Bila berjumpa seorang kawan, saya ditanya: Mengapa Dr Asri ditangkap? Emm..sebenarnya saya taklah sangat berminat nat kupas isu ini. Bagi saya, bukan isu besar. Biasalah orang kena tahan dan soal siasat. Ulaslah sikit, kata kawan saya tu.
Sebenarnya dalam entry ‘Amal Jam’i 5’ saya telah menjelaskan ada beberapa kumpulan mewakili aliran pemikiran yang berbagai dalam masyarakat Islam. Kadang-kadang hubungan antara aliran-aliran ini baik, tenang dan harmoni. kadang-kadang tegang, panas dan berkonfrantasi.
Biasanya kepelbagaian aliran pemkiran ini digunakan oleh tiga pihak untuk mengambik kesempatan:
1-Musuh-musuh Islam yang mahu menghancurkan Islam. Sebab itu setiap kali mereka cuba melemahkan umat Islam maka mereka akan menyokong salah satu pihak dan kebiasaannya yang lemah, lalu puak yang lemah akan bergantung harap dengan mereka. Bila menang dalam percakaran, puak yang lemah mesti membayar balik hutang ehsan itu.
2-Orang muslim yang ingin mengambil kesempatan.
Orang begini biasanya ada agenda peribadi, seperti ingin menonjol, dengki, ingin mendapat projek, mendapat simpati politik dan berbagai-bagai.
3-Orang yang ketiga ialah orang yang taksub dengan pandangan atau puak tertentu. Lalu mereka akan mengganyang puak yang berlainan dengan mereka tak kira apa hkumnya disisi Allah.
Saya rasa dalam kes Dr Asri ni ialah dari jenis yang kedua.
bersambung…….
Pandangan anda dihargai
saya hak tunggu jawapan drp JAIS mungkin meraka ada alasan mereka
yg tersendiri
he he masa malam tangkap, bila ditanya cakap bukan pasal Asri tapi umah tu dah lama ditarget tpt ajaran wahabi, kebetulan Asri ceramah malam tu
sekali press staement cakap bukan pasal wahabi tapi pasal takde tauliah.
"sudah tukar ka?" ke "sudah TAKUT ka?"
pengikut ASri punya lah ramai takkan sorang pun takleh tolong isi borang tauliah, dia kan sibuk. so bila tangkap boleh wat alasan saya dah mintak tauliah tapi JAIS tak kasi
anak murid tak blh harap hehe
Salam Ustaz, Ini lah kita, terus berpecah dari hari ke hari. Tak cukup dalam politik kini melarat dalam soal agama. Islam yang patut dijadikan kekuatan bersatu kini membawa perpecahan disebabkan ego masing masing. Bayangkan para ulama dan cendiakawan Islam yang penuh dengan ilmu tentang Islam dan sepatutnya lebih faham ,saling becakaran satu sama lain, Apa yang kita harapkan pada orang awam dan pengikut pengikut yang kurang ilmunya. Becelaru. Confused.Ini tak lagi masuk perpecahan keluarga yang semakin teruk , seperti yang dilaporkan diTerengganu. Kemana kita agaknya????????????
Saya tak paham? Cuba terangkan sikit apa itu Wahabi?
insyaalaah boleh faham