Saya sebenarnya menggunakan kad ATM Bank Islam, tetapi saya kesitu untuk memasukkan ke akaun lain di CIMB. Apa yang berlaku ialah duit tak keluar dan yang keluar hanyalah resit. Setelah saya cek jumlah maksima yang saya mahu keluarkan tidak keluar. Duit pula telah ditolak dari akaun.
Setelah saya membuat aduan di kaunter, katanya proses memakan masa satu bulan, masya Allah terkejut saya. Sebenarnya peristiwa yang sama baru berlaku semalam. Semasa saya mengisi minyak di stesyen minyak Petronas Seksyen 15, saya menggunakan kad debit Maybank. Saya hanya mengisi RM30 kedalam tangki, bila saya cek dalam akaun jumlah yang ditolak ialah RM200.
Selain di CIMB bank, saya juga membuat aduan di Bank Islam. Apa yang saya persoalkan ialah, ada atau tidak keadilan dalam undang-undang di Malaysia. Ini kerana kesilapan melambatkan duit saya tidak dikenakan sebarang tindakan atau gantirugi.
Saya pernah terlambat membayar bil Astro lalu dikenakan denda RM10 dari bil RM50. Ini bermakna denda ialah 20% kerana lewat 10 hari. Bayangkan kalau saya mendapat hak kerana duit saya dilewatkan. RM1500 dalam masa sebulan. Kecuaian bank nampaknya tidak dianggap salah oleh sesiapa sementara kelewatan individu dianggap sebagai kesalahan besar.
Seorang kawan pernah menaiki kereta dari Bandar Sri Putra ke tol Bangi, kadar biasa ialah RM1.40 sahaja, tiba-tiba dia kehilangan tiket dan diminta untuk membayar tol dari Johor berjumlah sekitar RM50.00 (saya lupa). Sedangkan kesalahan plus pernah berlaku keatas saya bila palangnya rosak, tol saya yang menggunakan smart tag sepatutnya dipotong RM1.40 tetapi habis duit didalam akaun smart tag dikebas. Selepas membuat aduan, didapati sistem mereka rosak dan duit akan dibayar dalam masa dua minggu. Lihat, bagaimana berkuasanya institusi di Malaysia dan betapa teranyanya seseorang individu.
Semua yang dilakukan oleh institusi adalah benar dan tidak dikenakan sebarang tekanan, semenatara individu akan dikenakan sebanyak mungkin denda, gantirugi dan sebagainya.
Cerita saya tentang kefasadan institusi di Malaysia tidak habis disini saja, masih ada perlakun jahat lain yang amat tidak berperi kemanusiaan. Ianya bukan kejaahatan individu, tetapi kejahatan institusi yang bererti ianya mewakili sekumpulan manusia.
Pada suatu malam saya pergi kesebuah klinik untuk membeli ubat. Saya tidak mahu menggunakan duit syarikat tempat saya bekerja kerana menganggap ubat itu murah dan saya telah biasa membelinya di farmasi. Tapi malam itu farmasi tutup. Setelah diberikan ubat, saya terkejut dengan resit kerana mengandungi yuran konsultasi doktor. Saya tak bersetuju dan bertanya mengapa fee ini ada sedangkan saya hanya membeli. Jawapannya ialah’ ini yang biasa dibuat disini’. Saya kata, tidak boleh! ini termasuk memakan harta orang tanpa kebenaran dan haram hukumnya. Seperti biasa nurse yang setia itu marah-marah dan tidak mengembalikan duit baki saya yang secukupnya. Ya RM10 itu tidak halal bagi mereka. Tapi kemana rakyat harus mengadu?? Saya pun tidak tahu.
Disebuah pusat pengajian tinggi pula, ada menyediakan internet secara wireless, apabila pelajar mendaftar maka yuran internet pun diambil secara automatik sedangkan internet tersebut tidak dapat digunakan oleh pelajar.
Banyaknaya kedurjanaan institusi yang perlu diperbetulkan, dalam situasi undang-undang yang menganggap rakyat bersalah sementara institusi tidak bersalah. Bila rakyat tersalah mereka akan disaman dan didenda manakala bila institusi bersalah maka mereka akan dibiarkan…sekian.
Pandangan anda dihargai
salam,
ustaz, saya rasa saya kenal institusi yang ustaz maksudkan itu,,, he he..
Di Malaysia, istilah "Customer Is Always Right" dan "pelanggan adalah raja" jarang berlaku.
Tetapi di UK (masa zaman saya student dulu, skrg mungkin berbeza)..pelanggan sememangnya raja…rakan saya kehilangan handphone..beliau membuat laporan kehilangan handphone tersebut (kerana handphone itu diinsurankan)..keesokannya beliau telah mendapat handphone baru sebagai ganti…
Ketika itu juga, pakaian atau kasut yang dibeli boleh dipulangkan walaupun telah dipakai..asalkan kita masih menyimpan resit asal pembelian..
Di sini..awal-awal lagi sudah ditulis "tidak boleh dipulangkan"..
saya selalu tertanya2 bagaimana barat mendidik rakyatnya dan berapa tahun mereka ambil masa untuk sampai ke tahap itu?
usamah tahu…tak boleh sebut..takut kena saman..hehe..org buat salah x kena saman org bercakap boleh kena saman…
salam..betul ustaz..kami bersetuju dengan pandangan ustaz, mereka buat salah biasa, kita buat salah luar biasa..ke manakah kami hendak mengadu bila dianak tirikan…
nisa..