Belajar dari Raja-raja - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Belajar dari Raja-raja

Terima kasih kepada para sahabat yang telah memberi sokongan dengan membeli buku2 saya. Semenjak radio IKIM menyiarkan kupasan terhadap buku Kerjaan Islam Spanyol. Buku itu mula dikenali. Apa yang saya harapkan ialah jualan buku2 saya itu tidak menghalang saya daripada mendapat pahala daripada Allah kerana itulah sebenarnya ganjaran yang lebih kekal dan berterusan. 

Antara perkara peristiwa yang sering saya kenangkan ialah bagaimana Tariq bin Ziad selaku Gabenor Tangier dan Musa bin Nusair Gabenor utara Afrika telah bertindak untuk turun dari tahta pemerintahan dan mengetuai kumpulan jihad menyebarkan Islam di benua Eropah. Betapa murninya jiwa mereka dan betapa utuhnya iman mereka. Nikmat kuasa adalah satu nikmat yang sering menjadi rebutan manusia tiba2 ada orang yang melihat jihad dan pejuangan itu lebih utama dan mengguntungkan. 

Saya sebenarnya sering mengkhayalkan keadaan ketika itu, perjalanan yang meredah cuaca panas dan sejuk yang melampau adalah lebih mereka dahulukan dari bersenang2 di istana bersama keluarga dan kaum keluarga. Mereka keluar untuk mati!!!! Sering saya terkenangkan bagaimana mereka sanggup berhadapan dengan risiko kematian setiap detik dan ketika. Apabila saya bandingkan dengan diri saya, maka saya rasa terlalu hina diri ini. 
Kalau kita diberikan pilihan untuk hidup berapa tahun maka sudah tentu kita akan memilih angka yang paling banyak. Sebenarnya individu lain yang dipaparkan dalam buku ini ialah antaranya Yusuf bin Tashifin. Beliau juga seorang raja yang memerintah wilayah yang luas. Ibukota pemerintahan beliau ialah Marakech. Sebanyak 4 kali beliau menyertai siri jihad ke bumi Eropah. 
Bila kita membaca sifat-sifat manusia agung disepanjang sejarah kita amat terasa dengan kekerdilan diri. Amat terasa betapa kecintaan kepada dunia sememangnya memuncak dalam diri kita. Kita amat sayang pada kerehatan dan keseronokan hidup. Kita sentiasa mengejar untuk mendapat habuan dunia dengan meninggalkan habuan akhirat. Tidak banyak khidmat untuk dakwah dan agama yang kita lakukan. Kalau ada pun hanya alangkadar dan setakat melepaskan batuk ditangga sahaja. Ibadat dahlah kurang, kadang2 tertumpu pada yang kita minat sahaja. 
Itu diri saya yang serba kekuarngan, bagaimana pula dengan anda? Cubalah renung-renungkan sebelum nyawa sampai kehalkum, mudahan kita sempat menjumpai jalan yang menjanjikan kebahgiaan yang berkekalan. Amin ya rabbal alamin.

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 1
  • 10
  • 11,806
  • 0