Kita masih lagi membincangkan poliemik pertama iaitu Perbezaan Pandangan dan Mazhab. Melalui pengalaman saya, ramai orang yang terkeliru apabila sesuatu kumpulan menamakan diri mereka ansar sunnah, kumpulan ahlu sunnah wal jamaah dan sebagainya. Ini kerana ramai ahli masyarakat yang tidak didedahkan dengan asas kefahaman Islam.
Mereka keliru bila mendengar sesuatu ajaran mengikurt sunnah, mereka akan mudah mengatakan kumpulan itu sahaja yang betul. Ini kerana nabi seorang sahaja dan kumpulan pula banyak. Begitu juga dengan gerakan Islam. Mereka sering menganggap gerakan Islam mesti satu sebab Islam adalah satu.
Mereka sebenarnya tidak dapat membezakan antara agama dan kumpulan. Agama dan persatuan tidak sama. Persatuan adalah perkumpulan orang yang berusaha memartabatkan agama dengan cara yang dirasakan sesuai olah kelompok tersebut.
Akibat kefahaman yang silap ini telah menimbulkan taksub mazhab terhadap kumpulan dan jamaah tertentu. Apabila kumpulan, persatuan atau jamaah mereka dikeritik, mereka akan mengkafirkan, menfasikkan atau menyesatkan orang yang menegur kerana mereka merasakan Islam telah dikeritik. Lantaran itu, dalam banyak keadaan, menegur kumpulan Islam lebih sukar dari menegur kumpulan yang tidak dikenali sebagai gerakan Islam.
Dalam permasaalahan fekah, contoh yang pernah saya berikan ialah kekeliruan terhadap kitab Sifat Solat Nabi. Apabila kitab ini ditulis, ramai orang yang menyangka mazhab lain tidak mengikut nabi. Mereka melemparkan aliran lain secara total sebagai ahli bid’ah. Bagi mereka jika sudah ada kitab soalat nabi maka kitab lain tidak diperlukan.
Sepatutnya kita disedarkan bahawa ruang ijtihad adalah luas dan pengamalan agama yang termasuk dalam ruang ijtihad adalah diterima. Walaupun begitu saya tidak menafikan ada perkara bid’ah yang menjadi amalan masyarakat, tetapi kebanyakannya dalam ruanglingkup bid’ah yang tidak disepakati oleh ulamak. Inilah antara polimik yang akan dibincangkan nanti Insyaallah.
pandangan anda dihargai