Bingkisan Dari Andalus - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Bingkisan Dari Andalus

Seorang Raja dari dinasti Umawi di Andalus (Sepanyol) telah berstubuh secara sengaja di bulan ramadan. Raja tersebut bernama al Hakam dan bergelar al Mustansir Billah. Sehubungan dengan kejadian itu, beliau telah menggumpulkan ulamak dan bertanya kepada mereka apakah yang patut baginda lakukan bagi kifarat kepada kesalahan itu.

Kumpulan ulamak negara yang ditemui itu semuanya berpendapat baginda perlu memberi makan orang miskin sebagai kifarat. Ketika semua ulamak yang hadir bercakap, ada seorang alim yang diam membisu. Beliau ialah Ishak bin Ibrahim.

Raja bertanya kepada Ishak bin Ibrahim: Apa pendapat tuan dalam masalah ini? Jawab Ishak: Saya tidak setuju dengan pandangan mereka. Sebaliknya saya berpendapat Tuanku mesti berpuasa dua bulan berturut-turut.

Mendengarkan jawapan itu, ada yang segera bertanya kepada Ishak bin Ibrahim: Bukankah Imam Malik berpendapat kifaratnya ialah memberi makan orang miskin. Ishak menjawab dengan tegas: Sebenarnya kamu semua memahami kata-kata Imam Malik tapi kamu semua sebenarnya mahu mengampu Raja. Sambung Ishak lagi: Imam Malik berpendapat kifarat memberi makan orang miskin untuk orang-orang yang memiliki harta, sementara Raja tidak memiliki sebarang harta, harta yang beliau miliki ialah harta rakyat!!

Kata-kata Ishak bin Ibrahim amat menyentuh hati al Hakam, Raja Andalus yang terkenal itu, beliau pun mengambil pendapat Ishak dan berpuasa dua bulan berturut-turut.

Kisah ini diriwayatkan oleh Imam al Syatibi dalam kitabnya al Iktisam diriwayatkan dari al Bashkual. al Syatibi berkata: Sahih.
Sumber: al Raisuni
http://www.raissouni.org

2 thoughts on “Bingkisan Dari Andalus”

  1. salam ustaz,

    ni ke cerita tu dlm kitab i'tisom?

    الاعتصام للشاطبي – (ج 1 / ص 405)
    ومثال ما حكى الغزالي عن بعض أكابر العلماء أنه دخل على بعض السلاطين فسأله عن الوقاع في نهار رمضان ، فقال : عليك صيام شهرين متتابعين . فلما خرج راجعه بعض الفقهاء وقالوا له : القادر على اعتاق الرقبة كيف يعدل له إلى الصوم والصوم وظيفة المعسرين ، وهذا الملك يملك عبيداً غير محصورين ؟ فقال لهم : لو قلت له عليك إعتاق رقبة لا ستحقر ذلك وأعتق عبيداً مراراً ، فلا يزجره إعتاق الرقبة ويزجره صوم شهرين متتابعين .
    فهذا المعنى مناسب ، لأن الكفارة ، مقصود الشرع منها الزجر ، والملك لا يزجره الإعتاق ويزجره الصيام . وهذه الفتيا باطلة لأن العلماء بين قائلين : قائل بالتخيير ، وقائل بالترتيب ، فيقدم العتق على الصيام ، فتقديم الصيام بالنسبة إلى الغني لا قائل به ، على أنه قد جاء عن مالك شيء يشبه هذا ، لكنه على صريح الفقه .

  2. ini ceritanya dari i'tisom:

    حكى ابن بشكوال أن الحكم أمير المؤمنين أرسل في الفقهاء وشاورهم في مسألة نزلت به ، فذكر لهم عن نفسه أنه عمد إلى إحدى كرائمه ووطئها في رمضان ، فأفتوا بالإطعام ، و إسحاق بن إبرهيم ساكت . فقال له أمير المؤمنين : ما يقول الشيخ في فتوى أصحابه ؟ فقال له : لا أقول بقولهم ، وأقول بالصيام . فقيل له : أليس مذهبمالك الإطعام ؟ فقال لهم : تحفظون مذهب مالك ، إلا أنكم تريدون مصانعة أمير المؤمنين إنما أمر بالإطعام لمن له مال ، وأمير المؤمنين لا مال له ، إنما هو مال بيت المسلمين ، فأخذ بقوله أمير المؤمنين وشكر له عليه .ا هـ . وهذا صحيح .
    نعم حكى ابن بشكوال أنه اتفق لعبد الرحمن بن الحكم مثل هذا في رمضان ، فسأل الفقهاء عن توبته من ذلك وكفارته . فقال يحيى بن يحيى : يكفر ذلك صيام شهرين متتابعين . فلما برز ذلك من يحيى سكت سائر الفقهاء حتى خرجوا من عنده ، فقالوا ليحيى : ما لك لم تفته بمذهبنا عن مالك من أنه مخير بين العتق والطعام والصيام ؟ فقال لهم : لو فتحنا له هذا الباب سهل عليه أن يطأ كل يوم ويعتق رقبة ، ولكن حملته على أصعب الأمور لئلا يعود .
    فإن صح هذا عن يحيى بن يحيى رحمه الله ، وكان كلامه على ظاهره ، كان مخالفاً للإجماع .

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 1
  • 4
  • 12,737
  • 0