Assalamualaikum,
Hari ini saya lambat up date blog kerana demam. Selesai saja saya buat rekoding di radio IKIM, saya terus balik dalam keadaan demam. Apa yang menariknya ialah semasa saya sedang tidur dan hanyut dengan demam yang agak teruk, saya dikejutkan dengan berita tidak baik berkenaan keluarga. Tidak semena2 demam sembuh seta merta dan sekarang dapat menulis . Alhamdulillah. Hari ini seperti hari2 lain, banyak yang nak ditulis apatahlagi dalam situsi kegawatan di Perak. Namun demikian saya dapati dalam email saya ada beberapa soalan. Saya jawab yg senang dululah
Soalan:
Bagaimana cara orang yang beriman kepada Allah SWT beribadat sebelum kedatangan Nabi Muhammad S.A.W. Adakah cara beribadat itu ada disebut dalam kitab- Taurat Zabul dan Injil.
Jawapan:
Saya tidak pakar dalam perbandingan agama, untuk mengetahui apakah ibadat tersebut ada dalam kitab2 terdahulu, tuan hendaklah bertanya kepada orang yang pakar dalam perbandingan agama. Saya hanya mengkaji syariat nabi Muhammad s.a.w.sahaja itu pun tak lah seberapa sangat.
Dalam al Quran memang ada menceritakan bahawa umat terdahulu berpuasa, solat dan zakat. Namun demikian sejauh mana ibadat tersebut sama dengan ibadat kita maka ianya terdapat berbagai pendapat. Saya nasihatkan tuan bertanya kepada orang yang lebih arif dalam bidang ini.
Wallahua’alam
pandangan anda dihargai