Pintu Syurga Terbuka Luas
Harini ini ramai rakyat Malaysia yang tidak bekerja termasuklah saya sendiri. Peluang itu saya ambil untuk menulis. Tajuk yang saya pilih hari ni ialah Pintu Syurga Terbuka Luas. Sebenarnnya saya ingin bincang sikit berkenaan kepelbagaiab amalan yang perlu kita ambil dan lakukan.
Salah satu persepsi yang perlu diperbetulkan di Malaysia ni ialah, masyarakat sering memandang amal untuk dapat pahala dalam skop yang sempit. Sempit bagimana? Begini, kalau kita tengok orang masih menganggap nak buat baik mesti terikat dengan beberapa benda sahaja. Masjid, anak yaim, quran, solat, puasa,haji dan umrah.
Saya rasa Pemikiran masyarakat kita masih membataskan kebaikan dan amalan kepada beberapa perkara diatas. Saya amat tekejut bila seorang yang saya agak hormati dan telah lama bertugas dalam pentadbiran agama berkata: Kalau kita nak pahala yang banyak ialah sewaktu kita pergi ke Mekah kita hadiahkan quran ke Masjidil Haram. OOO gitu ke? Kata saya dalam hati. Saya tak dapat jawab sebab saya beliau sedang berucap. Itu salah satu contoh saja.
Satu contoh lagi, saya sering menjumpai orang yang sedang membawa naskah surah yasin yang hendak didermakan kepada masjid sempena kematian ahli keluarga mereka, sedangkan masjid itu telah mempunyai ribuan surah yasin dan jemaahnya tak sampai 50 orang. Sewaktu sebuah masjid di sebuah kampung mahu menggantikan tongkat yang dipegang oleh imam pada hari jumaat, ribuan ringgit didermakan secara terus sedangkan kutipan derma biasa masjid itu amat daif. Mereka merasakan itulah pahala jariah yang besar kerana imam memegangnya sewaktu baca khutbah. Sebenarnya banyak lagi contoh2 lain yang saya boleh utarakan tetapi takut terlalu panjang pula tulisan ini.
Sebenarnya amalan ibadat amat luas skopnya, yang kaya boleh mencari pahala dengan hartanya, yang bertenaga boleh mencari pahala dengan tenaganya, yang berilmu boleh mencari pahala dengan ilmunya dan begitulah seterusnya. Tajuk ini akan saya sentuh lagi dilain masa kerana amat luas skopnya tapi hari ni saya nak beri penekanan kepada satu benda. Dakwh melalui blog atau web.
Kalau kita lihat, golongan yang banyak menulis blog yang berguna ialah golongan agama sahaja. Kalau adapun golongan bukan berpendidikan agama, mereka akan cuba bercakap pasal agama juga. Mana perginya doktor, engineer, pegawai, business man dll. Mungkin golongan ini akan menjawab, kami tak pandai agama, kalau kami tulis nanti melalut pulak. Betul, awak seorang doktor kalau tulis pasal agama mesti melalut tapi mengapa awak tidak menulis berkaitan kedoktoran.
Mengapa awak membataskan sumbangan kepada tajuk2 kerohanian sahaja? Atau awak boleh menyumbang artikel anda dalam laman blog berasaskan agama. Situasi ini masih amat menyedihkan. Begitu juga orang kaya yang ingin menderma, mengapa tidak mendermakan wang anda untuk membina web yang canggih, yang menjadi rujukan masyarakat. Web yang mengandungi maklumat agama, kedoktoran,kaunseling, panduan keselamatan dll. Laman web seperti ini hampir tiada di dalam bahasa Melayu.
Kesedaran ini amat meluas didalam masyarakat Arab. Berbagai lamn web yang besar2 diasaskan oleh dermawan2 yang memahami islam yang dinamik. Tengok saja laman web Dr Yusuf Qardawi, web islam online dan terlalu banyak untuk disenaraikan. Dalam laman islam online ada doktor-doktor pakar yang sedia memberi nasihat secara online mengikut jadual tertentu.
Selain itu dermawan arab juga sanggup membeli hakcipta buku-buku untuk mereka berikan peluang download percuma dalam internet. Macam-macam buku yang dulunya amat sukar untuk diperolehi tetapi kini berada dihujung jari penyelidik. Maklumat mengenai kesihatan, perniagaan, pendidikan dan semua bidang dapat diambil dengan mudah.
Mengapa bahan ilmiah terlalu mudah didapati dalam laman web bahasa Arab dan hampir tiada dalam bahasa Melayu. Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Tidak lain dan tidak bukan kerana mereka menganggap pintu syurga terbuka luas sedangkan orang Melayu menganggap pintu syurga itu terlalu sempit.