Beli-belah di tempat jual arak (2) - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Beli-belah di tempat jual arak (2)

Daripada masaalah yang kita hadapi sekarang ini dapat kita faham, dilema yang dihadapi oleh kuasa agama sekarang ini. Kita boleh memberi pendapat dan gesaan untuk mengharamkan tetapi kita tidak ada kuasa untuk melaksanakan. Apakah kesan negatif akan berlaku jika setiap masa pihak agama mengeluarkan fatwa tetapi ianya tidak diendahkan oleh pemerintah dan masyarakat? Tidakkah suatu hari nanti orang akan memperlekehkan mufti dan institusi fatwa?

Satu persoalan yang timbul ialah patutkah pihak berkuasa agama menyembunyikan fatwa atau pendapat semata-mata bagi menunggu adanya kuasa atau perlaksanaan boleh dibuat. Patutkah mufti beri fatwa haram membeli-belah di tempat yang menjual arak? Apakah tindakan ini akan menyulitkan masyarakat Islam? Apakah tindakan ini boleh membendung kegiatan penjualan atau kesan negetif akan berbalik kepada agama Islam?

Daripada persoalan-persoalan diatas dapat ditanggapi bahawa kerja dan tugas berat yang dipikul oleh orang agama bukan sahaja setakat mengeluarkan fatwa dan pendapat, tetapi dalam masa yang sama memastikan tahap penerimaan masyarakat dan perlaksanaan. Tapi kalau tidak ada langung usaha maka bagaimana ianya boleh diterima dan diamalkan?

Saya amat bimbang sekali jika alasan sebigini dijadikan sebagai alat untuk tidak menyatakan kebenaran dan alat yang sangat baik untuk hidup dalam keselesaan, jauh dari tanggungjawab mencegah keburukan dalam masyarakat. Apa pendapat anda?

Pandangan anda dihargai

About The Author

6 thoughts on “Beli-belah di tempat jual arak (2)”

  1. ana setuju sangat kalau penjualan arak ini dihadkan tempatnya sepertimana penjualan senjata api.ummul khabaith ini telah melata di seluruh pelusuk tanah air.hatta di tempat2 ulamak tinggal. umno dan pas kena bersatu suara, bulatkan tekad ketepikan ego untuk menjaga maruah Islam dan MElayu.Ini sepatutnuya menjadi agenda parti2 melayu tahun 2010 di samping PRU 13.masalahnya siapa yang menyentuh sensitivi ummul khabaith ini kemungkinan besar akan kecundang di PRU 13. Di mana aulawiyatnya gerak kerja parti dan pejuang2 islam dan pejuang2 melayu.-nuar kenitra.

  2. nampaknya anta buat andaian bahawa parti2 islam pun tak boleh bawa isu arak demi mengambil hati orang bukan Islam, agaknya adakah keadaan ini termasuk dalam situasi mengutamaan yang lebih penting iaitu mengutamakan kuasa demi mengubah sesuatu yang boleh diubah bila berkuasa?

  3. apa yang berlaku diselangor baru2 ini nampaknya mengundang kekecohan.kita kena ikhtiar cara lain.bagaimana? didengarkah suara kita?tapi orang yang sentiasa mabuk sukar membuat pilihan.bukankah talaq sakran tak jatuh?-nuar kenitra

  4. I was suggested this web site by my cousin. I am
    not sure whether this post is written by him as nobody else know such detailed about my
    problem. You are incredible! Thanks!

    My weblog :: la depression

  5. Nice post. I learn something totally new and challenging on sites I stumbleupon on a
    daily basis. It will always be useful to read through content from other authors
    and use a little something from their websites.

    Here is my page – http://www.lread732.homepage.eu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 1
  • 6
  • 11,798
  • 0