Bila melihat cerita surat khabar atau meneliti senario politik, maka saya akan cuba membuat berbagai andaian. Begitu juga dengan peristiwa penahanan Dr Asri. Seperti yang saya katakan, penahanan itu bukanlah perkara besar bagi saya, itu perkara biasa.
1-Pembangkang Selangor cuba memburuk-burukkan kerajaan negeri. Inilah satu kemungkinan yang dapat diletakkan dalam insiden ini. Sebaik sahaja TV3 menyiarkan berita itu, kenyataan PM pun dimuatkan. Kenyataan boleh ditafsirkan sebagai satu kempen untuk memberitahu rakyat bahawa inilah yang akan jadi kalau Pakatan terus berkuasa di Selangor.
2-Ada orang yang berjaya menggunakan pihak berkuasa agama negeri untuk tujuan kepentingan mereka. Ini kerana ada beberapa individu yang telah melakukan banyak seminar dan majlis penerangan tentang bahaya pemikiran Dr Asri. Mengapa saya anggap dia buat atas kepentingan dan nafsu? Sebabnya ialah seorang kawan saya yang tak kena mengena dengan aliran Dr Asri juga pernah ingin diseret dengan menggunakan tuduhan yang hampir sama. Sebenarnya tidak ada apa yang kawan saya lakukan selain dia amat glamour. Akhirnya kawan saya dapat ‘membersihkan’ dirinya daripada dikaitkan dengan aliran Dr Asri.
3-Dr Asri sendiri yang mendalangi isu ini kerana inginkan publisiti. Jika dia dikaitkan dengan kekerasan pihak kerajaan negeri, sudah tentu kerajaan pusat akan melihat harga Dr Asri dan nilai beliau dalam mennganani kemaraan pembangkang. Perlu diingat Dr Asri dilihat sebagai orang yang ada pengaruh daam PAS, kalau Dr Asri dapat pastikan dia mampu maka ini satu demand yang mahal harganya.
4-JAIS memang sudah lama ingin menamatkan aktiviti Dr Asri kerana aliran beliau tidak disenangai oleh para ulamak tradiional dan kumpulan sufi yang sentiasa diasak oleh Dr muda itu. Inilah masanya untuk bertindak kerana kekalutan ketika ini tidak akan memberi banyak impak kepada PR yang masih belum diketahui bila.
Inilah andaian-andaian yang saya dapat buat bila saya melihat berita penahanan Dr Asri. Apa yang saya ingin utarakan disini ialah sesuat kejadian itu banyak andaian yang dapat kita buat. Janganlah kita cepat membuat keputusan dan menghukum sesuatu perkara sebelum kita berfikir. Disini ada beberapa panduan penting yang ingin saya kongsikan.
1-Berbaik sangka jika sesuatu perkara yang berlaku tidak melibatkan kepentingan umum. Jangan kita cepat menerima apa sahaja yang dipaparkan di akhbar atau media kerana media adalah ibarat seorang yang kita tak kenali peribadinya, kemungkinan berlaku pembongan adalah terlalu tinggi.
2-Janganlah baik sangka kita itu menyebabkan kita diperbodohkan. Oleh itu ,jika perkara yang melibatkan kepentingan rakyat, penyelewengan maka kita kena selidik dan ambil tahu.
3-Kita mesti memperjuangkan kebebasan bersuara dan hak rakyat untuk bercakap dan mempersoalkan apa yang dibuat oleh pemerintah. Semakin seimbang antara kuasa rakyat dan kuasa pemerintah maka pemerintahan akan lebih adil dan kedua-dua pihak akan lebih terkawal.
Pandangan anda dihargai
Yang Betul dihalang yang Salah dibiar.
ana melihat penangkapan MAZA menunjukkan kita belum lagi bersedia menerima dan berlapang dada dengan kepelbagaian amalan dan pendapat dalam masalah khilafiah.Kalau peringkat orang mengaji agama pun tak jelas apalagi orang awam.ana banyak juga bertemu dengan orang awam,mereka mula bertanya tentang wahabi pegangan dan amalan mereka.mereka tak tanya Islam.mereka keliru antara islam dan wahabi.Jadi ana beritahu mereka masalah wahabi bukan masalah orang awam.belajar dulu ilmu-ilmu asas dalam akidah.jadi ana tak tahu di mana nak diambil pangkalnya supaya mereka jelas tentang punca perselisihan puak-puak ni.-nuar kenitra
ramai juga dijumpai org yg masyarakat sangka alim tapi hakikatnya tak gitu, cuma dia pandai ambil kesempatan, akibatnya isu khilaf pun dianggapnya bahaya.