- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Asas Kefahaman Islam (3)
Walaupun saya letakkan no 3 pada tajuk ini, tapi pada hakikatnya saya masih mengulas satu point sahaja ialah kesyumulan Islam. Maksud syumul ialah mencakupi semua bidang kehidupan.
Dalam post kedua saya terangkan bagaimana erti syumul atau menyeluruh. Ramai orang yang saya jumpa masih keliru dengan Islam agama yang menyeluruh. Mereka masih menganggap Islam memperincikan semua perkara dengan sehalus-halusnya.
Kefahaman ini menyebabkan mereka telah menyempitkan Islam yang sebenarnya luas. Contoh yang saya dapat berikan disini antaranya ialah dalam bidang perubatan. Mereka menyangka disebabkan Islam dikatakan menyeluruh maka adalah jenis-jenis ubat atau rawatan yang bersifat keagamaan. Kan Islam tu menerangkan semua benda. Haa.. gelabah saya nak terangkan.
Saya telah jelaskan bahawa Islam terdiri daripada perkara-perkara ibadat dan keduniaan. Perkara yang bukan ibadat atau keduniaan ini tidak diikat terlalu ketat dalam Islam. Oleh itu Islam tidak memperincikannya.
Begiulah juga dalam soal politik. Apa yang dikatakan politik Islam atau sistem pemerintahan Islam ialah ruang lingkup umumnya sahaja. Politik Islam tidak bermakna kita mesti menamakan Perdana menteri sebagai Khalifah, cukai sebagai kharaj dan sebagainya.
Kalau kita mahu pergi lebih jauh lagi maka kita katakan apa yang dikatakan melaksanakan undang-undang Allah juga terlalu fleksible. Hanya sedikit sahaja undang2 Islam yan diberitahu oleh Allah secara terang-terangan. Selainnya bersifat kabur dan boleh diijtihadkan berdasarkan keperluan semasa dan tuntutan zaman.

1 thought on “”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 0
  • 1
  • 13,381
  • 0