Antara soalan pelik yang saya terima dari Dr. Azhar ialah:
Bolehkah orang kafir membaca al-Quran?
Mengapa soalan ini saya anggap pelik?
Sedangkan persoalan ini sudah lama dibincangkan oleh ulama zaman lampau… Ini kerana pada saya orang kafir sememangnya tidak akan merujuk kepada kita tentang hukum-hakam perundangan. Jikalau mereka ingin membacanya pun, mereka akan membacanya sahaja tanpa perlu merujuk pada hukum-hakam Islam. Jikalau demikian masakan mereka masih tetap kafir.
Seandainya situasi masih tetap begitu, mengapa pula para ulama perlu membincangkannya?
Jawapannya:
Mereka berhadapan masalah,
1- Adakah boleh mengajarkan anak-anak orang kafir membaca al-Quran,
2- Bolehkah membacakan al-Quran kepada orang kafir atas tujuan ruqyah (jampi atau berubat)?
Dalam persoalan ini para ulama terbahagi kepada dua pendapat:
i – Golongan yang membolehkannya; dan,
ii- Golongan yang melarangnya.
Bagi golongan ulama yang melarangnya, mereka melihat kepada menjaga kesucian al-Quran dan kebimbangan al-Quran diubah maksud dan maknanya menurut hawa nafsu mereka.
Bagi golongan yang membolehkannya pula, mereka melihat kepada kemaslahatan dakwah dan penyebaran Islam.
Persoalannya kini dalam dunia tanpa sempadan (berteknologi tinggi) dan al-Quran boleh dilihat dan dibaca dengan hanya menekan butang komputer menerusi internet. Adakah larangan itu masih releven?
Fatwa larangan ini diwujudkan ketika zaman al-Quran amat terhad penulisannya dan mungkin agak sensitif sehingga adanya fatwa larangan membawa al-Quran ke negara musuh. Mungkin pendapat Abu Hanifah yang mengharuskan semua itu adalah paling sesuai diguna pakai pada masa kini.
Adapun membaca al-Quran untuk tujuan menghina, maka ianya dilarang bukan kepada orang kafir sahaja. Bahkan larangan itu juga menyeluruh hatta pada orang Islam sendiri. Apa yang tinggal hanyalah jika mereka membacanya kerana beribadat.
Persoalannya, adakah secara realitinya orang kafir yang mahu beribadat dengan membaca al-Quran. Ya sadiqi Dr. itu sahaja setakat ini yang dapat ana ulaskan dan ana harapkan komen dari sahabat lain. Wallahu a’lam.
Olahan semula: Al@mghiri