
Bicara Guru
Pesan Guru: 1-Jadikan belajar itu budaya bukan sekadar kerja.
2-Pintu ilmu ialah membaca bukan sekadar seronok bercerita.
Pengalaman Guru: Ramai orang yang ku sangka berilmu rupanya tidaklah seberapa.
Cita-cita Guru: Memandaikan bangsa dan mengangkat IQ mereka.
Motivasi Guru: Pahala jariah
Cabaran Guru: 1-Kebodohan yang membelit bangsa
2-Kelalaian yg melata
Kebimbangan guru: Memikul ilmu yang mulia sedang akhlak hanya sederhana
Pandangan anda dihargai
Salam ustaz.saya alhamdulilah sudah bergelar seorng guru.Memegang amanah guru agama bagi saya cabaran cukup besar.Saya mahukan pelajar berakhlak mulia dan laksanakan perintah Allah.Pada masa yang sama,saya nakkan pelajar cemerlang dalam prestasi.Pelajar saya memang menghadapi masalah tidak solat 5 waktu. Saya usaha mengajak mereka agar lasanaka solat 5 waktu. Saya lebih banyak menggunakan pendekatan lemah lembut. Namun pelajar lelaki paling sukar untuk berubah berbanding permpuan. Alhamdulillah budak-budak perempuan ada juga perubahan sembahyang.Masalahnya bila plajar melihat saya menggnakan pendekatan lemah-lembut dalam memberi nasihat, ada yang mengambil kesemptan sehingga saya meghadapi masalah kawalan kelas.Kesannya PnP P.islam yang saya sampaikan tidak mendapat perhatian pelajar. Bagaimana hidayah nak masuk dalam diri mereka, kalau mereka taknak dengar ilmu agama yang saya sampaikan. Kadang2 timbul perasaan putus asa dalam diri. Tapi bila difikirkan ujian yang diterima nabi, hati ini terubat ckit. Terlintas jugak, mungkin akidah saya belum mantap dan iman masih lemah menyebabkan pelajar saya sukar berubah. Jadi saya minta pandangan ustaz cara terbaik nak tanamkan akidah dalam diri pelajar dan cara didikan yang berkesan.Apakah pendekatan yang sesuai bagi menarik pelajar lelaki mengamalkan Islam dalam kehidupan?Memandangkan saya seorang ustazah,kurang dapat memahami jiwa pelajar lelaki.Pandangan ustaz amat saya hargai.
alaikissalam,
pertama sekali saya rasa sangat bangga kerana ada guru macam ustazah,alangkah berhajatnya umat islam kepada guru yang ikhlas dan bersunguh2.
berkaitan pendekatan lemah lembut, saya rasa ustazah lah yang paling faham setakat mana yang perlu dilakukan, pada pandangan saya itulah sikap asas yang perlu dilakukan walaupun begitu tidak menghalang untuk tegas dalam beberapa perkara.
saya juga berpandangan ustazah mesti teruskan usaha mendidik walaupun berhadapan kesusahan, memang tugas ini perlukan kesabaran dan amal berterusan, saya rasa sebagai seorang manusia adalah biasa bila merasa sedih dengan sikap tidak ambil berat yang dihadapi, saya mencadangkan supaya ustazah tidak terlalu mengharapkan perubahan mendadak dari pelajar, apa yang boleh kita lkukan ialah menyampaikan, walau apapun natijahnya, phala dan balasan dari Allah akan tetap diterima insyaallah, teruskan usaha mudah-mudahan usaha ikhlas akan membawa berkat di dunia dan akhirat, amin