Lagi tentang perempuan………..hukum
Sehari dua lepas salah seorang adik saya bertanya tenteang hukum perempuan mencabut bulu kening. Disebabkan dengan berbagai kesibukan, hari ni baru saya sempat jawab.
Jawapan saya yang pertama ialah tengok saja internet. Dah terlalu banyak ulasan tentang hukum ini. Namun demikian saya tak ketinggalan untuk turut mengupas sedikit sebanyak tentang perkara berkaitan.
لعن الله الواشمات والمستوشمات والمتنمصات والمتفلجات للحسن المغيرات خلق الله
Hukum cabut bulu kening sebenarnya berpaksikan hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Walaupun terdapat hadis yang agak terang melaknat perempuan yang mencabut bulu kening, tetapi para ulamak berlainan pendapat dalam memahami hadis tersebut.
1-Sebahagian berpendapat mencabut bulu pada muka perempuan adalah haram berdasarkan hadis kerana perkataan ‘al Mutanamisat’.
2-Pendapat kedua mengatakan haram mencabut bulu kening sahaja kerana makna Mutanaisat pada mereka bermaksud prp yg mencabut bulu kening sahaja. Kedua2 pendapat tadi lebih melihat persoalan ini dari sudut bahasa dalam hadis.
3-Sebahagian ulamak cuba melihat dlm skop yg lebih luas. Mereka mengatakan bahawa hukum asal sesuatu yg bukan ibadat adalah harus. Oleh itu dalil yg berlawanan dgn kaedah ini perlu difahami dengan lebih luas.
Mereka berpendapat larangan itu tadi mesti dihubungi dengan sebab. Oleh itu, mereka cuba memahami mengapa ianya dilarang atau dalam istilah syarak dipanggil ‘illah’.Sebab yg dapat difahami ialah kerana tidak menunjukkan keadaan sebenar. Situasi ini bahaya kerana seorang yg berkahwin akan menyesal dan rasa tertipu dengan keadaan prp yg dikahwininya kerana rupanya apa yg dilihat bukanlah keadaannya yg sebenar.
Jika ianya difahami sedemikian,maka ia akan membawa kepada pengharaman make up yg merubah wajah prp menjadi cantik sedangkan keadaan sebenarnya tidak demikian.
Golongan ketiga ini berpendapat sekiranya ianya dilakukan untuk berhias kepada suamimaka hukumnya harus.
Sebenarnya hadis diatas ada sedikit kekeliruan bagi saya. Persoalannya ialah Jika sekiranya salah satu sebab haram ialah mengubah kejadian Allah iaitu mencabut bulu kening, persoalannya mengapa pula nabi menyuruh atau mnggalakkan membuang bulu ketiak? Bukankah itu juga termasuk dalam kejadian Allah?Bersambung….