
Ketika TV al Jazeera buat liputan mengenai serangan Israil terakhir terhadap Palestin, Ahmad mengulas dengan petah nasib kanak2 Palestin. Mereka tidak dapat bermain, belajar, dan menjalani kehidupan dgn baik. Dengan penuh semangat beliau mengatakan bahawa serangan Israil tidak akan dapat membunuh perjuangan rakyat Palestin. Dia menceritakan dengan penuh hiba peristiwa kematian, kecederaan dan penderitaan rakyat Palestin. Dia juga amat kesal dengan serangan yang telah memusnahkan sama sekali sekolahnya Sekolah Abu Jaafar al Mansur.Terpegun dengan kecerdikan dan kematangan kanak2 ini, al Jazeera memanggil sekali lagi Ahmad untuk di temubual di studio al Jazeera. Bila ditanya tentang cita-citanya beliau berkata, dia mahu menjadi seorang yg boleh mencipta sesuatu yang akan memberi kekuatan kepada umat Islam.
.
Alangkah baiknya jika anak2 kita dihidangkan dengan cerita seperti ini. Barulah mereka pun semangat untuk berjuang demi agama dan bangsa mereka. Lihatlah betapa jelasnya fikrah Ahmad. Dia mahu menjadi seorang yang bermanafaat untuk seluruh umat Islam.
Sebenarnya semangat inilah yang diperlukan oleh agama dan bangsa. Semangat ingin menyumbang pada agama dan bangsa. Semangat untuk berjuang ini hampir tidak diajarkan kepada anak-anak kita.
Pelajaran agama di Malaysia lebih tertumpu pada pengulangan kata2 tertentu. Doa makan, minum, tidur dan masuk tandas. Bukan saya tak setuju doa2 itu diajar, tapi yang saya cadangkan ialah kita mesti mengajar masyarakat tentang pentingnya setiap orang bercita2 menegakkan agama. Pentingnya meniupkan dalam masyarakat rasa ingin berkorban, rasa cinta untuk melihat manusia semua tunduk pada agama Allah
Berapa orangkah ahli masyarakat kita yang mengajarkan anak2 mereka pentingnya mereka menjadi contoh tauladan kepada orang bukan Islam agar terbuka hati2 mereka. Yang banyak kita dengar ialah jangan main dekat kuil nanti masuk hantu.
Inilah dia intipati ajaran alquran. Cuba kita baca quran. Quran tidak henti2 menggarap permasaalahan perjuangan. Kekeliruan ini sebenarnya mungkin berpunca daripada trend pengajaran agama yang mementingkn bidang fekah. Buku2 fekah memulakan bicara dengan bab bersuci. Ramai ahli masyarakat yang menganggap bab bersuci adalah tiang agama. Kalau tak sah bersuci maka musnahlah agama. Sebenarnya pemikiran ini boleh di pertikaikan. Tapi saya rasa bukan hari ini,sebaliknya dikesempatn yang akan datang.
Berbalik semula pada bab perjuangan tadi, di dalam buku Kerajaan Islam Spanyol saya ada menerangkan bagaimana kegemilangan umat Islam dizaman pemerintahan Bani Umayyah ialah kerana sifat suka berjuang. Pada masa itu, orang ramai pergi berjihad seperti pergi bekerja. Itulah rahsia kegemilangan Islam. Hari ni sebut jihad pun kena pandang2, org Islam sediri yg benci dengan perkataan itu.
Sebenarnya belajar agamapun tidak ada peranannya sangat jika tidak disertakan dengan perasaan perjuangan. Lihatlah kejatuhan orang Islam Spanyol. Ketika mereka dihalau dari bumi Spanyol bukannya tidak ada orang baca quran,ahli fekah atau ahli sains dan business man. Mereka dihalau bila perjuangan tidak lagi menjadi landasan hidup. Semua bidang yang diceburi hanya menjadi alat untuk mencari rezeki sahaja.
Akhir kata dengan penuh rasa kekurangan saya menadah kedua tangan kelangit memohon agar Allah menjadikan setiap amalan, pekerjaan dan aktiviti kita adalah menifestasi daripada semangat perjuangan untuk memartabatkan agama,bangsa dan negara. Amin ya rabbal alamin.
Terima Kasih Ahmad kerana mengajar kami….
pandangan anda dihargai
ilmu boleh diambil dari sesiapa sahaja.bagus kerana anta telah membuang satu sifat ego yang dimiliki oleh ramai orang.lain kalau budak hidup di dalam biah perjuangan antara hidup mati.budak ini mesti juga lahir dari seorang mujahid dan mujahidah.
balik pada persoalan lama? mana dulu antara telor dan ayam
Betulkah Ust? Jikalau kesusahan berada dikeliling kita Allah S.W.T memberi kesenangan dengan cara "lain". Maksud saya seperti Saudara-mara kita ni Palestine atau Iraq mahupun yang dilanda kesusahana peperangan, kedengaran saya betapa kuat pegangan mereka terhadap Agama Allah S.W.T. . Mereka tidak dapat kesenangan dunia tetapi mendapat kesenangan beribadah," Iman dan Taqwa ", manakala diri kita sendiri yang diberikan anugerah negara yang amandamai dan makmur kita tidak berlumba2 bersyukur?
Saya kerap mendengar Masjid-Masjid di Palestine sentiasa penuh dari Subuh ke Isyak. Adakah kita sudah lupa diri?
fainna maal usri yusra
jawaapan sya ust…ayam dulu…sbb pda pmikiran sya la Allah jadikan Adam yg dewasa dulu baru jadikan anak2nya…so sma jgk la ngan ayam…ada mak bru terhasil anak…ada anak blom tntu terhasilnya mak…cewah betoi x ust??? 🙂