Benarkah Tahun Baru Cina Bukan Sambutan Keagamaan? - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Benarkah Tahun Baru Cina Bukan Sambutan Keagamaan?

Sekarang ini rakyat Malaysia sedang bercuti menyambut tahun baru Cina. Kalau 10-20 tahun lepas, sambutan tahun baru Cina ni di sambut oleh orang Cina sahaja, tapi sekarang ni nampaknnya sambutan ini cuba di jadikan sebagai sambutan semua rakyat Malaysia.

Sewaktu saya sedang menulis ruangan ini, TV 3 sedang menyiarkan rancangan yang berbentuk memperkenalkan sambutan ini. TV 3 menemuramah satu keluarga Cina di sebuah rumah dan bertanyakan aktiviti dan kepercayaan mereka berkenaan tahun Harimau.

Saya mula bertanya pada diri, setakat yang saya tahu, tahun baru Cina adalah sambutan bangsa bukan agama. Tapi jika bangsa Cina di Malaysia mejoritinya bukan Islam dan sambutan yang ditonjolkan adalah sama sekali bertentangan dengan ISlam. Bagaimana perkara ini boleh dianggap kebangsaan? Semasa saya di bandar Kajang semalam, saya rasakan benar-benar masyarakat Islam sudah terseret untuk menghadiri perayaan yang dipenuhi dengan unsur agama.

Sambutan yang dipenuhi dengan simbol agama, menonjolkan tokoh-tokoh agama, patung-patung yang disembah. Kepercayaan terhadap hari baik dan buruk, sial dan majal Apakah boleh kita katakan sambutan seperti ini sebagai sambutan bangsa? Bangsa Cina Islam di Malaysia tidak menyambut tahun baru mereka dengan perayaan seperti ini, mereka hanya makan beramai-ramai dan menziarhi keluarga. Apabila dikatakan sambutan tahun baru Cina adalah perayaan bangsa, tiba-tiba yang ditonjolkan ialah perayaan agama. Nampaknya ada sedikit kealpaan dikalangan cerdik pandai kita dalam menilai situasi ini.

Saya rasa tiada tempat untuk mengadu. Ini kerana saya yakin kalau pihak berkuasa agama yang nak diharapkan membuat kajian maka tunggu lagilah kita…

Penemuramah TV tiga sibuk bertanya kepada tetamu apakah yang akan berlaku pada tahun Harimau. Agak konfius saya bila tengok soalan-soalan perempuan muda tu, walaupun dia nampaknya Islam tapi soalannya seolah-olah akidah Islam semakin tercabut dari dadanya. Dia bertanya pada persoalan sial dan majal dan dahinya tidak berkerut sedikitpun walau ianya satu akidah yang salah dari sudut Islam.

Saya percaya keluhan ini tidak akan diberi perhatian. Tidak banyak pihak yang berminat. Orang Melayu yang menjadi mejoriti penduduk Islam di Malaysia sedang berlari mengejar sokongan kaum Cina. Sebarang ulasan yang dianggap tidak membantu menarik minat kaum Cina dianggap tidak perlu. Itulah jadinya jika politik tidak mempunyai batas-batas tertentu dan apabila kerusi telah menjadi tujuan perjuangan. Nampaknya ekor naga sedang mengetatkan belitannya, di masa yang sesuai naga akan membaham. Syabas kerana ketangkasanmu.

Pandangan anda dihargai

About The Author

10 thoughts on “Benarkah Tahun Baru Cina Bukan Sambutan Keagamaan?”

  1. bagi saya perayaan hari kongsi faat chai jelas haram. kerana ia ada kena mengena dengan binatang yang membawa tuah/nasib pada tahun itu. itu sudah syrik . ada pula tahun yang mengunakan binatang yang jelas haram dan najis/kotor besar seperti babi dan anjing. contoh jika kita bersama mereka merayakan pada tahun babi . kita juga menjebakkan diri dalam membesarkan binatang babi yang haram dan najis/kotor yang besar (jelas dalam AlQuran). Dalam kepercayaan orang cina , tuhan terlalu tinggi untuk di minta permohonan . kerana itu mereka memohon pada dewa dewi yang kononnya akan menyampaikan pemohonan itu pada tuhan.kosep ketuhan seperti ini adalah jelas syrik dalam islam. walaupun,perayaan tuhun baru cina adalah kiraan falak mereka, perayaan ini juga ada kena mengena dengan kepercayaan dalam konsep ketuhanan mereka.
    kalau pun calender itu hendak di terima pakai orang islam kena juga diubah lambang lambang binatang,apa lagi ada diantara nya adalah bintang yang kotor/najis.
    hanya pendapat saya yang iklas

  2. saya lihat sambutan tahun baru cina di malaysia tidak boleh lari dari amalan khurafat dan syirik yang ditolak oleh syarak, masyarakat cina islam di Malaysia tidak ditonjolkan langsung, dan yang ada pun setengahnya masih mempunyai kepercayaan yang agak menebal tentang tuah dan sial, kalau kita tengok betul-betul sebahagian kepercayaan itu telah meresap masuk kedalam kepercyaan orang melayu. Sepatutnya dia yang dakwah kaantu supaya jadi islam, tiba-tiba yang Islam pulak yang terpengaruh dengan ajaran mereka hehe..

  3. Assalaamualaikum.

    Begitu juga program tv yang lain.. yang turut menyumbang kepada maksiat, mengaibkan para artis dan masyarakat. membuka pekung orang lain, semata mata untuk menghibur dan mengisi masa lapang penonton-penonton dirumah.

    Kita pernah mendengar alasan sebegini' "kami bukan mengaibkan orang, kami cuma mendedahkan kebenaran".

    Kebenaran yang tidak munasabah, dan hanya orang2 yang berakal sahaja yang tahu.

    Nabi Muhammad S.A.W telah melarang membuka pekung sendiri/keaiban sendiri, sedangkan Allah telah menutupinya. Tapi segelintir manusia yang menerajui bidang kewartawanan, tidak memikirkan tentang perkara ini. Hanya memekakkan telinga, dan meneruskan perkerjaan mereka yang membawa ke persimpangan yang lain.

    Seidh untuk dikatakan, Islam, tapi.. menonjolkan peribadi yang bukan Islam.

  4. Assalaamualaikum.

    Memaparkan gambar atau apa2 yang berkaitan dengannya, di kalendar atau dimana2 tempat, tidak menjadi masalah.

    Kita perlu mendalami aspek akidah kita dahulu, insyaAllah, selamat,
    Aktiviti menziarah digalakkan dalam Islam. Ziarah lah..

    Sistem pendidikan di Malaysia perlu di tukar. Salahkah kalau subjek2 Di Mahad Mesir atau Unviersiti Azhar di terapkan di sekolah2 Malaysia.

    Alangkah indahnya sekiranya subjek2 Hadith, Tafsir, dijadikan perbincangan utama selain dari subjek sains yang lain. Barangkali boleh mendapat 9A, 10A, tapi Bidang keagamaan? Siapa yang tahu.

    Saya pelik, apabila ada pelajar yang telah mendapat 10A 11A atau banyak lagi, di tawarkan ke Bidang2 kedoktoran, kejuruteraan, memang lah, semua itu diperlukan. Tapi kalau difikir2 kan balik, kita kekurangan ahli hadith, ahli tafsir, ahli fiqh, kita perlu memantapkan usaha kita ke arah ini.

    Sila bantu siapa yang ada kuasa dalam pentadbiran kerajaan.

    Apabila akidah telah diterp dengan begitu kukuh. Biarlah patung budha sekali pun di letak ddepan mata kita, iman kita tidak goyah. aamiin. InsyaAllah.

  5. Assalamualaikum,

    Sepatutnya Hari Raya Aidil Fitri sahaja dibuat perayaan kebangsaan sesuai Islam agama rasmi negara. Ia juga sebagai dakwah kepada bukan Islam.

    Meraikan bersama Tahun Baru Cina dan Deepavali sudah menyimpang dari dakwah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 2
  • 6
  • 11,798
  • 0