Teori Niat
Niat dalam ibadat ni satu perbincangan yang telah lama dalam buku2 fekah. Para ulamak berpasikan hadis sahih Innama al a’amalu binniyaat….
Hadis ini menjadi lebih terkenal dan di ketahui umum bila Imam Nawawi meletakkannya sebagai hadis pertama dalam hadis 40 yang dikumpulkannya.
Walaupun terdapat hadis-hadis berkaitan dengan niat, namun demikian Nabi s.a.w. tidak memperincikan dalam hadis2 tersebut tentang prosedur niat dan hakikatnya. Apa yang diterangkan dalam hadis diatas ialah sesiapa ang berhijrah kerana Allah dan rasulnya maka hijrahnya adalah kerana Allah dan Rasulnya, sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang dia kehendaki atau perempuan yang ingin dikahwini, maka hijrahnya itu terhadap apa yang dia kehendaki.
Sebenarnya perkataan hijrah didalam hadis diatas boleh juga membawa maksud ibadat. Ini kerana Perkataan hijrah dan sedekah sering digunakan oleh Baginda s.a.w. dengan maksud ibadat atau ketaatan. Saya rasa tak perlu saya terang panjang lebar mengapa jadi demikian kerana melibatkan perbahasan bahasa dan saudara yang bertanya semalam ingin mengetahui perkara asas sahaja.
Hadis diatas juga memperincikan tentang niat yang berbentuk keikhlasan. Siapa yang ikhlas taat kepada Allah dia dapat Allah dan Rasulnya, sapa yang taat kepada Allah tapi inginkan sesuatu yang bersifat nafsu dan keduniaan maka allah tidak akan menerima ibadat itunya.
Para ulamak membahagikan niat kepada dua bahagian:
1-Pertama niat yang berbentuk ikhlas atau tidak ikhlas
2-Kedua niat yang berbentuk melakukan sesuatu perbuatan dengan sedar.
Persoalan niat tentang ianya ikhlas atau tidak ikhlas amat penting dan ianya merupakan teras kepada kehidupan manusia didunia ini. Setiap perbuatan mestilah ikhlas. Maksud Ikhlas pula ialah suci, asli , dan tidak bercampur dengan benda lain. Ini menunjukkan tujuan dan niat manusia dalam mencari keredaan Allah adalah suci, tulen dan tidak dicampuri dengan benda2 lain.
Persoalan kedua ialah niat melkukan ibadat dengan sedar. Ibadat yang dimaksudkan disini ialah ibadat tertentu atau dinamakan ibadat khusus. Solat, puasa, haji,umrah… ianya mestilah dilakukan secara sedar barulah diterima oleh Allah. Kalau kita terlanggar kambing semasa memandu maka kambing itu mungkin patah atau mati walaupun kita tidak berniat untuk melanggarnya. Kalau kita termakan nasi 2 pinggan dalam bulan ramadan kita kenyang juga walaupun kita tidak sengaja untuk berbuka.
Perbuatan ibadat amat bergantung pada niat,keinginan atau kita katakan perbuatan itu dilakukan secara sedar. Disebabkan tiada perincian tentang bila niat atau tekad itu mesti ada dalam hati seseorang maka para ulamak mempunyai teori niat yang tersendiri. Yang palin susah ialah Imam Syafie kerana niat dalam solat mesti mengandungi beberapa perkara, jika tiada taayin misalnya maka ianya bukan niat. Imam Malik berpendapat niat ialah satu bentuk kehendak dibawah kesedaran, oleh itu sesuatu ibadat itu sah jika niat itu ada sebelum sebentar berlakunya ibadat. Imam Ahmad pula mengatakan niat itu mungkin berlaku sewaktu seseorang sedang melakukan sesuatu ibadat.
Apa yang cuba saya terangkan disini ialah persoalan perincian niat ini bukanlah perkara besar yang menjadi ijmak ulamak. Namun demikian ianya telah menjadi polemik utama dalam melakukan ibadat terutamanya oleh ulamak tradisional Nusantara.
Saya masih ingat bagaimana susahnya persoalan niat ini diajar kepada orang kampung masa saya kecil2 dahulu. Sebab itu tidak hairanlah kalau orang malaysia amat ramai yang takbiratul ihram panjang dan tangan mereka berputar2 untuk berniat.
Setelah saya meneliti semua teknik2 tersebut, saya memilih untuk tidak mengemukakan kepada masyarakat teori niat yang payah. Sebaliknya apa yang saya mahu ajarkan kepada masyarakat ialah niat merupakan kehendak dan kesedaran untuk melakukan sesuatu. Jika kita solat dalam keadaan sedar bahawa kita solat dan solat itu pula kita tahu solat zohor misalnya maka sahlah solat kita.
Bila kita tahu kita hendak puasa ramadan esok maka itulah dia niat,satu kehendak, kitalah yang tahu apa yang kita nak lakukan, tak perlulah terlalu formal sehingga mengatakan ini niat baru jadi niat. Ada pula orang komen, kalau kita niat tiba2 esok tak jadi buat, maka kita katakan kepada mereka niat ialah salah satu komponen sahaja dari pada ibadat. Maqasid atau tujuan di syaratkan niat amat mudah difahami. Ini bermaksud Allah menerima daripada hambanya perbuatan ibadat yang dilakukan hasil dari rasa tunduk dan patuh kepadanya, Allah tidak menerima sesuatu perbuatan walaupun ibadat tetapi dilakukan bukuan tujuan tunduk kepadanya sebaliknya hanya berlaku secara tidak sengaja atau kerana orang lain.
Setelah kita faham beberapa perkara diatas maka mari pula kita tengok dalam skop soalan saudara yang ingin mengqadakan soalt. Maka sudah tentu saudara bila nak solat, solat yg saudara nak solat sekarang ni soalat qada’ , solat qada’ tu solat apa? zohr ke makghrib ke….. Haaa… itulah niat saudara. Kalau saudara tiba2 dapati diri saudara sedang solat maka tak sah kerana saudara mengigau atau …..
Itulah pendirian saya tentang teori niat, namun demikian tuan boleh mengamalkan mana2 pendapat lain yang telah tuan ketahui sebelum ini kerana persoalan cabang dalam fekah sentiasa mempunyai berbagai pendapat dan pandangan. Mana satu pandangan yang tuan amalkan adalah memadai.
Wallahua’alam
pandangan anda dihargai