Buku: Ilmu al-Jarh wa al-Ta'dil - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Buku: Ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil

PENGENALAN

ILMU Hadis merupakan satu ilmu yang penting sebagai sumber hukum kedua dalam Islam selepas al-Quran al-Karim. Terdapat beberapa pecahan dari ilmu hadis ini yang menjadi topik perbincangan para ulama. Antara salah satu komponen dalam ilmu hadis yang begitu berperanan di dalam menilai orang yang meriwayatkan hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah ilmu Jarh wa Ta’dil.

Ilmu ini berperanan besar dalam menyaring kebenaran laporan setiap hadis yang disampaikan. Sesebuah hadis akan ditapis terlebih dahulu sebelum disebarkan ke tengah masyarakat berdasarkan kaedah yang terdapat di dalam ilmu ini.

Hakikatnya, setiap orang berhak untuk bertanyakan kebenaran cerita yang sampai ke telinganya, siapakah yang membawa cerita tersebut? Bagaimanakah peribadi orang yang menceritakannya? Adakah cerita tersebut benar-benar berlaku? Adakah si pencerita dan cerita tersebut boleh diterima atau patut dibuang sahaja?

Kesemua persoalan ini sering bermain di minda setiap individu yang berfikiran waras. Mereka tidak akan menerima setiap berita, laporan dan perkhabaran itu dengan semberono atau mempercayainya bulat-bulat. Mereka pasti tertanya-tanya dan cuba menyelidikinya terlebih dahulu sebelum menerimanya.

Jadi, inilah peranan ilmu Jarh wa Ta’dil di dalam menyampaikan maklumat yang benar-benar sahih daripada sesebuah hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam ke tengah-tengah masyarakat Islam.

Ilmu ini merupakan salah satu cabang dari lapangan ilmu Rijal iaitu ilmu yang membicarakan mengenai biografi tokoh periwayat hadis. Ia merupakan neraca untuk menimbang tahap periwayat- periwayat hadis bagi menilai mereka yang boleh diterima hadisnya atau ditolak. Ia juga merupakan salah satu disiplin yang menjadi tiang dan tonggak kepada tertegaknya al-Sunnah.

Apa yang penting, sebelum kita sampai kepada memahami makna ilmu Jarh wa Ta’dil, kita sepatutnya memahami asas utama yang terdapat pada hadis Rasulullah. Hadis terdiri daripada dua komponen utama iaitu sanad dan matan. Para ulama hadis sendiri telah menetapkan kaedah-kaedah kajian bagi menerima sesebuah hadis ataupun tidak.

Pandangan anda dihargai

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 1
  • 6
  • 11,798
  • 0