Apakah ertinya mercun yang dibakar di tahun baru ini?? - Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Apakah ertinya mercun yang dibakar di tahun baru ini??

Katika saya mengatur baris-baris ayat dalam blog ini, detuman mercun masih kedengaran. Di kawasan Kajang ini jumlah dan letupan mercun tidak segarang letupan di depan KLCC. Jika sambutan di KLCC berkos jutaan ringgit maka di Kajang dalam ribuan ringgit sahaja.

Yang mahu saya tulis bukan persoalan harga tetapi persoalan sikap. Apa yang saya sering khayalkan ialah bagaimana reaksi mereka yg menyambut tahun baru dengan mercun dan pesta ini, jika kita katakan kepada mereka, simpanlah mercun tu, main esok saja….apakah agaknya jawapan mereka??

Bila saya membaca sebuah buku tulisan Munir Syafiq, seorang pemikir Kistian Arab yang memeluk Islam, saya mendapat jawapan ini. Baru saya terlintas bahawa walaupun mercun dan bunga api di Lubnan mungin tidak sekalut di KLCC, tetapi ada kesamaan dalam cara dan sebab perkara ini berlaku.

Munir Syafiq menjelaskan bahawa tabiat umat yang mundur, terjajah dan diperbodohkan ialah mereka suka mengikut tabiat dan prilaku orang yang memperbodohkan mereka. Fakta yang pelik tetapi benar bukan? Sepatutnya orang yang memperbodohkan orang lain secara lojiknya akan dibenci dan disingkirkan, ya jika orang yang diperlakukan itu sedar, cerdik dan berakal.

Tetapi masakan orang yang berakal boleh diperlakukan dan diperbodohkan?? Perbuatan bermain mercun jika dijadikan mainan anak-anak di depan rumah dan ketika santai dengan keluarga atau kawan-kawan bukanlah sesuatu yang buruk

Tetapi pada malam ini permainan bunga api dan mercun menjadi bodoh dan orang yang bermain itu sebenarnya telah diperbodohkan. Ini kerana jika dikatakan kepada mereka kita main saja malam esok atau minggu depan mereka akan menolaknya. Alasan mereka sudah tentu kerana orang tak sambut tahun baru minggu depan, orang sambut malam ni.

Keaiban sebenar bukan sangat pada bermain mercun, kecuali mercun yang terlalu mahal sehingga boleh membasmikan sejumlah besar fakir miskin. keaiban sebenarnya terletak pada tabaiyyah gharbiyyah (mengikut barat membuta tuli).

Inilah penyakit yang menyerang bangsa yang hina dan terhina. Mereka buat sesuatu tindakan kerana mengikut orang lain yang membuatnya. Hati mereka akan rasa gembira bila dapat buat sesuatu yang menggembirakan bangsa barat yang dituruti. Pelik bukan? Sehingga dunia ini tidak dirasakan untuk mereka tetapi dunia ini untuk barat yang menentukan dimana seronoknya dan dimana yang tak seronok.

Mengapa saya katakan bukan mercun yang buruk tetapi sikap yang sebenarnya begitu? Ini kerana trend mengikut dan berbangga dengan barat bukan pada mercunya sahaja. Pada segala-galanya, gaya bercakap, ketawa, permainan, adat-adat kebesaran, cara barat bersahabat, berterimaksaih dll lagi lah banyak sangat nak disebut semuanya.

Oleh itu tidak hairan akhlak dan segala macam bentuk kehidupan semakin hari semakin ditiru barat dengan penuh rasa bangga. Sampai ilmu dan kepandaian pun akan hebat bila menyerupai barat. saya pernah berkata kepada seorang kawan: Kalau anda pandai Bahasa Arab anda bagus, tapi kalau anda pandai Bahasa Inggeris anda hebat.

Begitulah terpenjaranya kita dengan kehinaan sehingga kita tidak ada peluang dan ruang untuk buat dan berbangga dengan apa yang kita suka. Kita tidak berpeluang untuk membenci apa yang kita benci. Segala-galanya ditentukan oleh Barat…Apakah ada kehinaan yang lebih buruk dari kehinaan ini??? Kalaulah ‘tiada’ jawapannya, maka apakah ertinya mercun yang dibakar di tahun baru ini??
Pandangan anda dihargai

About The Author

1 thought on “Apakah ertinya mercun yang dibakar di tahun baru ini??”

  1. bahan bacaan yang menarik dan buatkan kita berfikir sejenak..terima kasih sebab sedarkan saya ttg kebaratan dan sikap hanya mengikut2 dan terikut2…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 2
  • 10
  • 11,806
  • 0