Asas pengetahuan Islam (2)
Seperti yang saya terangkan dalam ruangan lepas, memahami Islam sebagai agama yang syumul adalah satu keperluan asas yang amat penting. Antara orang yang menerangkan dengan baik point ini ialah Hasan al Banna. Namun demikian penerangan Hasan al Banna dalam asas 20 adalah terlalu ringkas. Sebeb itulah ramai ulamak yang bertindak menerangkan ungkapan beliau dengan panjang lebar.
Walaupun ungkapan Islam Syumul atau menyeluruh telah terebar dalammayarakat kita, tetapi adabeberapa kefahaman yang perlu dijelaskan . Ini kerana masyarakat yang mengamggap Islam menyeluruh tidak dapat membezakan antara dua perkara
1-Perkara ibadat yang diterangkan secara terperinci
2-Perkara bukan ibadat yang diterangkan secara umum.
Islam ituboleh dibahagikankepada dua bahagian. Pertama ialah apa yang kita istilahkan sebagai ibadat. Istilah ini adalah istilah ulamak yang mahu membezakan antara hubungan dengan Allah secara langsung dengan perkara yang tidak dianggap hubungan secara langsung. Solat, puasa, haji,zikir, doa adalah contoh perbuatan yang diistilahkan dengan ibadat.
Kedua ialah perbuatan yang diistilhkan dengan bukan ibadat. Amalan jenis ini dipandu oleh islam secara umum dan tidak ketat seperti amalan ibadat.
Apa yang saya nak tuan-tuan faham disini ialah Islam mempunyai tuntutan yang agak terikat dan ada tuntutan yang agak luas dan fleksible. Contohnya makan. Ianya agak fleksibel kerana Islam mengenakan disiplin umum iaitu makanan mesti halal. Sementara Islam tidak campurtangan tentang warna, jenis masakan, bentuk, bau dan lain-lain yang bersifat keduniaan.
Balik kita kepada Istilah Islam agama syumul. Walaupun Islam memang mencampuri urusan manusia dalam semua keadaan,tapi Islam tidak terlalu mengongkong manusia sehingga hidup dalam kesengsaraan.
Akibat kepercayaan terhadap Islam yang syumul maka masyarakat kita menamakan perubatan Islam, pengurusan Islam dan kalau kita lihat sedikit masa dulu kereta Islam. Kalau makanan sunnah tu tip-tiap hari ada dalam radio.
Kalau kita memahami Islam itu syumul, tetapi dalam bentuk yang saya jelaskan, iaitu adanya ruangan yang dikatakan ibadat dan ruangan keduniaan, maka kita dapati bahawa istilah-istilah itu tadi tidak diperlukan. Kita juga tidak perlu kepda istilah makanan sunnah kerana semua makanan yang halal adalah makanan baik dan dibenarkan oleh Islam.
Islam yang syumul menunjukkan bahawa Islam tidak mengabaikan aspek kekuatan dan hikmah, kebendaan dan kerohanian. Islam tidak mengabaikan jihad dan dakwah, akhlak dan ketegasan.
pandangan anda dihargai
sekarang ni banyak sangat orang yang cuba menggunakan islam dan sunnah untuk untuk kepentingan peribadi.seolah-olah nasi yang kita makan hari ini bukan makanan sunnah.terlalu sempit pengertiannya.malang sekali kalau ia difahami sebegitu rupa oleh mereka yang pernah belajar disiplin ilmu islam di timur tengah.-nuar kenitra
ana cadangkan kita pakat cakap benda ni dan war-warkan kepada masyarakat, kesian masyarakat kita kena kecek dek ‘businesse man’ yang tak bertanggong jawab, dan kalau kita tak buat apa-apa kita juga salah.