- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Hari Guru…..Nasihat Buat Murid

 

Telah tiga artikel saya bincang pasal Hari guru. Sedar-sedar rupanya saya sekarang telah juga menceburi bidang pendidikan. Sememangnya ada peluang untuk saya melompat ke bidang lain tatapi saya rasa memang minat saya dibidang pendidikan. Sebaagaimana saya dulu dididik maka saya sekarang ini menjadi pendidik.

 Saya rasa saya ingin memberi beberapa nasihat buat diri sendiri dan kepada sesiapa sahaja yang bergelar murid. 

1-Kuasai ilmu-ilmu asas dengan baik.

Kalau anda bidang pengajian Islam misalnya, pastikan penguasaan bahasa Arab, Usul Fiqh dan ilmu-ilmu asas yang lain. Mengapa ianya penting? Ini kerana penguasaan asas inilah tapak bagi langkah seterusnya. Masaalah pelajar biasanya bahasa Arab kantoi, sedangkan bahasa adalah kunci untuk menyelongkar khazanah ilmu. Kalau baca kitab tak faham mcm mana?

Saya tengok ramai geraduan yang membawa title ustaz tetapi asas ilmunya amat cetek, pastu dia mula merapau-rapu dalam masyarakat. Jadilah isu yang besar sebagai benda remeh dan isu-isu remah sebagai bahan yang diperbesar-besarkan. Tidak lain dan tidak bukan kerana kedangkalan mereka dalam memahami asas syariat.

2- Budayakan Ilmu.

Ilmu bukan sesuatu yang tertulis dalam buku sahaja, tapi ilmu itu hidup dalam jiwa. Jika kita mampu menjadikan ilmu itu berinteraksi dengan jiwa maka ilmu akan jadi sesuatu yang hidup. Maksud saya, jadilah tindakan kita berdasarkan ilmu. Contoh yang paling mudah antaranya ialah orang yang tidak berilmu bertindak berdasarkan trend dan iklan TV, tapi kita berdasarkan keperluan dan tuntutan.

Antara maksud membudayakan ilmu juga ialah menghormati pengkhususan. Ramai orang yang hanya belajar agama dimasjid tapi tidak segan mengupas persoalan hukum hakam dengan mendalam. Ada penyanyi yang baru pandai nasyid tapi tiba-tiba berdiri diatas mimbar. Dia berkhutbah tentang itu dan ini sedangkan ilmunya dalam bidang nyanyian. Ada juga ustaz yang mengharamkan itu dan ini tetapi tidak faham hakikat benda yang dituturkan.

3-Berjiwa besar

Orang berilmu cita-citanya tinggi. Islm pun mengajarkan kita supaya bercita-cita tinggi. Orang kafir mengejar untuk berjaya didunia, tapi orang Islam disuruh mengejar kejayaan dunia dan akhirat. Mana lebih tinggi? Siapa lebih berjiwa besar? Oleh itu kita mesti bercita-cita untuk buat sesuatu yang besar. Orang Melayu rata-ratanya berjiwa kecil. Dapat buat apa2 kecil-kecilan cukuplah. 

Jiwa kecil ini juga menyebabkan kita seronok bila dibantu tetapi berat untuk membantu. Kita seronok bila dihormati tetapi berat untuk menghormati. Kita senang bila orang berkorban untuk kita tetapi kita amat berat untuk berkorban untuk orang lain.

Jiwa besar menyebabkan orang berilmu tidak menghormati orang yang mengelilinginya kerana harta, pangkat dan kepentingan yang mereka tawarkan. Orang berilmu yang berjiwa besar mampu mengatakan kebenaran dimana sahaja dia berada. 

4-Ilmu dan Jihad

Jihad adalah induk sementara kelengkapan lain adalah penyokong. Kalau seseorang itu berharta dan hartanya digunakan untuk Islam maka dia akan menjadi orang kaya yang dinamik. Dia akan menjadi amat berbeza, daripada orang yang berharta tetapi harta hanya untuk kepentingan dirinya. Begitu juga dengan ilmu, bahkan ilmu lebih banyak mempedayakan kita. 

Ramai orang yang menyangka ilmu itu matlamat. Sebenarnya salah, ilmu hanyalah alat jika ianya tidak digunakan pada jalan Allah, maka ia seperti harta yang tidak digunakan pada jalan Allah. Ramai orang yang mencari ilmu hanya untuk dirinya. Dia akan bertindak jika kepentingan dirinya ada dalam aktiviti keilmuan. Tidakkira ilmu apa yang anda pelajari ianya boleh digunakan untuk kepentingan diri dan pada jalan Allah termasuklah ilmu alquran dan sunnah sendiri. Islam di Baghdad dan Andalus terpadam ketika penggarapan Ilmu menjulag tinggi, akan tetapi ilmu yang kering dari perjuangan ibarat jasad yang tidak bernyawa.

5-Ilmu lebih tinggi dari individu

Perinsip ini menyebabkan anda menilai kebenaran dengan hujjah bukan dengan ketaasuban. Inilah tradisi yang telah menyebabkan ilmu berkembang pesat dalam Islam. Satu benda penting yang saya pelajari dari guru-guru saya ialah mereka tidak taasub dengan mazhab dan aliran. Mereka berkiblatkan kebenaran bukan berkiblatkan tokoh. Kebenaran itu datang mungkin dari orang yang kita musuhi. Oleh itu Dr Faruq Hamadah pernah mengkritik gurunya Abdullah bin Siddiq al Ghumari. Dr Farid Ansari pernah mengkritik Dr Raisuni dan begitulah tradisi ilmu berakar umbi. 

 

Di Malaysia ramai orang yang lepasan pondok misalnya atau ada pertalian darah dengan pengasas pondok yang tidak menerima sebarang  teguran tentang sistem pondok atau guru pondok. (sudah tentu bukan semua macam tu).  Mereka menelan segala kata-kata mereka seperti ianya wahyu yang tidak boleh dipertikaikan. Saya amat hairan bila mendegar golongan ini bermati-matian mengatakan orang sekarang tidak akan sampai kepada ilmu orang pondok. Seolah-olah ilmu telah terhenti untuk zaman itu sahaja. Perinsip yang benar ialah setiap zaman ada ilmunya, mereka telah berusaha mengikut zaman mereka dan kita berusaha mengikut zaman kita.

Inilah sedikit nasihat buat peringatan diri dan para pencinta ilmu…….nasihat ini saya nukilkan juga walaupun menyedari kekurangan diri lantaran menedari tuntutan tradisi ilmu .

 

 pandangan anda dihargai

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 1
  • 10
  • 11,806
  • 0