojiknya seorang yang sensitif terhadap kesucian agama tidak akan sanggup mencampur adukkan pengamalan agamanya dengan sesuatu ajaran lain.
Satu perkara lagi, pimimpin yang semata-mata mementingkan sokongan dan undi sering mengambil kesempatan suasana ini untuk mengambil hati orang bukan Islam, mereka berharap jika mereka memberi ruang seperti ini mka sokongan terhadap mereka akan bertambah. Pemimpin seperti ini kurang sekali mengambil kesah tentang kesan jangkapanjang terhadap masyarakat Islam.
Sebenarnya untuk memberi kebebasan kepada bukan Islam memang tak jadi masaalah, tapi biarlah hanya melibatkan golongan mereka sahaja. Dengan itu rakyat akan tetap mempunyai sensitiviti terhadap agama dan toleransi yang diberikan pun terkawal.
Pandangan anda dihargai
Salam. Melihat kepada fatwa al-Qardhawi, ana nak tanya..apa hukum kita beli barang di pasaraya yang memberi potongan2 hebat sempena perayaan krismas? timbul tak masalah syubhah dan turut meraikan perayaan yang bakal disambut?
masalah potongan hebat hari krismas menggambarkan bahawa ekonomi kita dikuasai oleh bukan Islam, pasarraya besar, produk dan kilang adalah dibawah kuasa mereka, maka mereka buat promosi berdasarkan hariraya mereka, umat islam menumpang sahaja dengan membeli pada masa murah, saya lihat ianya bukan termasuk meryakan dalam ertikata membesarkan agama mereka kerana orang islam pada ketika itu berada dipihak yang lemah.
Adalah lebih baik menfokuskan kepada tindakan umat Islam yang merayakan hari tersebut dan mengagungkannya sebagai satu yang tidak baik, namun demikian sekali lagi saya sebutkan bahawa keadaan itu tidak menafikan hak individu muslim untuk menunjukkan respect dan sifat toleransi kejiranan dengan ucapan selamat yang munasabah.
Isu ini bukan sekadar isu sambutan atau isu hukum fekah tetapi perlu ditangani oleh ulamak dan cendikiawan sebagai isu bagaimana umat Islam perlu mempunyai perasaaan berbangga dengan agama dan bagaimana menimbulkan kecintaan kepada agama, dalam masa yang sama isu ini perlu dilihat dalam perspektif dakwah. Wallahuaalam
Salam ustaz, shukran jaziilan atas respon. Moga2 syiar islam terus tertegak di muka bumi Allah ini. Dengan usaha dan kesedaran umat Islam sendiri inshaAllah…
amin
setelah ana baca beberapa makalah yang berkaitan dengan isu umat islam menyambut dan meraikan perayaan orang bukan islam.ana boleh buat kesimpulan bahawa,apa sahaja perbuatan dan aktiviti yang menampakkan kemeriahan sambutan itu yang dilakukan oleh orang islam adalah haram.contohnya kalau kita beli atau letakkan pokok krismas sedangkan itu adalah sebahagian simbol krismas adalah haram.
ada pendapat mengatakan ucap selamat atau mambruk pun haram.kerana ucapan ini menunjukkan kita redha dengan kesesatan mereka. golongan ini berkata,ucapan ini sama dengan ucapan selamat kepada orang yang sedang menyembah berhala kita kata selamat menyembah berhala.kedua-dua keadaan ini sama dari segi upacara keagamaan.
ada perkara yang boleh bertoleransi dan ada yang tak boleh.dalam hal-hal ibadat keagamaan ini ana rasa tak payah le bertoleransi.banyak lagi ruang yang boleh kita bertoleransi.macam kita selesai solat jumaat tak perlu kawan kita yang bukan islam berjumpa dengan kita, mengucapkan selamat solat jumaat.
menghadiri rumah terbuka juga perlu dikaji balik dari sudut syariatnya.sedangkan hari -hari biasa kita tak pernah pun menghadiri rumah itu. tiba perayaan kita hadir,nampak sangat kita tumpang memeriahkan perayaannya.untuk mengelak situasi ini kita hadirlah pada hari lain.
umat islam kat malaysia ni hanyut bersama arus kejahilan.lebih malang cerdik pandai agama pun terpaksa mengikut arus kehendak orang jahil.-nuar kenitra.
Assalaamualaikum ya ustaz, dan sahabat2..
Persoalan saya terhadap nuar kenitra..
Bagaimana sesorang Islam yang mempunyai saudara2 yang menganuti agama2 lain?
Seperti apa yang saya fahami,
Inna ma al'amaalu bin niaat..
Sesungguhnya amal itu berserta dengan niat.
Soheh Bukhori.
Saya pernah mencuba dengan tidak mengucapkan "Merry Cristmas". Apa yang timbul hanya keganjilan dan hubungan menjadi tidak enak.
Berbalik kepada persoalan tadi.
Kita hanya mengucapkan bukan menafikan akidah mereka.
Wallahu'alam.
saya rasa, itu lebih tepat