- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Asas Pengetahuan Islam

Ilmu merupakan satu keperluan utama dalam hidup. Kalau kita nak buat sesuatu apa pun, pengetahuan dan ilmu adalah diperlukan. Nak meniaga kena ada ilmu beniaga, nak masak kena tahu masak, gunting rambut, merawat dan segala macam aktiviti. Begitu juga dengan agama.

Saya lihat rata-rata rakyat Malaysia masih mempunyai kefahaman Islam yang kurang baik. Ini termasuklah dikalangan orang-orang yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Macam-macam ajaran dan kefahaman yang tak tepat timbul dalam masyarakat. Saya rasa terpanggil untuk menjadikan blog saya sebagai tempat menambah ilmu. Tempat masyarakat mengambil manafaat.

Sehubungan dengan itu saya akan mengupas tentang kefahaman Islam. Atau kalau kita katakan asas kefahaman Islam. Dengan asas-asas yang diberikan akan mampu memberi panduan kepada seseorang tu untuk berfikir dan bertindak.

Sebenarnya asas kefahaman yang paling penting ialah memahami Islam sebagai agama yang menyeluruh. Ini adalah satu asas yang amat penting sekali. Kalau orang tu belajar tinggi mana pun tapi dia tetap menganggap Islam hanya dalam beberapa bab sahaja, maka kefahamannya akan tetap pincang. Kalau kita lihat zaman ini pemikiran itu timbul balik, orang lihat agama hanya bersifat sebutan, ayat yang dituturkan dan doa yang dihafal.

Sebab itu tidak hairan kalau kita dengar seorang penyanyi beristighfar diatas pentas dalam keadaan dia bergaul lelaki perempuan dan auratnya terdedah. Bila dia menyanyi, nyanyiannya sudah tidak ada langsung unsur ketaatan kepada Allah. Begitu juga dengan orang yang suka melakukan ibadat seperti umrah, baca quran, zikir, buat masjid dan lain lain. Tidak semua orang yang melakukan ibadat bersikap demikian, tapi ramai yang begitu.

Setelah kita faham bahawa apabila kita kata Islam maka ianya merupakan ajaran yang lengkap, maka saya nak pulak menerangkan apakah maksud Islam itu lengkap.

Apa Maksud Islam Itu Lengkap tajuk ini akan saya kupas dalam ruang yang akan datang supaya ruang ini tidak terlalu panjang. Kita akan sambung Insyaallah

2 thoughts on “”

  1. ana tertanya dalam ilmu maqasid berkaitan dengan .ana lihat perbincangan maslahah lebih berfokus kepada individu.kalau kita pergi lebih jauh kepada umat ana rasa kena tambah lagi satu jadi dharuriyat sittah.dharuriyat yang ana maksudkan adalah wahdah atau ittihad dalam ummat.dalilnya firman Allah 
    ” Allah telah menerangkan kepada kamu – di antara perkara-perkara ugama Yang ia tetapkan hukumNya – apa Yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan Yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad), dan juga Yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: “Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya”. berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) Yang Engkau seru mereka kepadaNya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa Yang dikehendakiNya untuk menerima ugama Tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamanya itu sesiapa Yang rujuk kembali kepadanya (dengan taat).-surah as-syura 13.
    dan Firman Allah lagi”dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya”-surah Aali `Imran 103
    semua khitab di atas menunjukkan lafaz jama` kalau istilah yang biasa digunakan oleh syed Qutb iaitu Jamaah muslimah.kerana kesan mengabaikan dharuriyat ini membawa celaka yang besar kepada umat islam.seperti yang ditegaskan oleh Allah dalam surah al-anfal ayat 46 bermaksud”dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran Dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang sabar”
    ayat-ayat di atas secara jelas menggunakan kalimah “la” perbincangan dalam ilmu usul menyuruh sesuatu perkara dan melarang perkara yang berlawanan membawa erti wajib.bahkan kesatuan umat menentukan tertegaknya dharuriyat alkhams ,hancurnya kesatuan ,dharuriyat alkhams juga tidak akan dipelihara.ما لا يتم الواجب إلا به فهو الواجب.-

  2. dharuriyat 5 tu ijtihad ulamak saja, boleh lagi ada ijtihad lain. Sungguhpun ramai yang cuba menambah, sehingga kini mejoriti ulamak berpendapat 5 masih mencakupi semua.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • 0
  • 4
  • 13,747
  • 0