Faktor-faktor Pembaharuan
Dalam kehidupan masyarakat Islam Malaysia moden, pengamalan Islam sedaya-upaya diperjuangkan untuk dimartabatkan dalam segala aspek kehidupan. Penerimaan Kerajaan Malaysia era kepimpinan Mahathir Muhammad terhadap penerapan nilai-nilai Islam telah memberi ruang yang amat subur untuk pengamalan Islam yang lebih syumul.
Pengamalan Islam menjadi lebih baik apabila kerajaan menggalakkan sektor kewangan Islam untuk berkembang. Selain itu, Malaysia juga cuba untuk menjadi peneraju kepada pengeluaran produk halal di peringkat antarabangsa. Dengan polisi yang diperkenalkan itu membuatkan penggarapan isu-isu agama di Malaysia telah melebar dan melampawi bidang ibadah sahaja.
Selain itu ianya memberi kesan besar terhadap pemikiran sarjana Islam Malaysia yang sebelum ini berpegang teguh dengan mazhab Syafie. Dalam era sebelum ini, para sarjana begitu teguh dengan perinsip satu mazhab sehingga seluruh undang-undang negeri merekodkan penggunaan mazhab Syafie sebagai mazhab resmi kecuali negeri Perlis.
Ketika mana negeri-negeri di Malaysia mengamalkan undang-undang Islam secara menyeluruh, mazhab Syafie diamalkan dibidang perundangan kekeluargan dan jenayah.
Namun demikian penganalan Islam masakini telah meliputi sektor yang tidak pernah diceburi sebelum ini.
Para sarjana Islam terlibat dalam membina sistem Takaful yang diambil dri sistem Insyuran. Pengamalan perbankan Islam juga semakin meluas. Banyak isu-isu baru yang perlu ditangani oleh para sarjana dalam menelesaikan permasaalahan perbankan Islam.
Selain itu sistem pewasiatan juga dimodenkan, kerajaan telah memberi peluang kepada syaraikat-syarikat pengurusan hata pusaka untuk beroperasi. Berbagai permasaalahan baru sentiasa dihadapi dari semasa kesemasa.
Dalam bidang zakat, banyak ijtihad-ijtihad baru diperlukan akibat perkembangan teknologi dan kehidupan masyarakat moden. Banyak hukum hakam yang selama ini diamalkan mengikut mazhab Syafie telah dirasakan tidak dapat memenuhi tuntutan kehidupan semasa. Mengeluarkan zakat fitrah dengan menggunakan makanan dirasakan tidak lagi releven dalam dunia moden. Tindakan terebut akan membawa banyak keburukan terhadap pengutipan dan pegagihan zakat.
Selain dari peluasan pengamalan Islam, salah satu cabaran semasa ialah cita-cita negara untuk bangkit sebagai peneraju bagi pengurusan produk halal. Satu kekosongan yang begitu besar dan mencabar perlu diharungi oleh para sarjana Islam tempatan. Ini kerana persoalan halal melibatkan masyarakat antarabangsa. Segala pengakuan halal atau sebaliknya mestilah mengambil kira kefahaman dan pengamalan yang berifat global.
Salah satu situasi penting yang mencorakkan pemikiran dan isu mazhab di Malaysia ialah sumber ilmu yang berbagai. Jika dahulu kebanyakan sarjana agama mendapat pendidikan didalam negeri atau di Mesir serta India. Namun demikian, suasan semasa menyaksikan kepelbagaian sumber. Keadaan ini wujud apabila terbukanya peluang melanjutkan pengajian dibidang Pengajian Islam di banyak negara didunia. Selain universiti-universiti negara Arab seperti Mesir, Jordan, Yaman, Maghribi dan lain-lain, ramai juga para sarjana yang melanjutkan pelajaran kenegara-negara barat seperti Uninted Kindom dan Amerika.
Selain daripada faktor yang telah diterangkan, perkembangan teknologi juga memberi kesan yang mendalam terhadap pemikiran bertaqlid dan bermazhab dalam masyarakat Malaysia. Dalam bidang ibadat masyarkat Islam tradisional menggunakan teknik melihat anak bulan sebagai cara mengetahui masuk bulan Ramadan dan Syawal, namun demikian, perkembangan ilmu astronomi dan rekaan alat berteknologi canggih telah menghasilkan pengetahuan yang lebih tepat.
Ilmu falak syarie tidak ketinggalan daripada mengalami perubahan. Para ilmuan menganggap kiraan falak adalah tepat dan melihat anak bulan merupakan kaedah sampingan yang kurang penting. Perubahan ini merupakan ijtihad yang terkeluar dari taqlid mazhab yang diamalkan selama ini. Walaupun begitu, perubahan yang dilakukan adalah secara berhati-hati supaya tidak menimbulkan keraguan dan kekeliruan kepada masyarakat umum.
Pandangan anda dihargai
satu cabaran yang amat besar kepada golongan agamawan(betul ke istilah tu)untuk mendepani perkembangan teknologi dan ketelitian ijtihad.dalam keadaan hari ini dalam suasana begini حفظ النصوص والمتون sahaja tidak mencukupi.pernah ana terbaca temu ramah salah seorang ulamak di saudi ketika ditanya apa yang lebih aula antara belajar hadith dan fiqh.beliau menjawab belajar fiqh lebih utama.kerana hadith telah terbuku dan hampir lengkap pengeumpulannya.tinggal lagi macamana nak istinbat sesuai dengan waqi`.ini memerlukan daya fiqh yang tinggi.kalau tak ,istinbat kita tak مسايرة
الزمان
apatah lagi nak memahami maqasid.-nuar kenitra
benar kata anta, inilah yang menggusarkan ana, masyarakat kita menganggap berfikir sebagai satu kerja berat, lalu mereka suka berfikir secara sathi sahaja, hufaz al mutun di sanjung sementara institusi mereka diberikan peruntukan besar, cuba anta garap satu fomula untuk dapat kita jadikan panduan bagi mengubah keadaan ini.