Jawapan:
Lebih dulu mohon maaf kepada Syeikh Nasrul kerana lambat respon soalan ni. Doa kepada Allah adalah satu ibadat, dengan berdoa seseorang itu sebenarna telah merendah diri dihadapan Allah. Allah suka kepada orang yang memohon dan berdoa kepadanya kerana doa menggandungi unsur ketundukan dan pengabdian. ‘Berdoalah kepadaku aku akan akan mempekenankannya’.Maksud quran
Persoalannya sekarang ialah bolehkah seseorang muslim meminta kepada Allah untuk diberikan keburukan kepada seorang muslim yang lain. Persoalan ini sebenarnya memerlukan sedikit perincian.
1-Mendoakan keatas seseorang Muslim dengan keburukan disebabkan perasaan dengki dan hasad. Dalam keadaan ini sudah tentu ianya ditegah kerana perbuatan dengki dan hasad adalah terkutuk. Rasulullh mengumpamakan hasad seperti bara api yang memakan kayu api.
2-Disebabkan kejahatan dan kezaliman yang telah dilakukan.
Dalam keadaan ini para ulamak masih-masing bersalahan pendapat dalam membenarkan atau melarang perbuatan tersebut. Sebahagiannya membolehkan dan sebahagian melarang berdasarkan hujah masing-masing.
Bagi yang melarang mereka berhujjah dengan hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad Termizi bahawa nabi memohon kabilah tertentu seperti Thaqif dan sebagainya supaya di beri hidayah walaupum mereka berlaku zalim.
Bagi yang membenarkannya pula mereka berhujah dengan doa nabi melaknat penerima rasuah dan sebagainya.
Saya berpendapat bahawa mendoakan keburukan kepada orang yang melakukan kezaliman adalah satu respon yang cukup tabie, ini kerana keperitan dalam menghadapi orang yang zalim membuatkan seseorang itu mengadu kepada Allah. Jika kejahatan yang dilakukan ialah berkaitan dengan hak Allah maka Allahlah yang lebih berhak, tetapi jika kezaliman dan penganyayaan terhadap sesama manusia, maka manusia seringkali kehilangan kesabarannya.
Dalam generasi para sahabat kita lihat peristiwa fitnah yang menimpa Sad bin Abi Waqas yang di riwayatkan oleh Bukhari. Dia dituduh oleh seorang lelaki tidak pergi berperang, tidak adil membahagikan harta rampasan perang dan ketika memutuskan perbicaraan. Kecewa dengan tuduhan itu Sad telah mendoakan lelaki itu dengan tiga perkara, panjangkan umurnya, miskan sepanjang hidupnya dan fitnahkan dia.
Jika dilihat dalam kes Sad dia telah berada dalam situasi kedua, adapun rasulullah memilih untuk berada di peringkat paling afdal. Selepas peperangan Uhud baginda di minta mendoakan puak mushrikin yang memeranginya tapi baginda menyatakan bahawa baginda dibangkitkan bukan untuk melaknat tetapi untuk mengajar manusia.
Rasulullah menunjukkan contoh paling mulia tetapi perbuatan Sad adalah respon kemanusiaan yang biasa berlaku, jika dilihat dalam kes Sad, dia dizalimi secara individu. Sesuatu kezaliman itu lebih besar dan dahsyat jika dilakukan bukan terhadap individu tetapi dikenakan kepada penduduk daerah, negeri atau negara tertentu. Sudah tentulah kejahatannya lebih dahsyat dan lebih besar disisi Allah. Kejahatan seperti ini amat berat pada diri orang-orang yang prihatin dengan nasib agama, bangsa dan negara. Akhibatnya setelah kesabaran dan pergelutan yang panjang, mereka mengangkat tangan kelangit lalu meluahkan perasaan didepan Allah…yaAllah…ya Allah….
Pandangan anda dihargai
Pandangan anda dihargai