- Dr Rosli Mokhtar

Dapatkan Koleksi Ebook Percuma Karya Dr Rosli Mokhtar


Bangsa ku………Pencarian Ilmu
Semenjak dulu lagi Malaysia menghantar pelajar-pelajar keluar negara. Satu tradisi yang telah melonjakkan negara dari sebuah negara yang lemah kepada pencapaian yang agak boleh dibanggakan.
Apa yang lebih baik lagi ialah anak-anak kampung telang berpeluang melanjutkan pelajaran sama dengan anak-anak bandar dan orang-orang berada. Tindakan inilah yang telah menyebabkan tenaga profesional di Malaysia tediri dari berbagai asal keturunan. Agak membimbangkan saya kerana keadaan ini semakin mengecil. 
Peluang anak orang miskin untuk belajar dalam bidang-bidang itu tadi semakin mengecil kerana beberapa sebab. Antaranya ialah bantuan kerajaan semakin mengecil. Semasa nak masuk universiti saja, bayaran yang agak mahal telah diperlukan menyebabkan orang miskin merasa tidak mampu. 
Sebab kedua ialah golongan elit Melayu semakin ramai, merekalah yang telah mencuri kouta2 yang sepatutnya di berikan kepada anak2 kampung dan miskin. Mereka mempunyai kabel yang cukup baik bagi membolehkan anak-anak mereka mendapat tempat yang semuanya disponser oleh mana-mana syarikat atau kerajaan.
Sebab ketiga ialah orang kampung telah terasa terhimpit dengan kehidupan sekarang, apa yang mereka fikir ialah, lebih baik anak mereka bekerja cepat. Mereka akan mencari kursus yang murah, cepat dan mudah dapat kerja. Mereka tidak melihat dalam bentuk jangkapanjang kesan tindakan mereka itu.
Sebab keempat ialah rata-rata orang Melayu kedekut untuk menyimpan bagi keperluan belajar. Mereka boleh menukar kereta baru dan memulakan bayaran yang tinggi, mereka boleh membeli pakaian berjenama walaupun ekonomi keluarga cukup makan saja. Ini kerana mereka menganggap hidup mesti selesa. Mereka tak sedar bahawa apa yang mreka anggap selesa tu amat jauh dari keselesaan sebenar.
pandangan anda dihargai

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawati Sosial Media Dr Rosli

  • 1
  • 10
  • 11,806
  • 0