Doxymycin: Rujuk Kepada Pakar - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Doxymycin: Rujuk Kepada Pakar

Setelah lebih sebulan batuk-batuk, saya terpaksa mengalah, mengalah dengan percubaan, berbagai petua melawan batuk telah saya gunakan, bukan apa, kerana nak cuba melihat sendiri kesan petua-petua itu.
Sebahagian petua itu pula sangat mujarab ketika saya mengalami batuk-batuk sebelum ini. Akhirnya saya mengambil Docymycin 100mg. Selepas mengambilnya dua hari (1 pagi, 1 malam) batuk saya berhenti, tapi dinasihatkan oleh doktor untuk mengambilnya dalam masa 5 hari.
Nasib baik juga, sebelum ni hampir-hampir peti suara saya rosak…maklumlah antara petuanya ialah campurkan madu lebah dengan cuka epal, apabila terlebih saya rasa sakit pada bagaian halkum dan rupanya asid telah memberi kesan buruk pada bahagian itu.
Inilah bahayanya jika kita tidak meminta nasihat pakar dan buat kerja ikut hentam saja. Bukan mereka yang mencuba petua-petua sahaja yang bahaya, saya dapati ada juga orang yang berani ambil antibiotik tanpa nasihat doktor. Contohnya ada yang mengambil antibiotik ini sendiri sampai makan lebih sebulan. Huh.. takde kesedaran langsung…setiap ubat tu ada kesan sampingannya….apa-apa pun rujuklah kepada pihak yang berwibawa, biasakan diri kita mengikut etika ini.
Dalam masyarakat kita ni sikap menghormati bidang sangat kurang sekali, bayangkan kalau anda minta nasihat berkaitan hukum-hakam agama hanya dari seorang imam masjid atau ahli motivasi, sedangkan menjadi imam dan memberi motivasi tidak menunjukkan mereka mahir dalam bidang hukum-hakam. Sudah tentu risiko untuk tersalah tu tinggi sekali.
Berbalik kepada antibiotik yang saya ambil, jika mahukan maklumat lebih, bolehlah merujuk ke laman ini
ingat, maklumat-maklumat ini hanyalah pengetahuan umum sahaja tapi boleh membantu kita memahami apa yang kita lakukan.
Pandangan anda dihargai

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 1
  • 10
  • 11,806
  • 0