Nampaknya isu orang bukan Islam membaca al-Quran semakin panas, terutamanya apabila ada NGO bertindak membuat laporan polis. Cerita bermula bila ada seorang exco bukan Islam yang membacakannya dalam kempen pilihanraya.
Beberapa hari lepas saya telah mengulas perkara ini dengan menyifatkannya sebagai satu perkara pelik. Sehingga kini saya masih menganggapnya sebagai sesuatu yang pelik. Macam mana org bukan islam boleh menggunakan ayat Quran dalam ucapan mereka.
Untuk menganalisis perkara ini memerlukan kita membincangkan beberapa perkara:
1- Masyarakat kita amat sensitif dengan kesucian agama (al hamdulillah) walaupun sesitiviti itu kadangkalanya tidak bertempat. Bukti masyarakat sensitif dgn kesucian agama bila saya sendiri sering diajukan dgn soalan bolehkah org kafir masuk masjid. Masyarakat kita juga menganggap daging korban tidak boleh dimakan oleh org bukan Islam.
2-Orang bukan Islam ramai yang terdedah dengan pengetahuan Islam disebabkan maklumat yg tersebar melalui internet dan media lain, mereka mempunyai reaksi berbeza ttg islam. Pernah dalam satu rancangan radio seorg bukan islam bertanya hukum kepada ust yg diundang tetapi
3-Ulasan tentang hukum hakam semestinya tidak memehak kepada mana2 kumpulan atau parti kerana perinsip kebenaran itu lebih tinggi dari segalanya.
Setelah melihat beberapa point diatas, saya ingin bertanya, wajarkah seorang yang berkempen menggunakan ayat2 alquran sedangkan dia bukan islam? Kempen yg saya maksudkan ialah kempen pilihanraya.
Untuk pengetahuan kita, ceramah piihanraya adalah ceramah yg bertujuan membenarkan sesuatu kumpulan dan memburukkan kumpulan lawan walau dengan apa cara sekalipun. Banyak kempen yg saya dengar amat tidak beretika sekali.
Mengapa dia menggunakan ayat quran sedangkan dia sendiri tidak percaya kepada isi al quran? Tidakkah penggunaan al quran pada ketika itu hanyalah sebagai satu alat untuk melengkapka kempen dan menarik minat sahaja? Bagaimana jika ayat yg digunakan itu lari dari maksud asalnya? Bolehkah penggunaan itu ditafsirkan sebagai mempergunakan quran atau mengejeknya? Apakah penggunaan itu memberi kesan baik kepada mendekatkan mereka dengan Islam?
Jawapan kepada persoalan itu tadi akan memberi kesan terhadap keputusan pendirian seseorang.
Saya beraggapan adalah tidak baik menggunkan ayat al quran sebagai alat untuk menyokong sesuatu kumpulan secara tidak benar. Lebih-lebih lagi jika org yg berucap itu sendiri tidak percaya kepada kebenarannya. Ketika itu penggunaan ayat quran lebih kepada sekadarmahu dijadikan sebagai alat berkempen sahaja.
Tindakan NGO yg membuat laporan polis itu jika tidk mempunyai muslihat politik adalah dipuji kerana akan menyekat sebarang penggunaan yg berleluasa terhadap ayat al-Quran oleh orang yg mempunyai kepentingan peribadi.