Qunut dalam Solat
.
.
Seorang guru bertanya kepada saya melalui tel: Apa makna qunut dan mengapa ianya di syariatkan dlm solat subuh sahaja?
.
Jawabannya :
.
Persoalan qunut telah banyak dibincangkan dalam internet, bolehlah tuan merujuk kepada perbincangan2 itu.
.
Maksud qunut pada bahasa ialah khyusu’, diam dan istiqamah dalam ketaatan.
Mengapa disyaiatkan dalam solat subuh sahaja? Emm… memang saya banyak menghububgkan pensyariatan sesuatu dengan lojik. Kerana saya amat percaya bahawa syariat Islam mestilah lojik. Akan tetapi dalam perkara ikhtilaf kita ada beberapa kaedah yg perlu difahami. Jika perkara itu ibadat, maka lojik bersifat mengikut nas. Jika perkara khilafiah, lojik digunakan untuk mentarjih pandangan yang banyak.
.
Ok, dlm kes qunut, sebenarnya pensyariatan qunut itu tidak disepakati. Yang disepakati ialah qunut nazilah. Qunut semasa ada bencana samada pada masyarakat kita atau mana2 orsng Islam diseluruh dunia. Itu disepakati oleh semua ulamak.
.
Adapun qunut dlm setiap solat subuh menjadi pertikaian ulamak. Ada yg kata sunat muakkad seperti Imam Syafie. Ada ulamak yg kata ianya bidah.
Sebab pertikaian ialah hadis nabi membaca qunut tu, qunut nazilah ke qunut subuh? Pertikaian jenis ini termasuk dalam jenis pertikaian yang bersifat kepelbagaian. Tidak perlulah menyalahkan satu sama lain kerana setiap pihak berhujjahkan hadis . Cuma kefahaman saja berlainan.
.
Selepas kita tahu punca pensyariatan, maka jawapan kepada mengapa disyariatkan dalam solat subuh saja tidak perlu lagi dijawab, sebab ada juga ulamak yg mengatakan qunut itu bukan setiap hari.
.
Apa yang sebbenarnya menyukarkan jawapan saya ialah apabila lelaki itu berkata: Yang tanya ni ialah murid saya sekolah rendah!!!
Nampaknya tuan mestilah bertanya kepada guru sekolah rendah juga kerana mereka lebih pakar dalam menyampaikan sesuatu kepada murid mereka.